Khamis
07-10-2011
Terimakasih banyak atas respons-komen di entri sebelum ini.
Termasuk yang ini:
Sebenarnya memang tiada kajian menyeluruh yang aku buat, malah entri itu sepatutnya panjang tapi aku edit kerana tidak mahu ada yang salah faham pula. Entri tidak condong kepada mana-mana pihak.
Minggu lepas aku terima email ini:
Memang minggu ini AA baca satu lagu novel baru. Baru baca bukan novel baru di pasaran. Novel ini sudah agak lama, dah sudah popular. Ramai orang perkatakan novel ini. Novel yang lain dari yang lain. Keluaran FIXI. Novel senipis 310 pages ni sekejap saja boleh habis baca.
Info dari website Dendam:
oleh Affifudin Omar
310 Mukasurat
RM20: Diskaun 15% di Kedai Fixi!
Cetakan pertama: Jun 2011
Sinopsis:
Khalil Gibran seorang billionaire yang mempunyai ramai kroni dalam bidang politik, jenayah dan penguasaan. Ramai wanita ingin menjadi miliknya, walau bergelar simpanan — dan Khalil Gibran memenuhi setiap impi mereka.
Dia mula menjadi zalim dan ganas apabila dia melihat kekejaman yang pernah dilakukan ke atas ayahnya. Kariernya bermula sebagai anggota keselamatan yang terkenal dengan teknik interogasi yang ekstrem. Kemudian, kejayaan awal empayar bisnesnya adalah melalui cara-cara haram.
Tetapi dia mula insaf apabila hatinya mengenal kasih sayang dan cinta. Sifat kemanusiaan rupa-rupanya masih wujud dalam dirinya. Khalil Gibran ingin menjadi manusia baru. Berjayakah dia lari sepenuhnya dari sifat lamanya? Atau apakah DENDAM akan terus bertakhta?
310 Mukasurat
RM20: Diskaun 15% di Kedai Fixi!
Cetakan pertama: Jun 2011
Sinopsis:
Khalil Gibran seorang billionaire yang mempunyai ramai kroni dalam bidang politik, jenayah dan penguasaan. Ramai wanita ingin menjadi miliknya, walau bergelar simpanan — dan Khalil Gibran memenuhi setiap impi mereka.
Dia mula menjadi zalim dan ganas apabila dia melihat kekejaman yang pernah dilakukan ke atas ayahnya. Kariernya bermula sebagai anggota keselamatan yang terkenal dengan teknik interogasi yang ekstrem. Kemudian, kejayaan awal empayar bisnesnya adalah melalui cara-cara haram.
Tetapi dia mula insaf apabila hatinya mengenal kasih sayang dan cinta. Sifat kemanusiaan rupa-rupanya masih wujud dalam dirinya. Khalil Gibran ingin menjadi manusia baru. Berjayakah dia lari sepenuhnya dari sifat lamanya? Atau apakah DENDAM akan terus bertakhta?
Sebenarnya yang menjadi intipati cerita banyak berkisar pergolakan yang berlaku di sebuah negara (Malaysia?). Ditulis secara tidak begitu tepat tetapi bagi penggemar politik pasti dapat mengesan beberapa peristiwa yang ditulis, sangat bertepatan dengan apa yang berlaku sejak bertahun-tahun sehingga kepada beberapa bulan kebelakangan ini.
Isu rasuah dalam kabinet, menteri yang berskandal, wang haram, perjudian, pelacuran... juga kes polis tertembak pelajar, kes dera dalam penjara, kes ahli politik dalam tahanan... dan pelbagai lagi.
Isu rasuah dalam kabinet, menteri yang berskandal, wang haram, perjudian, pelacuran... juga kes polis tertembak pelajar, kes dera dalam penjara, kes ahli politik dalam tahanan... dan pelbagai lagi.
Cara ianya ditulis begitu tepat dan padat. Buku hanya senipis itu memaparkan dengan jelas dan ringkas tapi mudah saja faham. I like!
Khalil Gibran memupuk dendam sejak kecil sehingga dewasa dan melalui dendam juga dia belajar membalas dendam itu dengan pelbagai cara termasuk santau (sehingga dia termakan santau sendiri yang dimasak ibunya tanpa tak sengaja) dan membunuh secara halus. Khalil memang kejam. Dia menyimpan perempuan simpanan, mengambil rasuah, melindungi peniaga haram, menyimpan jutaan ringgit wang haram di bank di seluruh Thailand. Sehingga akhirnya dia bukan saja menjadi millionaire tetapi billionaire!
Tetapi siapa kata orang kejam tidak boleh insaf dan bertaubat? Khalil bertaubat nasuha dan insaf serta berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembalikan kesucian dalam hatinya serta kebahagiaan hidupnya.
Sepertinya novel ini bernada sinis, sarcastic tapi... yeah sapa yang terkena hidung, pandai-pandailah gosok hidung sendiri.
Kesimpulannya, tak sangka DENDAM itu best! Kawan aku baca tak habis pun...
Kesimpulannya, tak sangka DENDAM itu best! Kawan aku baca tak habis pun...
~...sebenarnya memang belum lupus dendam di hati sanubari SERI BULAN terhadap HISYAM kerana pernah ditolak jatuh dari buaian bertali reput hingga jatuh tersepuk, tetapi apa yang terdaya dilakukannya hanyalah menyumbat katak dalam kasut...~
Alahai.. bilalah kakcik nak singgah ke kedai buku ni (Minerva ada diskaun 20% untuk novel)... dah banyak novel2 baru yang kakcik tak tahu kehadirannya. :(
ReplyDeleteTeringin nak beli "Ketika Cinta Bertasbih"
ReplyDeletecara kak azie citer tu nampaknya mmg betul2 best. kene cari nih!
ReplyDeleteKAKCIK:
ReplyDeleteNampaknya komen Kakcik dah lari ke spam lagi dah. :)
Memang boleh kata setiap bulan ada saja novel baru, kita jer yang tak sempat nak kejar.
YAN:
Novel tu dah jadi filem dan drama bersiri, kan? Ramai kata best, tapi I pun tak pernah tengok lagi.
GADISBUNGA:
ReplyDeleteOrang kuat baca novel macam Kak Azie ni baca apa pun dah kata best.
saya setuju ngan GB, bace dari tulisan kak azie, mmg rase nak membacanya juge! mm..entri ni dah kira bantu promote buku tuh.. ;)
ReplyDeleteFATIN MRAZ:
ReplyDeleteKita menulis yg fakta mengikut penilaian sendiri. FIXI tak bagi elaun pun. Tapi kalu upah Kak Azie jadi promoter di Pesta Buku, bleh la demand! hahahahaha!
Menarik bunyinya, cek nak pi carilah. Kat Popular ada kot? Kedai yg cek selalu pi kat Penang ni Popular, MPH & Borders ja. Kedai lain cek tak tau...
ReplyDeletedah lama bercuti .. tak membaca novel .....
ReplyDeletetapi yee mee tu memang mengancam
wah..rajin sungguh kak azie melayan novel.
ReplyDelete(baru tadi ke Popular - sepupu mencari 'Bogel menuju Tuhan', tapi tak jual disana ;)
..dan baru terperasan yang Kak AA dah pernah buat review tentang novel tu;))
hmmm mcm nak beli tapi takut tak kenadgn selera pulak.
ReplyDeleteAzie...
ReplyDeletepenulisnya bekas menteri kabinet kita dulu ker.. Datuk Dr Affifudin Omar...??? Jika betul sure kisah2 rasuah dalam kabinet sangat menarik...
AA dah baca ke keimanan cinta. tadi dengar di radio ikim
ReplyDeletekak azie...
ReplyDeleteakak ni bagus laaa
sy suka org2 yg ngajin baca buku ni...sy kan, byk jurnal yg tak abis baca lagikkkk...huhuhu
DINAS ALDI:
ReplyDeleteSaya selalu beli kat MPH jer cikgu. Harus ada kot kat kedai lain.
CHIK ATT:
Yee Mee tu memang paberet saya sejak dulu. Tapi yang dalam gambar tu tak ler sedap sangat pun.
NAJWA:
ReplyDeleteNovel Bogel Menuju Tuhan adalah karya pertama ZAHIRIL ADZIM. Kak Azie hadir pada hari pelancaran novel tersebut di Pasar Seni.
Kak AYA:
Kalu tak minat politik atau novel berat, memang kurang sesuai la.
AKAK:
ReplyDeleteDatuk Dr Affifuddin Omar? Laaaa.. ntahlah Kak. Saya dok sangka, gambar penulis tu ialah yang kat cover novel tuh.
Isu rasuah tidak begitu menyeluruh dan tepat dinyatakan, tetapi kes itu ketara. Saya yang baca terus faham.
KAK SAM:
Keimanan Cinta tu yang dah didramakan skarang kan? Mesti best gak tu kan?
AZIAN:
ReplyDeleteKak Azie baca novel sebab Kak Azie tak reti nak baca jurnal. hehe
Sayangnya yg nak disindir dlm novel ini entah baca entah tidak. Kita yg membaca mula membayang seseorang yg besar dlm dunia sekeliling kita....
ReplyDeleteMakan yee mee selepas baca novel pun sedap juga kan:)
Dulu zaaman sekolah rajin baca novel bila dh kerja dan kawin kemaruk pulak dengan majalah hiasan dalaman la ni sekali lagi kena beli novel tapi bkn utk diri sendiri untuk si anak dara yg sorang tu.
ReplyDeleteSaya pun kaki novel jugak tapi dah lama tak membaca. Masalah saya ialah "Masa". Lagi 1 bila dah mula membaca, tak leh nak stop, sanggup duk dlm bilik sorang2 smpai cik abg ckp mcm org dlm pantan. hihihi.
ReplyDeleteKAK ZAKIE:
ReplyDeleteBetul juga tu.
Sejak zaman dulu sebelum Merdeka lagi, tulisan turut berperanan untuk menyatakan isi hati atau kritikan kepada pihak pemerintah atau pihak tertentu.
Zaman sekarang, ntah depa baca ntah tidak.
CT NOARIZAH:
ReplyDeleteBaca bahan apa pun tetap bagus. Apalagi utk family.
KAKCHIK:
Sebab itu juga Kak Azie baca time di tempat kerja jer. Kalu kat rumah, memang tidak langsung ler jawabnya.
Smti
ReplyDeleteRED RAMBUTAN:
ReplyDeleteTerimakasih.
Bila nak dating nih? ahaks!