Thursday, October 6, 2011

Novel: dari kertas ke layar, kenapa banyak yang gagal?

Assalamualaikum
Khamis
06-10-2011



Adaptasi novel ke filem. Kenapa banyak yang gagal dari yang berjaya?

Ramai kita tahu, trend mengadaptasi karya-karya buku menjadi drama or filem sudah lama menjadi budaya. Terutama di Indonesia, banyak karya-karya hebat tulisan novelis hebat yang didrama-filemkan dan menjadi laris di bioskop. Tentu ramai masih ingat filem-filem hebat dari negara seberang spt:

Laskar Pelangi — karya Andrea Hirata (2005) kemudian Sang Pemimpi (tetralogi Laskar Pelangi, Andrea Hirata (2006). Juga filem Ayat-Ayat Cinta (arahan Hanung Bramantyo) yang turut diambil dari novel best seller karya Habiburrahman El Shirazy (2008) — sekadar menulis beberapa contoh.

Di negara kita pun, rasa mengadaptasi karya buku bermula dengan filem sebelum ke drama. Antaranya tentu ramai masih ingat flem Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad yang menjadi filem Sarimah (menang beberapa anugerah lagi), juga filem Jogho (1999) arahan U-Wei Shaari daripada novel Juara (1973) karya Sasterawan Negara Datuk S. Othman Kelantan serta Lagenda Budak Setan (2010) daripada novel karya Ahadiat Akashah — sekadar menulis beberapa contoh.

Kemudian banyak karya novel ini menjadi drama atau siri drama di tv. Rasanya yang naik ke drama lebih banyak (mungkin lebih mudah) dan lebih mendapat perhatian.

Antaranya:
Kasih Yang Suci tulisan Meen Zulaikha yang menjadi drama Nora Elena, Kau Laksana Bulan by Aina Emir, Ombak Rindu by Fauziah Ashari dan banyak karya Sharifah Abu Salem termasuk yang sedang ditayang di RTM2; Biar Rindu Berlalu.


Novel SAGA karya Abd Talib Hassan, sudah ada 3 siri. Aku menanti kalu ada Saga 4.


Kebanyakan drama nampak lebih menyerlah berbanding filem, kan? Memang ada drama yang gagal — pendapat peribadi aku bila menonton drama bersiri SAGA masa zaman sekolah dulu. Sangatlah tak best. Kalu sebut pelakun pun ramai yang tak kenal kecuali Hail Amir. Heroinnya aku tak berapa ingat nama (Dewi Jacquilena?).


Kerana aku sangat mengikuti novel tu, bila saja naik ke drama bersiri by RTM (masa Astro lum wujud) sangatlah hampeh hasilnya. Rasanya drama tu tak habis pun ditayang. Tergantung gitu jer. Lupa dah...

Bila tengok hasil macam tuh, baik baca novel tu saja. Memang membaca karya asal lebih sedap, lebih penghayatan.

Memang ada filem yang berjaya, drama yang best, tapi boleh kira dengan jari.


Tengok filem Karipap-Karipap Cinta? Apa sudah jadi?

Jangan banding dengan novel-novel Harry Potter karya JK Rowling. Masih jauh lagi.

*Pendapat peribadi seorang pembaca novel. Tiada kajian menyeluruh.



~...suatu petang yang muram dek hujan sejak tengahari, SERI BULAN murung kerana surat bawah tempurung di tepi ampaian sudah basah lencun dan bedak serbuk sudah menjadi selut sehingga dia terasa hendak melumur muka HISYAM yang tersengih bagai mengejek...~








19 comments:

  1. Assalam AA..tu sebab bila cik dah baca novel..ada pulak dramanya lepas tu..tak mau tengok dah..rasa taak seronok..sebab masa baca novel kita dah menghayatinya..

    ReplyDelete
  2. Rasanya membaca lebih memberi kepuasan.

    ReplyDelete
  3. walaupun penulis kata tiada kajian menyeluruh, akan tetapi entri ini cukup ilimiah dan informatif bagi saya yang tak berapa suka baca novel dan juga tak berapa suka tengok wayang/drama.

    ReplyDelete
  4. setuju.....

    adakah kita pembaca novel terlalu berbeza imaginasi berbanding pengarah drama dan filem itu?

    gerun untuk membaca saga

    ReplyDelete
  5. dahulu, saya tak mampu beli novel2 nie... sekarang bila balik kg aje, adik ipar punya koleksi novel, so saya byk habiskan masa baca dlm bilik sampai tak bantu mak mentua pun...tapi bila kat rumah sendiri memang tak ada masa baca novel2 nie..hanya layan drama aje...Tapi kalau kita baca novel lebih banyak penghayatan drpd lihat drama atau filem.. drama lagilah, asyik berepisod aje...kdg2 kita miss gak...

    ReplyDelete
  6. ada yang drama atau filem adaptasi dari novel ni menarik, ada yg tidak. karipap2 cinta memang failed!

    ReplyDelete
  7. setuju kak, tiada kajian menyeluruh, lepas tu terpaksa ikut time frame yang agak pendek kot. Faktor budget juga salah satu yang utama..

    ReplyDelete
  8. Tajuk cerita pon dah hampeh... apakah keripap² cinta? Pas ni cucur badak kasih la pulak...

    Wow byknyer novel...suka gitu, cuma kite lebih suka pada criter thriller. Anyway, bila membaca tu kiter lebih byk berfantasi sekian²...tu yg biler diadaptasikan sukar nak memenuhi citarasa kita...rasa tak puas...

    ReplyDelete
  9. aishh, baru tahu karipap2 cinta tu tajuk citer ke...

    tebal2 tu novel kak azie baca... kalo dah minat kan kak, tebal2 pun, cepat je boleh habiskan...

    kalo akak tak sebut, saya tak tahu pun, drama2 tu sebenarnya ada novel2 nya.. :)

    ReplyDelete
  10. kalo buat drama, story tu blh olah panjang sikit, movie kan duration dia sejam lebih or 2 jam je. kalau drama, mesti bersiri

    ReplyDelete
  11. banyaknya koleksi novel kak AA...

    ReplyDelete
  12. kdg2 bila diadaptasi kesan tu kureng sbb

    1. garapan penulis skrip
    2. penghayatan watak pelakon(kalo kita bca novel, mesti kita feeling kita yg belakon kn kn kn? hehehe)
    3. set dan gambaran suasana pengambaran

    wah2 sy ckp mcm pakar plak :P

    tapi ini cuma pandangan sy :)

    ReplyDelete
  13. baca novel lebih penghayatannya daripada diadaptasi menjadi filim atau drama.

    ReplyDelete
  14. Banyaknya novel...boleh pinjam ni..saya lebih suka baca novel dari menonton drama @ filem...

    ReplyDelete
  15. tak semua novel sesuai diadaptasi sebagai drama atau filem walaupun dalam novel tu penuh sarat dengan teladan..

    ReplyDelete
  16. baca novel lebih feel. perasan jadi watak utama kadang2. hahaha

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails