Friday, October 21, 2011

Cerita Merapu Seorang Tua, Bila Dilanda Tekanan...

Assalamualaikum
JumAAt, malam
21-10-2011


Sedikit stress. Tertekan.

Hampir 2 minggu membantu “factory” siapkan lebih 64 ribu borang secara manual. Jadi Minah Kilang — yang menurut mereka belum ada orang dari studio yang sanggup buat volunteer macam aku buat. (What?!)

Sepanjang lebih 2 minggu juga, aku terpaksa tukar dress-code. Tshirt and jeans paling sesuai. No baju kurung! Panas kerana factory takdak ekon! Dan kipas bukan boleh dipasang selalu, nanti semua borang terbang melayang macam wau!

Yang lebih penting adalah, itu suatu pengalaman baru (untuk orang “vintage” macam aku!). Belajar sesuatu perkara yang agak terlewat. Bertahun dalam bidang ini, baru kini aku diberi peluang melibatkan diri. Dulu, jangan harap sebab masing-masing sudah ada expert. Dulu, jaga bahagian sendiri saja, sehinggakan untuk backup job pun ada staf yang dikhaskan. Untuk print job pun ada orang buatkan.

Cerita hari ini:

Ada job urgent yang perlu disiapkan mengikut “tarikh mati” yang sangat dekat. Biasalah, hujung tahun. Annual Report tak pernah singkat masa. Sejak bertahun-tahun lamanya, kalu kena tugasan seperti Annual Report atau Persediaan Bajet/Belanjawan, memang sampai ke malam ler mengadap... Nasib kuli.

Job atas nama orang lain, tapi aku yang membantu memulun sakan macam assignment sendiri — ayat riak perasan bagus, kata kawan jahat aku!

Hakikatnya, aku pelik.
Pelik kerana job yang sebegitu mudah, boleh menjadi isu rungutan berjam-jam sampai bermasam muka dengan Manager. Begitulah kalu tak biasa diasak dengan tekanan kerja yang ketat dan tidak biasa dengan tugasan beribu-ribu pages. Sedangkan aku pernah berhadapan dengan tugasan journal yang berdisiplin ketat — even hilang satu fullstop pun dikira sebagai error! Jadi setakat nak handle Annual Report dengan masa yg diberi 2 minggu, bagi aku adalah sangat kacang! > lagi ayat perasan bagus.

Balik tadi dah ler lewat. Air pula takda. Seluruh taman kontang air, kerana ada paip besar kononnya pecah.

Selamat tak payah masak. Tapau Mee Rebus, tapi masin plak.

Aku tak suka tekanan, tak suka tensionkan diri. Lalu cara paling best adalah makan. Jadi jangan heran saya jadi sebesarrrRRR ini!


Nasi Lemak, sarapan. Bukan buat sendiri, tapi bekas bawa sendiri dari rumah. Isi dari kedai!



~...SERI BULAN: “Saya tidak tahu akan bagaimana keadaan saya tanpa awak! Awak sentiasa tahu yang terbaik untuk saya.”
HISYAM: “Apa yang terbaik untuk awak, adalah kemanisan hidup bagi saya.”...~








20 comments:

  1. Hahaha saya pun suka makan tapi takut jadi besar. Paling tak suka kalau nak kerja tapi tak mahu bekerja.

    ReplyDelete
  2. Romantis sgguh Seri Bulan dan kapelnya ni ye kak azie. Hihi.

    Ella suka baca coretan d tempat kerja kak azie terutama tntg keja sikit riuh lebih. Lebih krg sama jer dgn tmpt ella ni kak.

    ReplyDelete
  3. KAK SAM:
    Dulu mula2 dulu, dok ingat lagu tu jugak. Pastu malas nak fikir pasal besarrrr... Makan jerr

    Di FB guna nama AZIE AZAH.

    ReplyDelete
  4. KAKCHIK ELLA:
    Yang romantis tu kadang2 ada orang tengok menyampah pulak. hehehe

    Cerita tempat keja Kak Azie ni biasa biasa saja. Yang penting masing-masing happy.

    ReplyDelete
  5. hai..

    tak elok juga stress ni, bila stress kita banyak makan, kalau gini lambatlah nak kurus kan..kan..

    ReplyDelete
  6. kak azie--
    tamo stress ya......
    enjoy dengan gathering nannti..
    buat sampai ayu tersangat JELES TAU..

    baca ttg seri bulan dgn hisyam..
    tiba2 nak sangat bermanja dengan hisyam..
    BOLEH?????

    ReplyDelete
  7. QHAIFA NUR:
    Salam kenal. Sila masuk, terimakasih.
    Kak Azie kalu tertekan sedikit jer, mesti nak cari makan sedap-sedap. Adehhhh!



    AYU:
    Janganlah jelessss... Nanti Kak Azie pegi Kulai yaaa.!

    Bermanja dengan HISYAM? Hik hik hik hik!
    Hanya mampu sengih...

    ReplyDelete
  8. Romantika d'amor la pulak Hisyam & Seri Bulan tu, fewit!

    Seronok jugak mencuba bidang tugas yg lain dari kebiasaan kan :)

    ReplyDelete
  9. DINAS ALDI:
    Walaupun bidang tugas tu bukan bidang saya, tapi kami tetap di bawah satu bumbung bangunan. Tetap dipanggil teamwork.

    ReplyDelete
  10. setiap pagi time cuti saya makan nasi lemak. en. abah yg belikan, sampai sekrg ni tekak dah takleh terima nasi lemak

    ReplyDelete
  11. MAMASYAZA:
    Menu apa pun, kalu dah kerap sangat, pasti jadi jemu dan tak rasa lagi sedapnya.

    Kena selang seli. Kalu tak kerap nanti rindu baru makan. Akan ada nikmat.

    ReplyDelete
  12. kalau stress, saya jugak cari makanan..dapat makan, semua stresss lariiiii....heheheh

    ReplyDelete
  13. MULUT PAYAU:
    Kalu lah hari hari stres.. aduhaiiii makan berpinggan-pinggan ler kita.



    YAN:
    hehehe I nak sebut tua atau veteran, malu!

    ReplyDelete
  14. hihi. saya pun tak suka tekanan. nanti duit terbang melayang2 sebab makan atau gi jalan2. :D

    ReplyDelete
  15. GADISBUNGA:
    Wahhh kalu stress jer boleh pegi shopping, kena lah kerja kuat kuat cari duit banyak-banyak!

    *ni pehal tak tidor tidor lagi nih?

    ReplyDelete
  16. kak Azie,

    kalau yang tak biasa keja under pressure silap hari bulan boleh tender resignation letter...

    nasik lemak tu sedap sungguh... nampak.. :) pekena sekali dengan kopi o.. uihh.. boleh p sampai bulan ooo

    ReplyDelete
  17. EJA:
    bidang kerja Kak Azie sentiasa under pressure. Dah bertahun begitu, Kak Azie dah lali dan tak kisah dah.

    Nasi lemak sedap, pastu nampak bintang. Krohhhh krohhhh!

    ReplyDelete
  18. Eja pulak dah dibiasakan masa kat Itm dulu.. lecturer bagi assignment last minit suruh submit cepat.. kira macam dah terdidik keja under pressure... konon!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails