Khamis malam Jemaat
13-10-2011
Dalam Facebook, selain ada secret group family sebelah AA dan juga family sebelah MyTOKLAKI, AA juga menjadi ahli satu lagi secret group sebelah arwah nenek (emak MyBonda). Salah seorang sepupu yang create.
Jadi ketika ke Sg. Besar lalu singgah di salah sebuah rumah Mak Menakan (Angah ASMAH) Ahad lalu, berjumpa lah kami dengan beberapa orang sepupu dan bersembang lah kami kerana ada yang pertama kali berjumpa. Selama ni dok jumpa dalam FB jer.
Kami pun bertanya, “Kinang tu apa?” Sebab selama ini kami dok sangka “Kinang” tu nama lain bagi Nenek.
hahahahahaha!
My sepupu kuarkan satu barang. Dia kata, “Inilah kinang.” Laaaaa... kinang tu rupanya benda, bukannya nama orang.
Benda yang menjadi warisan tapi tiada siapa pun yang mewarisinya untuk menginang. Sekadar disimpan sebagai kenangan dan bahan sejarah keluarga semata.
Tak sangka, kunjungan kami tempohari dapat menghuraikan serba sedikit salah-silah keturunan keluarga MyBONDA dan mengimbas kembali pelbagai cerita tentang arwah Nenek. Itu kalu duduk lama, pasti lagi banyak cerita yang dapat diperbualkan dan dituliskan.
Sebenarnya, Nenek memang tidak tinggal dengan MyBONDA (di kampung kami di Tg Piandang). Nenek memang menetap di Tg Karang. Jarang kami berjumpa dengan nenek kerana nenek menetap dengan anak-anaknya yang lain. Lalu tidak banyak kenangan kami dengan nenek. Yang aku ingat semasa Nenek pergi Mekah dengan MyBONDA dan arwah AYAH, naik kapal berbulan-bulan lamanya. Masa dia balik, kami jemput di pelabuhan.
Masa tu macam-macam nenek beli. Gelas kecil, gelang Mekah yang belit-belit warna hitam tuh, celak Mekah, buahan kering....
Dan sudah tentu aku masih ingat pasal tepak sirih dan gobeknya dalam bakul khas yang diusung ke mana saja dia pegi. Dia memang sudah tua pun masa tu. Sebab itu dia menggunakan gobek untuk menghancurkan sireh, gambir dll — proses ini dipanggil “menginang”.
Dan sudah tentu aku masih ingat pasal tepak sirih dan gobeknya dalam bakul khas yang diusung ke mana saja dia pegi. Dia memang sudah tua pun masa tu. Sebab itu dia menggunakan gobek untuk menghancurkan sireh, gambir dll — proses ini dipanggil “menginang”.
Cantik sungguh bekas menginang arwah Nenek ni. Ukiran di bekas tembaga ini sungguh unik. Lepas ini kalu sepupu aku polish, pasti lebih cantik bekas sireh ni.
Bila kami semakin lama berbual dan bertukar-tukar cerita di dalam grup Nenek Kinang, banyak kisah lama terhurai berkaitan asal usul keluarga. MyBONDA memang dilahirkan di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kerana merantau mengikut arwah Ayah, maka kampung halaman sudah lama ditinggalkan walaupun masih ada beberapa orang saudara di sana.
Usaha untuk menjejak mana-mana saudara sepupu atau cucu yang lain akan diteruskan. Kita tentulah tidak mahu, bagai dikata orang berlanggar bahu pun tak kenal itu saudara sendiri.
Usaha untuk menjejak mana-mana saudara sepupu atau cucu yang lain akan diteruskan. Kita tentulah tidak mahu, bagai dikata orang berlanggar bahu pun tak kenal itu saudara sendiri.
Ini yang AA kata, kunjungan sehari tapi sungguh bermakna!
...meski ramai tidak tahu asal-usul HISYAM dari keluarga yang disebut “mampu pakai cincin berlian”, SERI BULAN tetap menjaga kejap rahsia kerana memberi peluang jika ada yang “hanya ada cincin tembaga” berani masuk bertanya atau mengendeng buat menantu...~
hehehehe....gobek sireh ker kinang tuh?
ReplyDeletegobek rupanya......
ReplyDeletetembaga tu...... antik!
Ya, benar. Menggobek sireh itulah dia menginang.
ReplyDeletekak azie.. moring2...
ReplyDeletewah!! tentang susur jalur family nie... en zalie adalah orang banjar jua..
agak2 kalau bertemu kak azie,kalian boleh berbahasa banjar.. hahahha.. ayu duk tengah2 terpinga2... kekekkekke
tapikan, sungguh.. bila kita dah agak jauh dari berjumpa susur jalur kita.. kita jadi banyak tak tahu makna bahasa kan??
kak, teringat kisah arwah moyang yang pi mekah nak kapal.. memang berbulan2 lamanya....
AYU:
ReplyDeleteMorning Ayu.
Kak Azie memang orang Banjar tapi terlalu sedikit bahasa Banjar yang faham pun. Sedih sebab tak belajar. Kalu orang bercakap, pun diam terpinga jugaaaakkk... hehehe
Semoga bertambah erat silaturrahim. :)
ReplyDeleterumah saya ada satu!he~~seronok sebenarnya bila bercerita pasal susur galur ni~~
ReplyDeleteJom bayangkan kalau sampai jaman sekarang kita masih lagi mengunyah sirih ha ha bankrap colgate ngan darlie..
ReplyDeletetambah lagi 1 info pasal warisan banjar. sebelum ni kakngah tau yg jeruk kulit cempedak tu je.. apa nama dia.. alamak! terlupa la pulak.. mandai ke hape...
ReplyDeleteofismate dulu ramai orang banjar. tu yg belajar makan mandai. makan ngan ikan pekasam... bos lalu pun tak heran kehkehkeh!!!
nostalgia betul gobek sirih dan kacip tu
ReplyDeleteteringgat arwah uwan punya
mahal tu kak buat warisan anak cucu
bila kita dah berjumpa saudara saudara tua ni baru kita tahu asal usul salasilah keluarga kita kan?
rupanya ramai lagi saudara mara jauh yg kita tidak kenal
nostalgia betul gobek sirih dan kacip tu
ReplyDeleteteringgat arwah uwan punya
mahal tu kak buat warisan anak cucu
bila kita dah berjumpa saudara saudara tua ni baru kita tahu asal usul salasilah keluarga kita kan?
rupanya ramai lagi saudara mara jauh yg kita tidak kenal
gobek n inang..dua2 cgg tak pnh dgr sebelum ni..tq 4 sharing ya
ReplyDeleteUncle cuma tahu kunang2! Hahahahahah....tak sama ka?
ReplyDeletejejak kasih...tika berkumpul itulah manisnya ikatan kekeluargaan.
ReplyDeletecerita bab gobek ni aina dulu2 selalu curik2 gobek nenek (panggilan utk mak nenek yg sepatutnya jadi nyang & kat nenek pulak kami panggil tok)menggobek sireh. selalu kena marah kerana katanya budak2 tak boleh makan sireh pinang nanti keras lidah susah nak mengaji.
KAKCIK:
ReplyDeleteAmin.
Begitulah yang sangat diharapkan.
BUJAL X:
Oh ya? Sapa yang menginang?
CHE MID:
ReplyDeleteKalu zaman skang masih lagi menginang, semua orang meludah air sireh merata-rata plak. :)
KAK NGAH:
Betul. Tentulah sebagai anak Banjar, hendak juga tahu sedikit sebanyak.
Nanti saya tanya, jeruk kulit cempedak tu apa dlm bahasa Banjar. Saya pernah tengok masa kecik dulu. Bau dia sangat kuat.
CGG:
ReplyDeleteMenggobek tu menginang. Tapi inang tu kalu nak kata nama makanan pun ada gak. Inang-Inang dari Melaka.
UNCLE:
hahahaha.. Uncle buat lawak eh? Nanti debik sekali, mata berkunang nanti. hahahaha
JUNAINA:
ReplyDeleteOrang tua dulu2 memang kuat pantang larang dia pasal sireh dah gobek ni. Ada saja yang menjadi larangan dan petua dia.
Agaknya dia takut lidah jadi pedaq kottt..
Elok di rekod apa papa perkataan yang pernah di gunakan oleh Datuk Nenek kita untuk rujukan generasi akan datang.
ReplyDeleteKantoi
Taman Negara Package
Travel Online Shopping
MIECYBER:
ReplyDeleteMemang betul tu. Saya ada website kamus Banjar yang saya simpan linknya.
Juga saya simpan dokumen perkataan bahasa Banjar untuk rujukan bila2 masa nanti.
kinang rupanya tu...
ReplyDeletehuhu sungguh saya tak tahu..:(
oo .. tepak sirih kan .. lg 1 tu kacip pinang ...haha..
ReplyDeleteYUS:
ReplyDeleteSaya pun tak tahu. Mujur juga jumpa orang yg tahu...
saya pun tak tahu menginang tu kak..
ReplyDeletehehe.
saya & suami banjar. kampung kami di kg banjar,
tapi dirumah kade bersurah banjar lagi,
nanti Irfan & Tasneem langsung tak tahu... huu~
HALILA:
ReplyDeleteSaya rasa yg lebih tepat, menginang itu ialah menggobek sireh.
NAJWA:
Kak Azie yg Banjar ni pun kada bisa basurah Banjar.
Anak-anak langsung la tak tahu mende.
Kena balik kampung baru boleh belajar lagi.
Kalau bahasa jawa org yg menginang itu mereka yg makan sireh sebab sebelum makan dia akan masukkan dalam gobek. Dah tumbuk masuk mulut itulah namanya menginang. Hihi... kelakar juga kakak baca keratan FB AA dgn sepupu tu. AA pun tak tahu sebelum ini...:)
ReplyDeletekacip mcm tu mak munna ada simpan ...sebab arwah nenek suka makan sirip ..kacip tembaga tu dia nak guna masa belah pinang
ReplyDeleteKAk ZAKIE:
ReplyDeleteYup. Itulah yang saya diberitahu. Menggobek itu lah menginang. Saya nama saja Banjar, kak. Tapi banyak benda tak tahu.
MUNNA:
Ya, kacip tu digunakan untuk membelah/menghiris buah pinang yang masak dan keras tu.
Kebanyakan alat masa dulu, memang semuanya dari tembaga, kan?
tembaga tu , antik ow bukan senang nak dapat dah sekarang...
ReplyDeleteAMY:
ReplyDeleteSebab tu kena simpan dan jaga dgn baik. Ianya menjadi warisan keluarga kerana ada cerita menarik di sebalik tembaga tu.
AA smti
ReplyDeleteMenginang - menggobek sireh
Mengeteh - melepak minum teh tarik
Umai haratnya leh..Batamu kulaan kada niring
.berataan basurah ka angahnya?
Koh koh koh
AA dari komen yang aku baca ni, rasa kerugian sebab ramai anak banjarbyang kada bisa basurah .
ReplyDeleteMasa aku kat US dulu, siap ada forum anak anak Banjar@usa, anjuran PBSM ( Persatuan Banjar Se Malaysia) bukan bulan sabit merah ye)
Yang bestnya, aku ni bukan anak banjar pun, kulaan Herman Tino, tapi hingkat je basurah, kawanan ramai.
RED RAMBUTAN:
ReplyDelete“Tak sangka dia Banjar!” hahahaha jaga-jaga.
aku pun jadi ahli gak Persatuan Banjar Se Malaysia tu, tapi setakat baca jer forum tu. Banyak yang tak faham.
Betul memang rugi...