Tuesday, October 11, 2011

Identiti blogger: menambah dan membetulkan sedikit...

Assalamualaikum
Thalatha
11-10-2011



Terimakasih begitu meriah komen dan respons tentang topik identiti blogger di entri sebelum. Walaupun sebenarnya AA mengharapkan lebih ramai memberikan pendapat, tetapi setiap yang memberikan respons itu sangat menggembirakan.

Cuma,

Aku nak tambah dan betulkan sedikit. Pada pendapat peribadi aku, apa yang disebut sebagai identiti itu tidaklah semestinya contents atau isi cerita yang kita tulis sahaja. Itu tidak pernah menjadi isu atau pertikaian langsung. Ianya adalah hak dan konsep setiap orang.

Apa yang cuba aku sampaikan semalam itu adalah, gaya tersendiri seseorang blogger itu menulis cerita itu. Walaupun cerita yang ditulis disebut sebagai “caca marba“, “santai”, “kisah famili saja”, “merapu”... dan sebagainya,

tetapi setiap itu ada cara tersendiri yang kekal digunakan sepanjang keseluruhan entri sejak dulu hingga sekarang.

Itu yang semalam aku sebut, ada blogger tulis ayat sebaris-sebaris... ada yang tulis tak pernah bubuh gambar, text semata, ada blogger yang bila buat entri mesti 1 paragraph saja dan banyak menggunakan 3 titik (elipsis) seperti ini “...” di setiap akhir ayat tapi tanpa para.

Malah ada blogger yang menulis penuh perasaan sehingga kerap sangat menggunakan “!!” dalam ayat dia. Kadang-kadang nak baca pun takut, ayat macam tu pada aku macam marah jerrrr....

Janganlah salah faham, isu identiti ini bukanlah isu besar atau kesalahan. Ianya perkongsian di mana setiap blogger pasti ada cara dan gaya yang akan diingat oleh para pembacanya.

Contoh:
Siapa pernah baca blog ACIK ERNA? Cerita dia pelbagai, tapi style dia menulis entri adalah setiap baris ayat dia adalah centralise.

Blogger BRO GEDEK!, menulis entri setiap hari dengan tarikh adalah tajuk, dan teksnya hanya sebaris! (kadang-kadang 2 baris) tapi pengomen setiap hari lebih 100 orang! dan setiap entri beliau bermula dengan sekeping gambar sahaja di mana wajahnya di-superimpose-kan menjadi “penyeri”.

Blogger SARAH NAJWAN: menulis entri macam cara sajak. Sebaris pendek-pendek wpun ceritanya adalah cerita panjang.

*sekadar menulis beberapa contoh tanpa cenderung kepada sebarang niat.

Apapun isi cerita, konsep apapun yang kita guna, “identiti tersendiri”nya tetap menjadi dirinya yang tersendiri dan istimewa. Setuju tak?


My watermark sentiasa “outlined” PURPLE yang menjadi identiti sejak dulu.



~bila hujan malam menjadi kesukaan HISYAM sehingga melebarkan senyum sendiri di serambi berdinding separuh, hujan pagi memberikan resah gelisah kepada SERI BULAN kerana surat tiada di bawah tempurung, lecak membenamkan tumit kasutnya, dan WAHAB pasti ada di lopak kerbau bagai dia empunya lumpur...~










25 comments:

  1. Sup apakah itu? Kelihatan sanat menyelerakan saat kakcik tidak sihat sekarang. :)

    ReplyDelete
  2. akak....saya dah letak gambar banyak2. boleh gi terjah & bagi komen ek. huhuhuhuh....akak ada sejarah tak seperti dalam entri terbaru saya tuh? cer kongsi sket dalam ruangan komen yer.....

    ReplyDelete
  3. manalak komen yg first tadi hilang dah kot ceh poyos punya berukband, err apa aku komen tadi dah lupalak he he

    ReplyDelete
  4. hantam sajalah Azie .... janji hati puas ... kalau blogger rasa seronok ...dia datang lagikan ...

    manusia ni kan pelbagai citarasa....

    ReplyDelete
  5. stuju stuju. saya mmg perasan dengan kepurplean kak azie sejak dulu lagi. :D

    ReplyDelete
  6. abang tengah mencari identiti .. sampai sekarang belum berjumpa .. dah lebih dua tahun, masih tak jumpa-jumpa. hehe

    ReplyDelete
  7. sy masih tercari identiti..tp suka dgn blog yg ada identiti mcm bujal,nurulism, gadisbunga (sekadar sebut bbrp nama)

    ReplyDelete
  8. akak tak tau identiti sebenar tapi yang pasti sentiasa ada burung yang menenggek....:)

    tak tipu...akak suka yang tulisan biru kat bawah tu walaupun kadang-kadang tak faham langsung maksudnya..

    * lama tak berkunjung kerana seminggu di Langkawi...

    ReplyDelete
  9. Sebenarnya tuan empunya blog itu sahaja yg tahu kenapa dia pilih identiti tersebut.... nak puaskan hati semua org bukannya senang kekadang penulisan & identiti kita pun bukannya semua org suka w/pun ada gak yg suka.... janji hati sendiri puas setelah meluahkan apa yg terbuku didada dan fikiran.

    ReplyDelete
  10. oo mungkin kegemaran saya suka blockquote ayat bila seseorang itu berkata2, sebagai identiti?

    ReplyDelete
  11. perlukah ayu akan tekankan kata2 kerinduan like citarasa rinduan..
    hehehhehe

    ReplyDelete
  12. setuju kak, identiti dah macam trademark diri ;)


    ~tapi saya masih tulis sesuka hati, campur aduk.

    ReplyDelete
  13. Kakak kalau boleh semua N3 nak bubuh gamabr tapi ada kala tak ada itu yg malas nak buat N3.

    Dlm mangkuk tu maggi ke? Laparlah kakak:)

    ReplyDelete
  14. sy ni lagilah dasat, mesti tukar warna blog sana, bosan kkalo asik layout yg sama...hehehehe

    ReplyDelete
  15. sukanya si Hisyam pabila hujan lebat....ayat penutup itu yang paling mahal sekali.

    ReplyDelete
  16. munna main tulis je apa yg terbit dlm fikiran munna... tapi mmg sempoi takde ye gunna ayat2 yg skima dan berbunga..

    ReplyDelete
  17. salam perkenalan...thx for pandangan..sekurang-kurang dapat gak akak wat panduan..bab mengarang ni lemah sikit...

    ReplyDelete
  18. saya, kalau rajin edit gambar,byklah gambarnya..hehe

    ReplyDelete
  19. blog aina...caca merba ikut sedap rasa. identiti masih samar2 asal jgn jadi penyamar udah le...

    ReplyDelete
  20. i tak pandai nak tulis ayat berbunga -bunga..

    ReplyDelete
  21. kata adik saya, ayat-ayat entry saya skema je, tiada unsur-unsur humor..

    tak pandai nak buat ayat agak humor ..

    ReplyDelete
  22. salam perkenalan dari blog uncle gedek!

    Mas menulis untuk kepuasan dan berkongsi apa yang Mas rasa dan percaya... yang penting apa yang tulis dan sampaikan ada mesej yang boleh dimanfaatkan oleh pembaca!

    ReplyDelete
  23. sy pom masih tercari2 identiti. tp, prinsip penulisan blog sy now,'ado tulisan, surely keno ado gambo'...ehehehe

    ReplyDelete
  24. takde identiti kecuali..pink, pink pink lg kot...huhuhuh

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails