Tuesday, July 19, 2011

Sebal: Bahasa Indahnya ialah Kesal...!

Salam
Thalatha: 19-07-2011
...panas terik!


Bila aku terasa bengang, marah or sedih sangat normal (common sense) bila kemudiannya aku akan tulis di blog. Luah perasaan (konon!). Tak salah, kan? kan? (wpun pasni mesti kena perli balik)

So, bila aku terlibat dengan apa-apa kejadian seperti yang dicontohkan di atas, sikit sebanyak, mesti terluah di sini.

Semalam, bengang sebab ada orang mungkir janji.

Malam tadi rasa tergelak campur kesal bila tujuan “memohon kerjasama” dianggap komplen.

Kemudian rasa seronok sebab kami sefamily layan JUVANA episod akhir dengan lancar sekali dan happy.

Hari ini, sibuk kerja dan juga beberapa urusan yang perlu dibuat berkaitan projek luar. HP berdering hampir setiap 10 minit. Tetap dirasakan simple tiada masalah.

Yang menjadi masalah ialah, perkara yang mudah bagi aku rupanya tidak mudah diterima oleh orang. Lalu, mahunya yang macamana? Jika ada orang lain yang lebih baik boleh melakukannya, silakan. Aku sangat happy untuk melepaskan tugasan. No biggie!

Bukan minta dipuji atau diberi anugerah (memang tak pernah pun, dan jangan harap lah), tetapi sekurang-kurangnya hargai. Kita tak perlu senaraikan apa pun pengorbanan (in English, wordnya ialah SACRIFICE) yang kita dah buat untuk selesaikan tugasan (nama indahnya ialah “tanggungjawab”) dengan sebaik mungkin. Takkan kita nak cerita, kan?

Lalu, emosi hari ini ialah sebal, kesal, bercampur demam yang tiba-tiba masuk ke badan semula! Macam ada bela saka plak!


Ekspresi “cuci tangan” ala-ala Malik si KL Gangster!

Aku akan rasa berganda gembira (bahasa lain ialah syukur) jika ada yang boleh menggantikan tempat aku dan membuatnya jauh lebih baik!


~...antara membela ayam dan itik, SERI BULAN lebih berminat dengan si nila, berbanding HISYAM yang masih tidak kenal mana angsa mana serama sehingga kolam itek disangka kolam kubang si kerbau tanduk keweh...~







19 comments:

  1. kak azie...

    kalau difikir balik, alangkah indah kalau kita dapat tukar2 pekerjaan....

    tapi tulah..
    mana nak cari kocek doremon???

    kak...
    ayu suka bila kak happy layan juvana?
    tak buat review ttg drama tu ker...
    ayu tak dapat nak tonton.. semalam balik lewat..

    ReplyDelete
  2. semalam konon2 nak layan juvana ngan anak2
    las2...
    layan u-tube ngan husband. tengok iklan2 raya dedolu...
    motip?
    puasa pun belum hihihi!!!

    ReplyDelete
  3. azie..memang begitulah ragam manusia kan..tak pe azie..insyaallah satu hari nanti..
    mereka2 semua akan menyedari betapa penting nya azie..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum
    Ada masa, kita kena jugak lepaskan kerja kita kepada orang lain, baru boleh tahu "mereka" tahu buat ke tak. Kalau semuanya kita je yang buat, sesedap rasa je kata keja kita senang je walhal mereka tak pernahpun buat.

    Jadinya, sila tenangkan hati...layan cekodok bawang pulak malam ni ;)

    ReplyDelete
  5. ayat macam perasan bagus jerrr... tapi entah larr kot aku baca mengikut nada riak.

    ReplyDelete
  6. kalau dapat rotate keje best jugak jadi masing2 tahu nak cover kerja bila ada yg cuti..ni tak..balik cuti lama2 keje menimbun atas meje...sadis..

    ReplyDelete
  7. ramai betul yang layan juvana eh? saya tak sedar pun ada citer tuh, tau2 dah episod akhir. itu pun gara2 terbaca beberapa status di fb

    ReplyDelete
  8. ANIES:
    Sebab sabar lah yang berani tulis di blog saja ni...



    AYU:
    Kata pandai jahit? Jahitlah poket Doraemon tuh. Jahit besar skit!



    KAKNGAH:
    Amboiiii cari mood raya kah?

    ReplyDelete
  9. ACIK ERNA:
    Tak sedar pun takpa.



    ANYSS:
    Salam. Jommm!



    FADZIL:
    Memang itu nada riak lagi perasan bagos!

    ReplyDelete
  10. ERI-CHAN:
    Memang ada spesis macam tuh.



    EELOBOR:
    Cerita tu best, sebab lain dari yang lain!

    ReplyDelete
  11. azie... tu , gelang ke tu?

    besarnya...

    ReplyDelete
  12. CIKGU NORMAH:
    Gelang gangster, memang besar tu. hehehehe

    ReplyDelete
  13. Ooo... ingat ke sebal tu sesal + bebal... bukan ek...? Ekekekkekekke...

    ReplyDelete
  14. Hello Azieah, you take it easy, ya. Life sometimes can be a rollercoaster ride....
    You'll be fine.....
    You have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.
    ps, I will bring back that self suspended blog cherita later your pagi around 9am. Sini malam 9pm.
    Lee.

    ReplyDelete
  15. Inilah kehidupan... hati sendiri pun sukar hendak dipuaskan, apatah lagi hati orang lain!

    Sa-bo je laaaa .... :)

    ReplyDelete
  16. lain orang lain ragamnya kan kak azie...


    best kan tengok Juvana episod akhir, rasa tak puas pun ya juga..:)

    ReplyDelete
  17. ragam manusia selagi tak kena
    batang hidung sendiri...
    tak tahu dia..

    ReplyDelete
  18. ish3...bahasa sastera tinggi nih...
    tak tergapai tangan...
    hebat kak azie ni..?

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails