Monday, October 3, 2011

Man Laksa vs Estet ~ Saedon Dengki vs Junna

Assalamualaikum
Senin lagi
03-10-2011



Sejak dari Khamis bermula MC sehingga ke Ahad, tiada xtvt khusus untuk orang yang melepek demam pastu batuk sampai.... (terkencing).

Lalu xtvt paling sesuai adalah melepak depan tv, dari satu cerita ke satu cerita.

Pagi Ahad lalu, layan citer arahan Mamat Khalid, keluaran tahun 2010 bertajuk ESTET. Filem ni macam tak berapa popular walaupun menang 2 anugerah di Festival Filem 2010. Kerana aku belum pernah tonton, so layan jugak.

Boleh tahan, kerana ada Rosyam Noor yang muncul beberapa scene, tapi sungguh kelakar. Konon hero sebab dia handal main bola sepak!


Filem ini sangat 1Malaysia! Majoriti adalah pelakun India di sebuah estet bernama Estet CintaManis.

Pelakun ramai, David Alleycats pun ada berlakun, selain hero si Farid Kamil. Gaya filem ini ala-ala filem Tamil, siap ada lagu menari kat kebun getah dan atas lori. Lagu MGR youuuu....!

Pastu bab gaduh pun sikit punya lama, letih nak tunggu sapa nak pengsan dulu. Tu belum lagi kira aksi stunt yang nampak macam tak logik.

Keseluruhan cerita tentang perlawanan bolasepak antara dua estet demi melunaskan hutang. Macam hutang Ceti gitu, bertaruh anak gadis.

Crook filem ini ialah si Shoffi Jikan (sebagai Junna). Sebelum ni mungkin orang tak berapa kenal kot si Shoffi ni, tapi lepas dia muncul sebagai AJIB dalam KL Gangster, ramai suka ikut dialog ‘sengatttt’ dia.

Sebenarnya, kalu nak berhibur, tak salah pun menonton filem Estet ni. Kelakar pun ada. Layan jer..


**********

Kemudian sebelah petang, layan filem Man Laksa, pun arahan dan karya Mamat Khalid gak. Keluaran 2006. Inilah filem Mamat Khalid yang paling aku suka.

Jika dibandingkan dengan filem meletupnya Hantu Kak Limah tu, aku tetap memilih Man Laksa. Filem Man Laksa sangat ringan, menghiburkan kerana ada banyak lagu.

Kisah tentang Man Laksa, pemuda yang pemalu yang berniaga laksa di kampungnya, Kampung Talang. Ada hati pada anak dara Tok Ketua (lakunan arwah Zami) sehingga sanggup menyahut cabaran menggantikan si Fadhil Mat Dom (Saiful Apek) yang pengsan, menjadi Ketua AJK Persembahan pada Malam Amal Kampung Talang bagi mengutip derma.

Syarifah Aleya sebagai Chah dan Yassin sebagai Man Laksa

Sepanjang malam persembahan pelbagai karenah dan cabaran berjaya ditempuhi oleh Man Laksa, walaupun dia tidak dapat berjual di gerainya sendiri malam itu.

Part paling best tentulah bila lagu-lagu berkumandang! Hahahahaha ada watak “Eton” (Zaiton Sameon) yang dijayakan oleh pelakun yang aku tak kenal. Tapi pelakun tu anak Pak Lurah yang nak rebut kuasa Ketua Kampung. Hahahaha pengsan tengok anak dara sendiri menyanyi atas pentas nampak peha pakai boot!


Kemudian ada Zahid dan Farah yang menyanyi sebagai watak penyanyi Ahmad Jais dan Kartina Dahari. Lagu yang paling best! Setahun Budi Segunung Intan. Lagu ni cuma 2 rangkap saja, tapi sangat best, kan?

Part lagu Saloma (ntah sapa pelakun, cuma tunjuk mulut dan hidung jer) buat ramai yang kesat airmata. Hahahaha...!

Saedon Dengki plak watak crook a.k.a kacang hantu yang juga sukakan Chah.

Tengok karektor Tuan D.O. pun tergelak gak. Selamba jer sepanjang konsert, tapi bila bab pertandingan Ratu Kebaya, amboiiii... besar bijik mata, pastu terus melamar Juara Ratu Kebaya.

Ironinya, hampir semua peserta Ratu Kebaya anak orang alim-alim Kampung Talang. Aduhai.

Dari filem ini, penampilan pertama USOP WILCHA, satu babak sebagai kopral polis dalam drama pentas.

Walaupun pengakhiran filem ini menunjukkan semua itu sekadar mimpi dan angan-angan seorang peniaga laksa sahaja, tapi penampilan istimewa Dato’ M.Daud Kilau sungguh memikat dan menghiburkan.

Bergelek beramai-ramai dengan orang kampung dengan lagu popular Che Mek Molek membuatkan aku teringat sorang sahabat bernama BLACK CANARI yang sangat minat lagu itu. Tiap petang dulu, selalu request lagu tu dari DJ Kak Posh KLfm...! (takpa sebut, depa bukan baca blog aku pun).

Kerana kerap tengok filem ini, rasanya dah lebih 5,6 kali, sampai boleh ingat beberapa dialog, terutama masa si Saedon Dengki tu bercerita pasal Man Laksa yang konon seantero negeri hingga “ke Parit, sampai la ke Cawang, patah balik hinggalah ke Manong.....” hahahahaha


******

Menu tayang-tayang kali ini:

Bila roti canai tak habis, dan menjadi keras. Gunting kecil-kecil, rendam dalam telur yang dipukul (jgn lupa boh garam). Pastu goreng macam Murtabak! Berebut youuuuu.....



~..penduduk Kampung Separuh Desa sentiasa menanti musim menuai kerana bila sawah kering, wayang pacak mula datang, SERI BULAN sangat tidak sabar untuk duduk di tikar mengkuang sambil layan enaknya kacang, sementara HISYAM setia menanti di penjuru bendang di sebalik tiang...~









17 comments:

  1. setiap kali akak buat ulasan, memang saya dah tak payah tengok lagi cerita tuh... hehehehe, terus paham

    ReplyDelete
  2. Sallam,

    Akak tak tengok lagi cerita Estet tu,
    tapi dah baca ulasan azie, macam dah tegok rasanya. menarik.

    Tapi lebih menarik lagi cerita Seri Bulan dengan Hisyam tu.hehe

    ReplyDelete
  3. EELOBOR:
    Kalu macam tu, rugilah panggung wayang dan tokey CD camnih. Nanti Kak Azie kena tangkap nanti. hahahaa

    Itu Kak Azie buat seringkas mungkin tu, bukan ulasan. Bebelan saja.

    ReplyDelete
  4. LIPISLADY:
    Cerita Estet tu mesej ringan. Untuk berhibur bersama keluarga sesuai. Kami tengok sefamili sambil gelak-gelak tengok gelagat Rosham Noor.

    *Cerita Seri Bulan & Hisyam tak masuk panggung kak.

    ReplyDelete
  5. citer abg mamat khalid..?
    a must watch!!

    ;)

    ReplyDelete
  6. FATIN:
    Nanti kita tengok filem RENTAZ plak eh...

    ReplyDelete
  7. Assalam AA..cepat baik ye..kalau batuk tak hilang lagi..cuba la beli minyak jerslin power oil tu.sapu je kat leher..dan dada..berkesan

    ReplyDelete
  8. ACIK:
    Minyak Jerslin? Nanti saya cuba cari. Harus cuba ni... Terimakasih Acik.

    ReplyDelete
  9. mamat khalid mmg ohsem kak!! teringin nak jumpa dia!

    ReplyDelete
  10. roti canai x abis bubuh telur tu memang sedap tu..:D

    ReplyDelete
  11. GADISBUNGA:
    Kak Azie rasa Mamat Khalid ini adalah insan istimewa berbakat dan kreatif tetapi lambat dikesan... Bermula dari tidak apa-apa menjadi begitu cemerlang.




    NIEZA:
    Kami rakyat ramai, apa makanan pun kalu boleh diolah recycle asal boleh dimakan lagi. hehehehe

    ReplyDelete
  12. Berkali2 menonton Man Laksa memang tak menjemukan. Kakcik paling ingat dialog 'ha ha ha ... aku dah tobattttt...' :)

    ReplyDelete
  13. azie...
    resepi roti canai tu mmg the bomb...

    ReplyDelete
  14. AKAK:
    Tu resepi tu resepi campak-campak untuk anak2 yang sentiasa lapar. Roti canai recycle!

    ReplyDelete
  15. sampai sekarang tertanya2 sapa la pelakon watak Saloma tu...

    ReplyDelete
  16. Man Laksa tu simple tak berat.. suka gak tengok..

    Filem Estet tu pulak tak pernah tengok sampai habis.. tak berpeluang.. rasanya kat astro ada kuar lagi kan..

    ReplyDelete
  17. ACU:
    Ya la, sapa la pelakun tu kan? Mula2 dulu ingat Nadia Mustafar. Tapi ntah lah.



    AIZAMIA:
    Rasanya minggu ni ada filem Estet diulang di channel Fiesta 100 tu.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails