Thursday, October 13, 2011

Sehari di Sg Besar: Rasa Nak Angkut Sawah Balik ke KL...

Assalamualaikum
Rabu
12-10-2011


Entri ini berkisar kisah pada Ahad lalu. Kunjungan yang bukan sahaja sangat istimewa tapi juga memberi seribu makna.

Bersama beberapa orang ahli keluarga, kami ke Sg Besar, dekat Kuala Selangor atas urusan meminang dan bertunang seorang ipar AnakMenakan.

Sempat juga aku snap pic ini.

Aku sudah lama berhasrat untuk berjalan ke daerah ini kerana tahu, Sg Besar memang terkenal dengan pemandangan kampung yang sangat indah dan juga tentang keunikan hasil kampung seperti hasil laut. Ikan segar, mentarang (dah pernah 2,3 kali buat entri pasal mentarang nih), tentang sawah padi, tentang Restoren Mee Udang Banjir tu... tentang hasil industri kecil terutama kerepek... (tapi semua tak sempat beli, kecuali mangga saja...)


Mula-mula menempuh suatu kawasan yang penuh dengan pokok kelapa (dekat dengan laut la tu), kemudian baru berjumpa dengan kawasan Sg Leman (Parit 7, Parit 8...) yang memang keseluruhan kawasan adalah sawah padi.

Semasa sampai, kami dihidangkan kuih-muih dan teh. Antara kuih yang dijamu adalah:

Kuih Seri Muka Antah Pulut.

Memang ini kuih masyarakat Banjar. Terkejut juga kami adik beradik tengok, sebab masa kami kecik-kecik dulu, selalu juga MyBONDA buat kuih ini.

Bahagian atas, lembut lemak licin dan enak sekali. Bawah adalah beras pulut + kelapa parut. Beras pulut itu dikisar kasar yang dipanggil “antah pulut”. Memang lama sungguh tak merasa kuih ini. Sedap sehingga piring di depan kami licin, dan minta kuih dari piring orang lain plak. hehehehe.

Selepas selesai acara meminang dan berbincang, sarung cincin, bertukar hantaran, kami dijemput untuk makan tengahari.



Menu lunch yang sangat awesome! Lauk macam makan kat restoren. Puas sungguh makan. Ramai tahu, masyarakat Banjar dan Jawa sangat terkenal dalam hal meraikan tetamu.

Jangan tak tau, shooting filem/drama NurKasih pun dibuat di salah sebuah perkampungan di sekitar Tg Karang, dekat dgn Sg Besar ini. Sawah padi mereka sangat luas dan cantik!


Rata-rata rumah di Sg Besar semuanya besar-besar belaka!

Kemudian kami mengambil kesempatan melawat Mak Menakan dan Pak Menakan (sebelah mak/ayah side) yang memang tinggal di Sg Leman. Tak ingat sudah berapa lama tak berjumpa mereka ini. Sekali sekala ada juga jumpa sepupu-sepupu sebelah sini dalam beberapa majlis keluarga terutama kenduri.

Siapa pernah lihat gambar MyBONDA, pasti akan kata, memang seiras MakMenakan AA ini. Maklum adik-beradik.


Menjolok mangga muda di pokok. Banyak betul!

Kerana memang sekarang musim mangga, di sepanjang jalan dari Sg Besar menuju Meru, Klang, begitu banyak gerai jualan yang menjual mangga Cukanan (dll jenis), dan jagung. Jagung murah betul, tetapi mangga lebih kurang macam kita beli di pasar malam juga.


Bukan beli untuk diri sendiri saja...
(tapi satu pun aku tak makan, tak boleh laaa.. batuk lagi)



Walau cuma sehari dan tidak puas menatap pemandangan yang indah serta tidak puas bermesra, terasa sudah jatuh chenta di sini...

Terimakasih orang-orang di Sg Besar!



~...antara sawah terbentang, gemersik buluh di malam hari, sahutan burung hantu di dinihari dan lenggok ikan di kejernihan sungai, HISYAM sentiasa mengakui di sudut hati bahawa dia akan terus menetap di Kampung Separuh Desa selagi SERI BULAN setia menjadi penyeri Teratak Nyatuh...~















40 comments:

  1. memang cantik situ..pernah smpi beberapa minggu lepas..=)

    ReplyDelete
  2. KALAMHATI:
    Selalu tengok kat tv atau gambar saja. Bila dah pergi sendiri, aduhaii... cantiknya kawasan kampung tu.

    ReplyDelete
  3. Saya pun suka sangat tengok sawah padi yang luas terbentang.

    Hehehe kiut la notis kat gerai jual mempelam tu. Yaaa, don't judge a book by its cover bebeh, kehkehkeh!

    ReplyDelete
  4. Di Sg Limau tu ramai waris ckLah. Bendang mak ckLah di Parit 6...hehe

    ReplyDelete
  5. Dalam perjalanan akak ke langkawi minggu lepas, merentah Kedah dan perlis,sawah padi terbentang saujana mata.....tak ada seinci pun tanah kosong terbiar melainkan liuk lintuk hijau padi ditiup angin....sejuk mata memandang...indahnya....

    ReplyDelete
  6. Kalau nak shopping pakaian kat Sg Besar murah. Org kata pekan Sg Besar tu dah macam Golok Malaysia.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kak AA...mak dil pun ada sedara mara di sg.leman dan juga sekitar sg besar..sg.hj Dorani dll..mmg sangat tenang kalau pegi situ..rasa nak buat umah macam dalam cite nurkasih tu..hehehehe

    ReplyDelete
  8. seronok kan tengok sawah padi..kampung saya masih ada pemandangan sawah pagi begini...sayup mata memandang...

    ReplyDelete
  9. DINAS ALDI:
    heheh notis kat kedai mempelam tu sungguh unik. Tapi bagi orang yang biasa dgn buah mempelam, jika mangga Cukanan ni, kita sedia tahu memang manis.



    CKLAH:
    Saya juga menempuh beberapa kampung lagi yang banyak bermula dengan “Sungai”. Kebanyakannya Banjar dan Jawa.

    ReplyDelete
  10. ARIZAKIAH:
    Betul Kak. Sebelah utara memang banyak sawah padi, malah kampng saya pun semuanya keliling sawah padi. Cantik, kan?



    YUNUS BADAWI:
    Ohhh best nya. Saya terlibat program keluarga yang ada jadual. Susah untuk bergerak sendiri, nak shopping pun tak puas.

    ReplyDelete
  11. UMMI_KHALISH:
    Salam.
    Saya dengar Homestay Hj Dorani adalah homestay paling popular di sini. Malahan kalu ada shooting filem/drama ker, memang homestay itulah yang sering dipilih.



    KAK AYA:
    Boleh la meronda di sawah, berangan buat sajak. hehehe

    ReplyDelete
  12. teruih terasa nak balik kampung mertua sat lagi....

    p/s - homestay kt parit 1, sg haji dorani tu sepupu kepada arwah bapa mertua saya.

    ReplyDelete
  13. KUJIE:
    Wahhhh mentang mentang dekat, teruih rasa nak balik yaaa.. Jeles saya.

    Saya diberitahu Homestay Hj Dorani itu adalah antara homestay paling terkenal di sana.
    Ramai artis suka tempah homestay di situ.

    ReplyDelete
  14. Pandangan begitu sentiasa membuatkan kakcik teruja. :)

    ReplyDelete
  15. KAKCIK:
    (dah tak masuk spam).

    Sebab itu ada peribahasa, jauh berjalan luas pandangan.

    Seronok pun seronok!

    ReplyDelete
  16. rindu Tanjung karang dan Sungai Besar..dah 13 tahun meninggalkan sana..

    ReplyDelete
  17. Hai .. salam kenal .. cantik yea .. kawasan tu ... tak pernah lagi ke sana ..

    Yg best bab makan la.. meriahnya lauk ...hehe

    ReplyDelete
  18. terbayang deretan gerai jual mangga sepanjang ke Sg besar ...

    Org Jawa memang betul2 meraikan tetamu .....

    ReplyDelete
  19. canteknya gambar sawah tu kak azie & kak azie pun chantek juga...

    hati meronta-ronta bila melihat sawah sebegitu kerana jiwa anak petaniku...ahaks...

    ReplyDelete
  20. kalau lalu di daerah sana, tertarik dengan gerai mangga yang menyusun cantik mangga2nya di rak yang dibuat khas... dari jauh nampak susunan mangga yang cantik tu...

    ReplyDelete
  21. cantiknya sawah padi tu..
    hijau mata memandang..

    ReplyDelete
  22. meminang org banjar jua kah??


    -kami ramai lagi kulaan kat sg besar tu kak AA.

    ReplyDelete
  23. mangga feveret ecah kak....:)

    umah kg semua beso beso kan,,,,

    ReplyDelete
  24. kak Azie, sungguh menyamankan kuih seri muka tuh. dh lama ngidam neh, x dpt2. kt area umah sy neh susah nk dpt kekuih. maybe sy kne blaja n wat biznez kuih2 tradisionallaa plaks...ahahahha

    ReplyDelete
  25. terliur tengok kuih hijau seri muka...heheh

    ReplyDelete
  26. lepas tu pisang yg di jual tepi jalan tu, pun sangat menarik kan?
    masak masak
    memang best ke sg besar tu, sya tak nafikan keindahan pemandangan hijau2 tu.

    ReplyDelete
  27. uihhhhhh...tu diaaa.....
    mangga kulit tak cantik tapi isikkkk...
    muka sy tak comel tapi sy baik hati...(tetiba jek kak...hehehehh)

    ReplyDelete
  28. pernah lalu jer sebab otw nak ke pangkor.... huhuhuhu

    ReplyDelete
  29. kak...
    lihat pic nie. ada adik kak.. terus ayu tersenyum2 tanda suka...
    syukur..

    plzz.. ornag jawa mmg suka raikan tetamu kan..
    mmg klasss..

    ReplyDelete
  30. hijau je kan...cantik sungguh permandangan. kalau kite blk kg, mmg lalu sini...tenang je

    ReplyDelete
  31. AA sudah bikin aku kangen sama kampungku...MERU.. wuaa!

    ReplyDelete
  32. kuih tu baru jer mkn minggu lepas :)
    sedap!

    ReplyDelete
  33. ACIK ERNA:
    Semoga dengan beberapa gambar ini, terubat sedikit rindu Acik itu. Dulu memang asal dari Tg Karang kah?



    HALILA:
    Salam kenal. Sila masuk, terimakasih ya.
    Kawasan tu memang cantik tau Halila.

    ReplyDelete
  34. CHIK ATT:
    Betul. Deretan gerai-gerai mangga, jambu air dan jagung di sepanjang jalan itu memang sungguh menarik perhatian. Cantik!



    JUNAINA:
    Amboiii sempat lagi tu nak puji si tuan tanah kedaung nih.
    Sama ler kita. Anak orang kampung, jiwa tetap sukakan kampung.



    DINA:
    Betul DINA. Deretan gerai buah tu yang menarik. Kerana rak tu berwarna warni.

    ReplyDelete
  35. TUYA:
    Betul cantik. Kebetulan masa ini musim padi sedang naik dan mula hendak berbuah. Daunnnya begitu hijau dan subur.



    NAJWA:
    Kata kakak saya “cho or cho or, kulaaannnn!” hehehehe

    ReplyDelete
  36. CIK ECAH:
    Yup. Orang kampung memang pandai menjaga harga, menambah harta. Buat rumah sikit tambah sampai besar ke laman.



    AKUZLE:
    Kalu rajin nak belajar, teruskan. Tak rugi belajar buat kuih, esp kuih tradisonal yang susah nak dapat skang ni.



    ZIE:
    Jangan cakap terliur, terus tergoda...!

    ReplyDelete
  37. KASIH IBU:
    Betul. Kampung di sana penuh dgn hasil tani. Tanah subur betul di sana. Sawah luas, kebun kelapa pun luas. Pisang memang banyak.



    AZIAN:
    Sama ler kita. Muka tak comel, tapi hati memang konpom baikkkk...! hahaha



    EELOBOR:
    Yup. Kalu terus menuju Perak, merentasi Pantai Remis. Tak kena tol!

    ReplyDelete
  38. AYU:
    Betul. Sejak dulu lagi tahu, orang-orang Jawa memang sangat mesra dan baikhati meraikan tetamu.



    GC:
    Betul. Rasa seronok betul diraikan oleh tuan rumah begitu. Makan pun puas!



    SUE:
    Betul. Kalu dapat berlama-lama di pinggir sawah tu pun takpa. Tenang dan damai.

    ReplyDelete
  39. CHE MID:
    Oooo orang Meru rupanya. Memang kami merentasi Meru, Kapar menuju Kuala Selangor.



    MAKDARA:
    Ohh ya ka? Pandai buat tak? Nak rasa. hehehe

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails