Saturday, October 15, 2011

Kerabu Mangga: Rupanya aku salah resipi...

Assalamualaikum
Petang Sabtuday
15-10-2011



Baru balik dari Seremban, menghantar order Tart Nenas kepada blogger ACIK ERNA. Dan beliau juga dalam rangka program meronda dan makan-makan dengan anak yang baru lepas hadapi PMR, ke ICEROOM. Enjoy yaaa...! and terimakasih atas sokongan and enjoy the Tarts too!

Cerita lain.

Mangga masak kuning-kuning yang dibeli di Sg Besar sudah langsai dalam masa 2 hari. Aku cuma merasa sehiris dua, takut batuk bertambah teruk.



Mangga yang disedekahkan orang-orang, sedara-mara di Sg Besar, ada yang sudah masak, separa masak dan belum masak.

Kerana sejak Senin hingga sepanjang minggu, aku sibuk lalu hasrat nak buat Kerabu Mangga dengan mangga muda memang tak kesampaian.


Ini Kerabu Mangga yang aku buat semasa Ramadhan lalu. Pada aku dah okey, sebenarnya taklah sedap mana pun.

Aku ambik yang basic jer. Ada cili padi, bawang besar, udang kering, kantan dan kacang tanah tumbuk kasar. Garam gula secukup rasa. Cukup dah untuk kami meratah satu tepawer besar!

Tapi masa berimpun ramai ritu, ada sorang kakak yang handal buat Kerabu Mangga sehingga tiap kali kenduri pun dia mesti “diwajibkan” buat sampai sebesen! Aku risik resipi. Rupanya mudah sahaja. Dia gunakan ikan bilis (digoreng/sangai tanpa minyak), blend, campur bahan asas lain. Yang utama mesti ada Kantan, katanya.

Oh aku harus cuba. Kerana resipi Kerabu Mangga aku hanya boleh dijamah oleh rakyat dalam rumah sahaja. Kalu bawa keluar, gerenti kena gelak! Salah resipi! Selama ni perasan sedap dahh... hahahahaha! > gelak malu



Tapi ntah bila nak buatnya, mangga yang ada tu dah separa masak dahhh...



~...belajar di kelas memasak tidak sama kena marah di dapur kayu Mak Utih, kena jentik tangan kerana tidak dapat menahan selera kepingin Sambal Tempoyak juga tidak terasa, tapi malu kerana tidak kenal Ulam Madu Tiga, buatkan SERI BULAN rasa nak sorok muka di bawah atang dapur...~










16 comments:

  1. betul tu kak, saya ada mkn kerabu pelam kat kedai mkn faveret saya, mmg depa letak ikan bilis, memang sedap kak

    ReplyDelete
  2. Salam, mangga separa masak elok dibuat sambal belacan jer..hehehehe

    ReplyDelete
  3. MAMASYAZA:
    Kak Azie selama ni memang minat Udang Kering. Jadi ingatkan boh udang kering tu la resipi yang kedai-kedai dok guna.



    UNTIE MARINA:
    Mangga yang dah lembut sikit tu, kalu dapat mangga bacang ok gak, kan?
    sambal belacan? aduhhhhh.... terlior

    ReplyDelete
  4. Saya pun belasah ja.. buat . Tapi rakyat marhain dalam umah ni suka. Tapi saya ada kelainan skit .... saya racik daun limau purut campur.

    Jangan tanya ambik resepi di mana .... heheheheh belasah jaaa....

    ReplyDelete
  5. CHIK ATT:
    Daun limau purut wangi, lebih kurang macam Kantan jugak lah tu kan?
    Hahaha sama ler kita, suka belasah resipi.

    ReplyDelete
  6. tah2 resepi akak tu lg sedap tak...hehe

    ReplyDelete
  7. KALAMHATI:
    Terimakasih.
    Sedap itu subjektif. Kalu anak-anak makan habis, kira sedap la tu kan? hehehe

    ReplyDelete
  8. Azie..terima kasih..sanggup turun ke seremban menghantat tart nenas..dan maaf..sekejap sangat sampai tak sempat nak berbual panjang..
    yng utamanya..sebab kete banyak mas tu..risau..yang tunggu dalam kete tu je..tapi perjalanan kenilai tetap diteruskan..6.30 petang baru sampai rumah..

    ReplyDelete
  9. ACIK ERNA:
    Terimakasih kembali.
    Tidak pernah menjadi masalah.
    Saya pun selamat sampai di rumah kira-kira jam 5 petang.

    ReplyDelete
  10. Sallam Azie,

    Selalu juga saya tengok orang buat kerabu mangga pakai udang kering, tu yang suka udanglah. saya makan belaka, sebut aja kerabu, tak kisah campur apa pun.

    ReplyDelete
  11. xpe dah masak mkn saje2 pun sedap akak..hehe

    ReplyDelete
  12. LIPISLADY:
    Ahaaa senang gak eh. Jenis yang makan apa saja belaka. Tak cerewet. Senang nanti menantu nak layan. Hehehehe..



    NURAYUNNI:
    Tambah kalu orang yang masakkan, kan? Memang makan semua...:)

    ReplyDelete
  13. kak Azie,

    Eja pun dapat resepi dari kawan buh ikan bilis dalam kerabu mangga tu.. dan dah rasa pun kerabu yg tu... memang terangkat...

    nanti dah try resepi baru jgn lupa tempek gambar bagi terliuq tau.. hehehe

    ReplyDelete
  14. ada cuba minum jus lemon yang ditambah madu? sila cuba.... petua pramugari untuk suami kawan saya, yang saya cuba dan berjaya pulih dalam beberapa hari.... sebelum tu dah berbotol ubat batuk sy telan nk redakan batuk yang dah berlanjutan berbulan lamanya

    ReplyDelete
  15. aduhhhh kecur air liur tengok buah mangga tu....

    ReplyDelete
  16. kalau resipi orang siam, depa suka boh sos ikan...sedap jugak tapi masin

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails