Sunday, October 16, 2011

Novelis Ma Lee Chuswan: Aku rasa tertipu sendiri...!

Assalamualaikum
Sabtuday, malam
15-10-2011


Aku dah lama tahu nama novelis ini. Sejak sebelum menjadi Promoter Pesta Buku booth Creative Enterprise lagi aku dah pernah dengar nama ini cuma tak begitu mengikuti perkembangan beliau.

Sepanjang berada di booth tersebut, sepanjang itu juga aku kerap mendengar ramai peminat novel akan bertanya tentang novelis ini, tentang karya terbaru beliau atau karya-karya beliau yang terdahulu.


Antara karya beliau ialah Gelora, Selamat Tinggal Sayang (I have this title), Permata Hati, Lamaran Kedua...

Minggu lepas ternampak novel Gelora ini di MPH. Rak kategori “best seller”. Yeah, beli.

Rupanya novel ini telah pun diterbitkan oleh Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd (kini dikenali sebagai Alaf21) pada tahun 1996.

Cover lama. Pic Google


Ini yang terbaru, snap sendiri punya.
(terbitan baru oleh KakiNovel)


Aku search di Google, belum terjumpa mana-mana article yang menulis tentang beliau. Kebanyakannya menulis tentang novel beliau. Ya, kita kan baca karya mereka.

Cuma, kali ini aku memang nak cari apa-apa artikel tentang diri penulis ini, kerana aku merasa malu dengan diri sendiri. Macam “tertipu sendiri” (bukan ada orang tipu pun) kerana selama ini dok sangka Ma Lee Chuswan ni seorang LELAKI! Rasa macam pernah dengar orang sebut dia ni lelaki. Adehhh!


Rupanya POMPUAN. Itupun selepas aku dah habis baca novel GELORA ini, dan baru ternampak biodata di page belakang. Hehehehe... Di situ memang lah tak tulis jantina, tapi kalu tengok gambar, memanglah seorang wanita, kan?

Secara ringkasnya, novel GELORA masih mengekalkan cara penulisan tahun 1996 (diulang cetak sahaja), dan sudah tentu kita tidak boleh mengharapkan gaya canggih seperti tahun 2011 ini. Faham maksud aku?




~...entah gelora mana yang datang dalam jiwa lelakinya, belum sempat HISYAM mengenalpasti punca segala, SERI BULAN sudah meroyan marah macam orang tersepak tunggul hanya semata-mata HISYAM terpegang tangannya ketika turun tangga...~









22 comments:

  1. AA...
    pernah baca novel lamia aimal tak. Kita ni siap buat koleksi novel2 dia. Tapi dah lama takde novel baru. Any comment?

    ReplyDelete
  2. sama la kita kak..huhu mmg sy igt dia lelaki..rupanya perempuan..kt umah byk novel kreative enteprise..kakak sy pemminat novel2 creative ni

    ReplyDelete
  3. 1) Kamu pernaj jadi staff CESB ke...?

    2) Kamu juga Mac user! Horey...!

    ReplyDelete
  4. saya tak berani nak baca novel.. nanti saya nangis... ekekeke...
    salam singgah ya

    ReplyDelete
  5. bila dah tau tu ada apa apa perbezaan tak? hehe

    ReplyDelete
  6. this is one of my fav novelist....selama ni dok ingat lelaki...thanks kak Azie...memang ramai org ingat Ma Lee Chuswan nie lelaki...

    ReplyDelete
  7. AA..acik pun ada novel dia..
    acik tak pernah terfikir dia lelaki..cuma yang terfikir..bukan melayu je..

    ReplyDelete
  8. Aslkm

    Apa Kabo?
    OO boleh ke dh terbit dek syarikat lain lepas tu syarikat lain pulak...

    Heem...rasanya mama tak dpt hadir ke majlis AA tulah.

    Tk

    ReplyDelete
  9. Kakcik juga peminat novel2 beliau. :)

    ReplyDelete
  10. KAK SAM:
    Setiap kali Pesta Buku pun ramai gak dok tanya pasal novel terkini Lamia Aimal.
    Saya pun ada 2,3 buku beliau. Memang dah lama tak menulis tu.



    KALAMHATI:
    Saya pun sama. Memang minat novel dari CESB. Ntah kenapa, lebih serasi wpun ramai kata harga lebih mahal.

    ReplyDelete
  11. GEDEK!:
    1) Saya bukan staf, tapi promoter utk booth CESB di Pesta Buku selama 4 tahun berturut.

    2) Ya. Saya gunakan Mac sejak 1990 lagi. Sekarang guna MacPro.




    GEN2MERAH:
    Salam kenal. Sila masuk, terimakasih.
    Baca novel yang kelakar, pun nangis gak kan? Nangis gelak. hehehe

    ReplyDelete
  12. ZINO:
    Ada gak. Terus kata, “ohhh patutlaaa” sebab penulis wanita feeling dia lain berbanding penulis lelaki.



    NAA:
    Selama ni Kak Azie plak dok ingat dia lelaki dan nama itu adalah nama samaran saja.

    ReplyDelete
  13. ACIK ERNA:
    Saya yang dok sangka dia lelaki dan dok ingat nama tu macam nama Siam. hehehe maaf ler kepada penulis tersebut.



    MAMA JU:
    Salam, baik adanya. Terimakasih.
    Saya pun tidak pasti kerana setahu saya, setiap hasil itu sudah menjadi “hakmilik terpelihara” sesuatu penerbitan itu.
    tapi pernah juga saya tengok 2,3 novel yang diulangcetak oleh syarikat lain. Tak tau cemana.

    ReplyDelete
  14. KAKCIK:
    Saya rasa penulis ini sudah lama tidak keluarkan novel baru.

    ReplyDelete
  15. ma lee n lamia.... dua penulis yang sgt diminati. penulisan diorg mengggambarkan ketabahan wanita. selalu ulang baca bila rasa down........




    dah lama sgt x menulis tu.......

    ReplyDelete
  16. ZONAKU:
    Kak Azie ada beberapa novel karya mereka berdua.
    Juga penulis wanita lain seperti Samsiah Mohd Noor...

    ReplyDelete
  17. Wahhh, nampak tragis gitu cover novel Gelora tahun 96 tu..

    Kalau tak sengaja, takpalah Hisyam. Jangan sengaja pi pegang tangan Seri Bulan tu naa :)

    ReplyDelete
  18. DINAS ALDI:
    Ceritanya tidaklah setragis mana pun. Agaknya cover tu tidak lagi sesuai di tahun 2000-an ini..

    ReplyDelete
  19. koleksi lamia rasanya keseluruhannya ada..... 'martika' saja y lebum jumpa untuk di buat koleksi, tapi ceriatanya lekat di jiwa sampai sekarang......

    ReplyDelete
  20. ZONAKU:
    Peminat setia nampaknya ya. Dah lama pun LAMIA tidak menulis yang baru.
    Kak Azie ada novel dia: Wajah, Tiga Wajah, Semarak dan Titian Usang sahaja.

    Yang tajuk Donia tu tak sempat, dah takda keluar lagi dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis,,tmpng tny,,,ada novel semarak ye?blh x kalu sy nk sewa.....sy dh lama cri novel tu.....harap sgt sis blh bg sy sewa novel nie.....:)

      Delete
  21. first time dengar nama novelist ni.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails