Tuesday, October 18, 2011

KakiNovel: Kenapa Mesti Rama-Rama?

Assalamualaikum
Senin, malam
17-10-2011


Peminat novel sekalian, pernah dengar nama syarikat penerbitan ini? KakiNovel. Perasan tak apa yang menjadi identiti KakiNovel?

Yeahh... setiap cover novel terbitannya mesti ada gambar rama-rama. Betul tak? Kenapa mesti rama-rama eh? Agaknya untuk dijadikan identiti tersendiri kot...


Salah satu contoh cover novel terbitan KakiNovel.
*lupa tahun terbitan, dah lama kot. Pinjam orang punya.

Tetap ada rama-rama di situ. Aku suka warna merahnya. Tapi ceritanya tidaklah begitu mengujakan untuk dicadangkan. Lebih kurang macam drama yang kita biasa tengok saja.


Untuk koleksi peribadi.


Novel MAID ini pula memang sungguh best sebab ada part kelakar. Aku suka sebab boleh release tension. Baca 2,3 minit pastu gelak sampai keras perut! hahahahaha...

Cuma novel MAID ini hanya diceritakan dari satu perspektif sahaja (can I use that word?). Maksud aku ianya diceritakan dari sudut seorang “aku” sahaja.

Jarang ada novel yang menggunakan “aku” sebagai pencerita dalam keseluruhan novel. Mungkin tidak ramai yang suka. Ianya tidak salah, tapi ianya akan dilihat dari satu/seorang sudut sahaja. Apa yang ada dalam hati/fikiran orang lain tidak dapat dijelaskan dengan sepenuhnya.

Tapi novel MAID ni tetap best! Aku tetap nak rekmen. Buku setebal itu, aku habiskan hanya 2 hari saja di ofis >> tak keja ker Azie tu? jangan tanya...

Sebelum ini aku pernah baca 3 novel bersiri yang menggunakan “aku” juga tapi diceritakan secara bergilir antara tiga watak utama. Lalu tiga sudut dapat dihayati. > abaikan statement ni jika tidak faham.


Selingan:


Sengaja nak masukkan gambar budak ni makan sambil kesat mulut dengan baju. Bagussss....!

Peminat setia ayam goreng paha yang disebutnya “ayam pemegang”. Kebetulan baju dia sama lak dengan cover novel, so itulah sebabnya.


*aku pernah berjumpa dgn tokey KakiNovel ini En Rizal (kalu tak silap), semasa pelancaran novel Bahang Selatan dulu. Masih muda belia.



~...walaupun HISYAM tiada di depan mata, SERI BULAN tetap terasa seperti lelaki itu di mana-mana sehinggga bila mencedok air di perigi bagai ternampak wajah tenang itu di riak air sedang berdendang lagu inang bersama seseorang...~




23 comments:

  1. masa baca entri akak ni, di sebelah yus mmg ada sebuah novel terbitan kaki novel.

    Baru mula baca, tajuk Novel Seandainya...

    bila tengok, betul lah ada rama-rama juga..hehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Ayam pemegang? macam lebih kurang je dengan "tangan ayam" hu hu hu

    ReplyDelete
  3. YUS:
    Ya, hampir kesemua novel terbitannya mesti menggunakan rama-rama sebagai hiasan kulit muka depan.
    Best tak novel tu?



    ANYSS:
    Salam.
    Dulu, masa 3,4 tahun dulu dia tak reti nak describe drumstick... so dia kata ayam yang boleh dipegang. Ayam pemegang! hahahaha

    ReplyDelete
  4. novel maid memang best.saya 2-3 ulang baca pun tak jemu.nak gelak je...

    ReplyDelete
  5. wahhhhh kena carilah novel maid tu.dulu mmg sy pun kaki novel, tapi sejak dah kawin n ada anak ni, slalunya novel yg tengok sy tdo..hehehehe

    ReplyDelete
  6. Aslkm AA

    Apa kabo?
    je baik2 ya.
    Mama tak habis belek buku2 dr Maeps lagi.
    Nanti klu ada buku yg menarik ceelah lagi.
    Bye
    Ramai ke yg hadir nanti?

    ReplyDelete
  7. kalu kat umh, ai pun suker lap pakai baju

    hehehe

    ReplyDelete
  8. aina juga penggemar novel tapi dah lama di tinggalkan hobi tu. bukan apa budget bila gi kedai buku nak beli novel tengok2 semua dah pegang sorang satu buku so mak mengalah jelah...

    ReplyDelete
  9. Nak tanya jugak "tak keje ke Azie tu?" ... ekekeke..

    Kalau tak kesat kat tepi baju, kesat kat lengan. Azie pernah tengok orang kesat mulut dgn tuala mandi semasa makan??? Grrrr... mmg nak kena hempuk!

    ReplyDelete
  10. comel la guna nama ayam pemegang. haha

    ReplyDelete
  11. abang pulak suka lap cermin mata dengan tali leher .. masa bekerja dulu lah.

    ReplyDelete
  12. baru tahu ada penerbitan kakainovel...nampak sgt munna ni tak baca novel2 ni

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikom kak azie :)

    kekadangkan kje opis mmg byk.. tp kepale otak dok dlm dunie novel.. cene?

    SERI BULAN tak tekujat ke nmpak HISHAM dlm ayor tu?

    ReplyDelete
  14. KC pun rajin layan novel gak tapi terbitan kaki novel ni mcm kurang rasa sikit la kak azie. Alaf 21 terbaik*bkn sbb uncle KC owner tau*hihi.

    ReplyDelete
  15. suka novel alaf 21 je hehehehehe

    sedapnya ayat di penghujung nota itu...ku sukaaaaaa

    ReplyDelete
  16. sy tak pernah lagi baca novel 'kakinovel' ni..ada banyak lagi novel yg dibeli pasa pesta buku april lepas yg masih tk sempat nak dihadap..

    ReplyDelete
  17. MOON AILEEAA:
    Memang best kan novel MAID tu. Kelakar betul!



    MAMA SYAZA:
    Sama ler kita. Kak Azie dulu pun tinggalkan novel juga beberapa tahun sebab anak-anak masih kecil. Skang dah banyak masa lapang juga.

    ReplyDelete
  18. MAMA JU:
    Salam.
    InsyaAllah, saya dikhabarkan ramai juga yang akan hadir nanti.



    NM02:
    Lap dengan baju sendiri atau baju suami? hehehehe

    ReplyDelete
  19. JUNAINA:
    Sama ler. Anak-anak Kak Azie lagi lak beli novel yg omputeh punya tu, lagi la mahal. Adehhh...



    SOM:
    Tahun depan I ada keja, jawab soklan tu, bleh?
    Heyyyy! nak hempuk I ker? Sampai ker tangan tuh? hahahahaha!

    ReplyDelete
  20. GC:
    Budak yang gelar, memang la comel, kan?



    Bang HAMZAH Al-LAVENDARI:
    Sama ler kita. Lap cermin mata dengan ekor tudung.



    MUNNA:
    Penerbitan ini sudah lama bertapak di negara kita. Agak popular.

    ReplyDelete
  21. AZEEDA:
    Salam.
    Kalu dah peminat novel, bukan saja time kerja teringat. Time tido pun le mimpi, kan? hehehe



    Kakchik ELLA:
    Kak Azie sejak dulu tak pernah tengok terbitan mana, yang penting novel itu best dan nama penulis pun penting gak.

    ReplyDelete
  22. ZUWAIDAH:
    Kak Azie pun bannyak beli novel dari Alaf21. Siap jadi ahli kelab Alaf21 lagi sejak dulu.



    NYANYISUNYI:
    Nampak macam sibuk jer tu...

    ReplyDelete
  23. kak Azie,

    Chak boleh geng dgn Ammar.. peminat 'ayam upin ipin'... :)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails