Monday, October 3, 2011

Kena ‘halau’ balik...

Assalamualaikum
Senin lagi
03-10-2011



Sebenarnya, bila kena aircond kat tempat kerja, dada jadi sejuk dan batuk memang lambat nak baik. Teori aku.

Pepagi, macam biasa, mesti nak semak email dari client. Kemudian macam biasa masuk department management atas urusan kerja. Wahhh... MyBoss tak kasi masuk lagi. Nanti berjangkit batuk.

Penyudahnya, aku diarahkan pergi jumpa Tuan Ducktor (sila baca ikut slang P.Ramlee memanggil Doktor Asmadi dalam Ibu Mertuaku) sekali lagi.

Surat klinik dari Boss pun hanya dihulur dari celah kaca pintu. Macam kena kuarantin plak. Takut berjangkit. Siap pesan, jangan balik ofis lagi. Terus balik.

Lalu jam 2.30 ptg, AA sudah berada di rumah semula. MC lagi. Ubat pun doktor tukar. Mesti yang lebih power lagi. Tapi biasanya, batuk aku ni tak cepat baiknya. Paling cepat pun 2 minggu. Mintak-mintaklah esok lusa terus baik.


*****

IKA dah balik bercuti sampai hujung minggu. Perlu pergi skulah sekejap minggu depan, ada 1 paper exam lagi sebelum cuti panjang. Ada assistant kat rumah, dapatlah aku melepak sakan-sakan.

tapi,

jawatan Tukang Masak takda sapa pun yang boleh diharap, kecuali request itu ini:


Bubur Kacang (buat semalam petang)

Yang putih tu bukan pulut tapi nasi. Style orang kampung. Dolu-dolu MyBONDA makan Bubur Kacang bubuh nasi (ganti pulut). Anak-anak aku tak reti makan camtuh, mesti nak makan dengan roti. CHAK makan kuah saja.




Perisa Jagung. Request by IKA.

Sebenarnya kalu dah boh dalam petibeku, dia jadi macam eskrim yang enak lagi lazat lagi menyamankan. Orang batuk tak bleh makan. Tapi aku dah belasah 7,8 cup!



~...bila Mak Utih sibuk mencari daun herba buat menjelum kepala hangat si SERI BULAN kerana demam dek keteguran, si HISYAM sengaja menyakat-jahat menayang Puyoh Goreng Garing yang menjadi pantang tengok bagi si buah hati...~







22 comments:

  1. uncle masih batuk.... tunjuk gambar eskrim pulak!

    hado!

    ReplyDelete
  2. GEDEK!:
    Kita senasib Bro! Layan jerrrr

    ReplyDelete
  3. da tu bila nak baik batuknya? he~~

    ReplyDelete
  4. ler...
    mcmne nak baik...puding tu memang menggalakkan batuk tau..bdk2 astma mcm anak SY memnag doktor larang makan benda2 sejuk mcmtu..tp diaorag belasah gak kalau dah ada...

    ReplyDelete
  5. BUJAL X:
    Kalu minta baik tu sampai minggu depan, bleh kot, kan? hehehehe



    NYANYISUNYI:
    Kalu mak budak macam saya pun degil nak makan puding yg sedap tuh, apa lagi budak-budak.

    ReplyDelete
  6. Kak Hani ni baru jer sembuh dari batuk(2 bulan batuk2)..tak berpantang apa pun, berpantang pun batuk jugak, baik tok sah pantang!hehehe..nasihat dari pakar yg tak leh di pakai guna nih.sory.

    ReplyDelete
  7. Kak HANI:
    Saya ni memang susah skit bab pantang-pantang ni. Saya memang degil.
    Ubat makan, benda lain pun belasah juga. hehehehe

    ReplyDelete
  8. Manalah nak baik ubat AA makan, doktor bagi ubat baru pun lambat baik kalau yg sejuk-sejuk nyaman lagi kat tekak dibelasah juga. AA kena kuatkan semangat, buat utk ahli keluarga je tau...

    Moga kuat lawan nafsu. Lagilah sekarang MC di rumah banyak makanan nampak dlm petiais ye...:)

    ReplyDelete
  9. makan aiskrem baskin robbin elok lah nanti he he

    ReplyDelete
  10. Kalau cek yang kena 'halau' camtu, cek rela, kehkehkeh!

    ReplyDelete
  11. wah byk syok tu..ok lah tu dpt MC

    ReplyDelete
  12. Dah belasah 7 - 8 mangkuk? Abih tu camno batuk nak ilang? ;-)

    ReplyDelete
  13. KAK ZAKIE:
    Hahahaha saya memang degil kan KAK?
    Mujur takda orang kunci petiais!



    CALUK:
    Amboiii.. Baskin Robbin ko. Belanja eh?

    ReplyDelete
  14. DINAS ALDI:
    Memang la. Tu kes sangat rela tu cikgu!



    KAKCIK:
    Ilang juga, tapi lambat ler skit. hehehehe

    ReplyDelete
  15. seronok kan bila dah ada anak dara besar ni. senang nak harap.

    ReplyDelete
  16. YAN:
    Harap buat sembang boleh la YAN. Nak soh masak, aduhai.. belum lagi la nampaknya.

    ReplyDelete
  17. ya allah kalau macam tue bila nak baik batuknya....cuba elakkan la kak..

    ReplyDelete
  18. 7 bekas??
    hehe memang jadi ubat batuk betol dah dadih tu kak..hehe

    ReplyDelete
  19. AMY:
    Begitulah kalu yang sakit ni juga adalah Manager Dapor. So suka hati dia jer nak makan apa pun. hehehehe



    KALAMHATI:
    Memang jadi ubat. Ubat lambat baik. hahahaha

    ReplyDelete
  20. batu ai pun belum kebah lagi sebab masih dengan ais bila bersarapan.. tekak ni takmo air kosong.. :(

    ReplyDelete
  21. AIZAMIA:
    Sama ler kita. Kuat minum ais gak. Ketegaq kata orang.

    ReplyDelete
  22. kak azie.. dadih ayor tgn kak mcm syiokk je.. bwk la jugak nnti yg jagung, teman lawan yg mangga.. buleh?

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails