Monday, October 10, 2011

Identiti seorang blogger: Klik sini jer dah tahu dia nak merapu...

Assalamualaikum
Senin
10-10-2011


Selalu bila masuk ke mana-mana blog, kita akan dapat mengesan sedikit sebanyak style/gaya yang menjadi identiti penulis blog tersebut, kan?

Ada blogger yang gemar menulis tentang masakan sahaja, dan kita selalu merujuk menu apa pun pasti nak cari di blog beliau.

Ada blogger yang hanya tulis tentang politik. Ada yang tulis hanya dunia semasa. Biasanya ini berkait rapat dengan kerja rutin mereka atau kerjaya.

Majoriti blogger menulis pelbagai cerita termasuk kisah peribadi, keluarga etc...etc..

Tapi ramai blogger mencipta identiti tersendiri dan juga biasanya identiti itu tercipta semulajadi tanpa disedari kerana itulah dirinya.

Tapi dari mana anda lihat identiti mereka? Cara menulis? Cerita yang berkonsep? Dari gambar-gambar? Atau ada perkara lain yang menjadi identiti blogger tersebut?

Ada blogger yang hanya akan masukkan 1 gambar saja dalam setiap entri (GADISBUNGA). Ada blogger yang sangat jarang masukkan gambar (EELOBOR). Ada blogger yang buat entri ayat sebaris sebaris saja (DR SINGA, BUJAL X) > pendapat peribadi dengan menulis beberapa contoh nama blogger.

AA ada banyak style yang menjadi identiti; antaranya,

1. selipar/kasut PURPLE yang menjadi header

2. hampir semua gambar berada di atas keyboard putih

3. sebaris ayat panjang berwarna biru tentang 2 nama, di setiap hujung entri. Kadang-kadang orang tak faham pun, sehingga jadi meluat, kan?

3 perkara utama di atas, menjadi identiti semulajadi dan saya selesa dengan itu. Kita bukan nak periksa pun, kan? Dan bukan ada juri nak menilai pun.

Apakah identiti korang? Yang bila sebut nama jer, orang dah bayang dah blog dia cemana. Atau merasa identiti itu tidak penting asal sahaja entri dibaca?




Terimakasih kerana sudi berkongsi pendapat.

*terimakasih komen-komen di entri sebelum yang tidak sempat dibalas semuanya kerana baru malam tadi berada di KL semula.



~...menjengah sawah hijau yang terbentang, ada banyak cerita yang hendak disebut oleh SERI BULAN, tetapi HISYAM lebih gemar tentang ikan di palong, burung yang diacah ratusan tin susu bergayutan dan teringin menjadi budak menarik wau di permatang...~







43 comments:

  1. Hmmmm... kakcik tak pasti identiti kakcik sendiri macamana sebenarnya! ;-)

    ReplyDelete
  2. apa ya??

    rasanya identiti blog saya, semua cerita pasti ada bersangkut paut dengan keluarga diri dan anak-anak...

    Walau saya letak gambar Nabil kahwin, tp itu pun atas permintaan anak..hihi

    ReplyDelete
  3. saya ...suka ayat yang akhir bewarna biru ...... tu ..

    blog saya cacamarba ....

    ikut pala dan mood .....

    ReplyDelete
  4. Kak Azie,

    blog Eja selamber je taruk macam2 cerita.. Kadang tu x dak sapa pun baca... Haha...

    ReplyDelete
  5. Azie
    I tak kisah kalau you atau sesiapa nak tulis panjang/pendek. Kalau blogger tu ada dlm my bloglist, I akan cari masa membacanya (kadang2 termiss jugak, hehe).

    Kita tulis panjang/pendek, untuk diri kita sendiri dan kalau ada yg sudi membacanya dgn tekun atau speed reading, pun OK juga.

    Style I menulis adalah santai. Yg pasti, I suka menaip sebab I boleh type sambil pejam mata, har3..

    ReplyDelete
  6. hahahaha.... lain kali nak kena masukkan gambar la yer kak azie. kerana sekeping gambar sudah cukup boleh menceritakan sesuatu. dak gitu akak?

    ReplyDelete
  7. saya baru perasan saya satu geng dengan dr singa~keh keh~

    ReplyDelete
  8. saya......???? identiti yang celaru..hihihihi

    ReplyDelete
  9. sy...identiti lom ade lagikkk...tapi sy suka buat org kecur air liur bila tgok blog sy kl entry pasal makanan...hahahahahhaha...voley gitu???

    ReplyDelete
  10. sib baik kak azie dah tolong explain. saya mmg tak reti taruk banyak gambo sekaligus dalam entri. heheh~

    ReplyDelete
  11. saya tida ada identiti kot..probitas et fides lah identiti saya...

    ReplyDelete
  12. Salam, auntie menulis aper saja jika ada bahan..tapi tak suka lansung menyentuh peribadi orang, maklum lah dah tua punn..hehehehe

    ReplyDelete
  13. sya pun tak pasti corak warna warni dlm blog sya tu
    tp senarai senarai yg di senaraikan tu, sya memang setuju

    ReplyDelete
  14. Zureen punya blog cuma update bila ada mood berkisar pasal family sesaje..he3

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikom kak azie.. :)

    teman lom ade spesifikasi lg.. takat ni statusnye ikut-suke-ati-&-otak lg hehehe
    mende2 ateh keybod akk tu buat rase nk nyanyi gelang si paku gelang lah heheehehheheeh

    ReplyDelete
  16. saya masih tercari2 lagi identiti saya kak , kalau dari blog semua saya dah tukar... penulisan masih caca marba lagi...

    ReplyDelete
  17. saya menulis ikut mood semasa..kalau masa tu tengah sakit kepala..saya tulis tentang sakit kepala...kalau sedih saya tulis tentang diri saya yg tengah sedih..hehe..memang tak ramai yg baca tapi kurang kurang nya lega dpt luahkan..yg pasti saya tetap berjalan ke blog kwn2..walau tk letak komen saya tetap berjalan...kaki jalan nii..:)

    ReplyDelete
  18. slalunya tulis pasal diri sendiri dan keluarga ajepun, cuma skali2 mood rajin memasak, ada le ckit2 pasal masakan...heheheeh. slalunya kisah yg berlaku seharian

    ReplyDelete
  19. ayat yang dihujung setiap di blog ini yang pasti menarik perhatian.
    blog picisan saya cuma berkisar pada diri sendiri, samada suka duka atau lepas geram hehehehehhe

    ReplyDelete
  20. Saya suka baca pasal Seri Bulan & Hisyam tu :)

    ReplyDelete
  21. tulis apa yang teragak. tu pun identiti gak kan hehe...

    ReplyDelete
  22. di sini ada seri bulan dan hisyam..

    diblog saya? ada apa ya?.. hehee.. :}

    ReplyDelete
  23. YUS:
    Menulis mengikut keselesaan sendiri itu yang terbaik. Kita tak perlu ikut gaya orang lain atau dipengaruhi orang.



    CHIK ATT:
    Ayat terakhir itu anggap sahaja seperti merapu yang menghiburkan. hehehe

    ReplyDelete
  24. EJA:
    Jangan cakap takda sapa baca. Ramai yang baca, cuma tak ramai yang rajin komen. Malu kot.



    SOM:
    Thanks.
    Menulis santai pun kena ada skill tau! Kalu lah I pun boleh menulis sampai pejam-pejam mata, I tingin nak tulis best best macam U.
    Setakat ni I cuma berani kelip-kelip mata jer! Itu pun sebelah. hahahaha

    ReplyDelete
  25. EELOBOR:
    Tidak semestinya. Gambar hanya sebagai pelengkap cerita. Atau menjadikan cerita lebih bervariasi. Tapi jika kita ada gambar yang menarik, banyak cerita boleh difikirkan dari satu gambar.



    BUJAL X:
    Orang yang menulis gitu memang tak perasan tapi bagi orang baca, mudah saja mengesan.

    ReplyDelete
  26. MULUT PAYAU:
    Itu bukan celaru. Tapi pelbagai kisah yang menarik.



    AZIAN:
    Ahaaa ini orang manyak pandai masak, selalu bikin saya terliur itu ini. Jahaaaaattttttt...!

    ReplyDelete
  27. GADISBUNGA:
    Yup. Itulah yang menjadi identiti tersendiri.



    SAHROMNASRUDDIN:
    Selesa lah dengan diri sendiri, tak perlu ubah apa-apa pun.

    ReplyDelete
  28. MARINA MONROE:
    Seeloknya kita tak menulis tentang peribadi orang lain. Nanti jadi bermusuhan pula, kan?



    ZUREEN:
    Tentang family pun best. Jadi diari untuk diri sendiri, kan?

    ReplyDelete
  29. ALIMAZ:
    Saya suka ayat itu. Thanks.




    AZEEDA:
    Salam.
    Lama tak dengar orang nyanyi lagu Geylang si Paku Geylang!

    ReplyDelete
  30. AMY:
    Penulisan bukan caca marba, tapi pelbagai. Itu yang lebih memeriahkan.



    SANIAH:
    I suka cara dan corak penulisan U, yang menulis dari hati dan penuh perasaan. Macam dah kenal lama.

    ReplyDelete
  31. MAMASYAZA:
    Sebenarnya cerita begitu memang dekat di hati setiap para ibu, kan?



    ZUWAIDAH:
    Blog picisan tu merendah diri. Tapi kita kena happy dgn keselesaan cara kita, kan?

    ReplyDelete
  32. DINAS ALDI:
    Terimakasih cikgu.



    IBUNDO:
    Betul gak tu. Terimakasih Kak Pah.



    FATIN MRAZ:
    Teringin jumpa mereka berdua tak? hahahaha

    ReplyDelete
  33. ayu pun teringin nak jumpa hisyam dan seri bulan....

    ReplyDelete
  34. mine? sekadar berkongsi ilmu je..kalu terlalu peribadi wat org meluat + dosa wat pe kn?

    ReplyDelete
  35. AYU:
    Ntah bila hasrat itu bakal terlaksana.



    KHAIRIN:
    Perkongsian ilmu adalah antara entri yang sentiasa dibaca orang.

    ReplyDelete
  36. KAKCIK:
    Sori berlori Kakcik, agak lewat saya nampak komen Kakcik, sebab masuk spam lagi...

    ReplyDelete
  37. azie...tq hehe (tunduk malu...)

    ReplyDelete
  38. RINA The Cik Betty:
    Tidak mengapa. Asal selesa dgn diri sendiri yang sedia ada.



    SANIAH:
    Nanti I angkat dagu U. hehehe

    ReplyDelete
  39. Azie, saya masih lagi mencari identiti blog saya...harap azie dapat bagi komen tentang blog saya.

    buat masa ni saya selesa dgn cerita-cerita kehidupan dan masukkan sikit cerita-cerita hangat.

    ReplyDelete
  40. KAK AYA:
    Saya selesa dengan cara penulisan dan blog Kak Aya. Menjadi diri sendiri asal tidak membuat orang lain terasa hati, itu lebih baik.

    Style atau gaya tertentu itu hanya sebagai sampingan saja.

    ReplyDelete
  41. ape pn gaya tulisan, yg pastinya sy senang melawat blog kak azie :)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails