Friday, February 1, 2013

MyToklaki lempang sorang mat Myanmar...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
01-02-2013


Cuti Hari Wilayah. Selamat bercuti panjang. Sekarang ni bab cuti-cuti macam ni seperti takda makna pada saya.

Pagi tadi masa sarapan MyToklaki bercerita tanpa niat. Dia kalu nak citer awal dah citer, tapi bila dia nampak ada orang Myanmar lalu di depan kami (kami tengah sarapan di kedai) dia terus teringat nak citer. Citer dia lempang sorang mat Myanmar!

Petang semalam, dia pegi mini market beli barang runcit. Selalunya kami pergi gotong-royong — gotong-royong mender, berdua jer pun. Tapi kan semalam bini dia merajuk down sekejap sampai taknak langsung pijak tanah lalu dia pergi sendiri, langsung tak ajak saya!

Dalam mini market dia terlanggar siku seorang lelaki muda orang Myanmar. Dia spontan la, says “sorry” dan pegi kaunter bayar. Tapi mat Myanmar tu dengan seorang lagi kawan dia dok perati MyToklaki macam tak puas hati.

Oh laki aku ni orang tua, dia tahu la orang kalu dah pandang tak puas tu, dia memang tak boleh diam saja.

“Kenapa? Tak puas hati?” MyToklaki ni, kalu dengan bangsa pendatang ni memang dia tak kasi chance.

Mat Myanmar ni kalu dia sorang, kompom tak berani. Tapi kalu ada geng, eksyen nak tunjuk handal. MyToklaki tak citer details, tapi dia sebut dia lempang mat Myanmar tuh.

Mujur tokey mini market tu (lelaki Cina Malaysia), sergah mat Myanmar “U dua orang jangan berani kacau orang Malaysia hah!”

Kalu saya, kompom la tak berani nak tunjuk muka seminggu dua takut ada geng mai balas dendam. Tapi MyToklaki selamba badak jer. Dia kuar macam biasa, pegi kedai pegi surau pegi mamak...

Dia ramai jer berkawan warga asing, tapi tak leh kompromi kalu ada warga asing buat hal depan mata dia. Masa tu la dia macam perasan terror padahal dah bertahun dia tinggal skill tali pinggang hitam dia.!

Tayang-tayang:

Bubur Jagung, requested by IKA. Gigih la mak dia pegi cari dan masak.





 ~...semasa kecoh Jalal menunjuk handal di laman Teratak Nyatuh memusing motor yang dibangga paling hebat mengeliling SERI BULAN sambil cuba mencapai bahu mencuit pipi, HISYAM terasa hendak buat tendang terajang sambil berkuntau walau seni silatnya sekadar Silat Pulut Tanak Tak Masak...!~




25 comments:

  1. camana ya muka toklaki, garang ek?..bukan sebarangan orang berani tampar....bagus2 geram jugak sy dgn bangsa asing nih.

    nasib kak ada hidang bubur jagung kat sini..npk sedap !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Toklaki saya muka serius dan dia pendiam tak macam saya riuh rendah. Hahaha..

      Dia garang juga, garang bertempat. Pantang dia dengan warga asing yang perasan bagus ni... Ajak bertumbuk sanggup dia.

      Delete
    2. Dia jarang nak citer hal camni kat bini dia. Tapi dia pernah settlekan orang bergaduh letak pistol atas meja masa suatu kes di Kampung Baru dulu... Saya dengar pun seram. Dia rahsiakan citer tu bertahun-tahun dari saya.

      Delete
  2. haha..tu belum lagi mamat myanmar kacau bini dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hakhakhak!
      tergolak terguling saya...! Kamsiah niiii.....

      Delete
  3. Pakcik tak pernah pakai tali pinggang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis? Pakai apa? Cerut getah atau tali pisang? hahahaha!

      Delete
  4. ahahaha..mmg patut pun. tak pandang2 pulak..mcm beso sgt je. kan dah kena sound. tp hati2 lah.diorg tu kalo dh anjing kucing berani makan, tkut dibuat yg bkn2 je..

    bubur jagung...huu bsabarlah nafsu makan ku..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 puak depa ni, ramai jer depa berani. Kalu sensorang depa mana berani angkat muka pun. Kita yang tak boleh takut dengan depa. INI NEGARA KITA. Kena la respect each other, kan?

      Delete
  5. wow! kalau dh ada talipinggang hitam tu, kira.....selamat la awak berada di sisi dia ya sis!

    para suami ni harus ada martial art sikit2, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tali pinggang hitam tu tahun bila Kakkkk... Masa dapat tu baru kahwin. Skang ni, skill dia semua berterabur. Dia pun dah tua dah jadi penakut juga. hahaha

      Delete
  6. ooops sampai terlupa nak ckp betapa lazatnya bubur jagung tu, gara2 terpesona ngan toklaki mu! hahaha

    Azie selalu ker merajuk? hebat tu...merajuk sampai taknak pijak tanah....tu namanya merajuk merak kayangan tu....keh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe saya semalam merajuk dengan pihak lainn jadi bila saya tengah sedih tu, Toklaki takmo ganggu la.
      Takda makna nyer merak kayangan Kakkkk....

      Delete
  7. Tgh mmbayangkan toklaki bertali pinggang hitam sambil pasang kuda2 auwwww..

    Pasti bgaya

    (en zalie pun dgn org lelaki y bukan bangsa malaysia. Dia xkasi cann)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda makna nyer bergaya Ayu. Dia dah berpuluh tahun tinggalkan skill tu.
      Nak pasang kuda-kuda pun dah goyang, maklum dah buncit...! hahahaha

      Delete
  8. Perghhh....garang tu smpi kena penampor mat mynmar tu....panas juga hati dgrnya....msti pendatang tu muka budget mcm bgos je kan kak....blagak kat tmpt orng...!
    Sib baik ada bubur jagung kat bawah tu....buat penyejuk tekak dan hati....hehehe....

    ReplyDelete
  9. Memang patut pun mat tu kena...ishhh
    Toklaki kita sama la...garang tapi bertempat ...elok mcm tu kan

    Sedap aihhh bubuq jagung..i suka tu :-)

    ReplyDelete
  10. Azie, walaupun dh brtahun dia tinggal talipnggang hitam dia tapi skill tu tak lari dri dia tau.boleh saja practise bila perlu. he he.

    ReplyDelete
  11. hebatnya suami akak..kat kedah ni kak masih kurang lagi orang asing camtu, kat kedai2 makan pun kebanyakan siam jer..

    terliur bubur akak tu..

    ReplyDelete
  12. pergghhh sedap tu kak bubur jagung, cicah ngan roti gardenia....best

    ReplyDelete
  13. Takutnya makchaq dengaq... Kalau makchaq ada kat situ mesti makchaq yang ketaq.... Makchaq ni penakut kalau tengok orang bergaduh..

    Pakchaq pun dikenali sebagai orang yang sangat garang... Tapi setakat garang mulut ja la...

    ReplyDelete
  14. dasar pendatang kan kak.. dah la dtg lom tentu sah.. lg mau cari hal.

    ReplyDelete
  15. diorang ni memang kak azie.kalau ada geng lagi menjadi2..buat2 lupa plak diorang yang menumpang teduh di negara kita

    ReplyDelete
  16. ~bubur jagung~

    #Teringat arwah bidadari saya, ini feberet dessert utk kami bila weekend, al fatihah :(

    ReplyDelete
  17. Sebijik perangai Pak Tuan. Bangsa pendatang memang dia tak bagi chance punya.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails