Rabu
14-07-2011
Hari hilang semangat. Macam semekut yang sekejap ada sekejap takda tuh. Kenapa? Entahlah, mungkin beralih bulan kot.... Yer lah tuuuu.
Petang yang sendu, terperangkap dalam suasana kaku dan terkedu. Susahnya nak tulis gambaran perasaan kan?
Takkan asyik nak nangis jer? Bukan ada orang faham pun. So, jangan bazir airmata.
Tadi hadir mesyuarat. Rutin yang biasa saja. Kendalian pun terkawal, malah tugasan berada di tahap memuaskan jika tidak pun mendapat pujian. Tolong jangan. Muak.
Rancangan untuk Gathering TANGLING (lagi), sudah aku uruskan. Meja bawah pokok dan khemah biru sudah ditempah dari Pak Din, tadi siang. Kali ini tiada menu special. Semuanya mengikut rutin.
Petang yang sendu, terperangkap dalam suasana kaku dan terkedu. Susahnya nak tulis gambaran perasaan kan?
Takkan asyik nak nangis jer? Bukan ada orang faham pun. So, jangan bazir airmata.
Tadi hadir mesyuarat. Rutin yang biasa saja. Kendalian pun terkawal, malah tugasan berada di tahap memuaskan jika tidak pun mendapat pujian. Tolong jangan. Muak.
Rancangan untuk Gathering TANGLING (lagi), sudah aku uruskan. Meja bawah pokok dan khemah biru sudah ditempah dari Pak Din, tadi siang. Kali ini tiada menu special. Semuanya mengikut rutin.
Gathering bulan Julai yang menjadi agenda tahunan, kerana meraikan beberapa orang sahabat dalam komuniti yang berulangtahun di bulan Julai (termasuk AA sendiri). Dan juga gathering akhir sebelum Ramadhan. Berkumpul makan dengan ditaja oleh kengkawan yang murah hati bersedekah sebelum puasa ini adalah acara tahunan kami. Waktu-waktu lain tidak rasmi, tetapi tetap selalu ada. Bukan ada agenda rasmi pun, sekadar bertemu selepas beberapa bulan tidak bertemu dan berlepak, tepuk-tampar dan gelak-sakat, cuit-cucuk-latah!
Kali akhir kami mengadakan gathering bawah khemah biru ini ialah pada 18 Mac lalu.
Seperti lazimnya AA menjadi si Sekretari, si Tukang Keloi, merangkap Tukang Jemput dan Tukang Pukul Gong, semua jemputan sudah dibuat melalui sms dan pesanan di FB. Tiada syarat. Tidak pernah ada syarat. Dan tidak akan ada syarat...
Senyum lebar lagi PAK DIN kali ini. Seboleh mungkin kami dilayan terbaik.
Senyum lebar lagi PAK DIN kali ini. Seboleh mungkin kami dilayan terbaik.
Cuma, ada beberapa orang yang tidak dapat turut serta,
mungkin termasuk si Tukang Sekeh!
mungkin termasuk si Tukang Sekeh!
~...menahan telinga merah kerana disindir sebagai bulan merindu matahari, SERI BULAN menyorok muka di balik kerudung kain tutup kepala yang lusuh tetapi bila HISYAM mengintai yang ketara merah adalah pipinya, sehingga hampir mendorong dia untuk mencubit...~
nampak sedap bebenor cucor jagung tu kak. hehehehe.
ReplyDeleteramai yg join gathering tu naa. rajin sungguh seketeri merangkap tukang keloi merangkap tukang jemput merangkap tukang pukul gong yg sorang ni :)
ReplyDeleteFYZAL:
ReplyDeletePada Kak Azie, itu memang yang terbaik setakat ini!
DINAS:
Alaaa cikgu. Yang sebenornya, yang paling utama dia tu si Tukang Makan! hahahaha
Selamat bergeder-geder Azie. Waktu Azie makan tu, InsyaAllah kakcik dalam perjalanan ke Terengganu. :)
ReplyDeleteSalam Kak Azie..
ReplyDeleteBila makan beramai-ramai, lauk yg tawar pun jadi sedap.... huhu
p/s: thanks kak bg komen dalam blog Nida.. memang sekarang mood Nida tak berapa nak ok... entah, rasa sedih sesangat.. byk sangat yg berlaku sejak kebelakngan ini...:(
akhirnya setelah beberapa kali baca pasal ikan bakar tanglin kat blog kak azie, 3 minggu lepas saya baru jumpa tempat makan tuh. itu pun di perkenalkan tempat tuh oleh kawan selepas kami ke taman tasik pagi tuh.
ReplyDeleteAA - itu mesej tu macam RR kenal jeq, iitu GM yang bini dua tu kan? Koh koh koh
ReplyDeleteadoi, ni buat rasa macam kena gi makan kat pak din sebelum bulan puasa nih...
ReplyDeleteadakah ini tangling yang ada nasi lemak tu?
ReplyDeleteke bukan? hihi~
sedap cekodok jagung tu...
ReplyDeletecucur jagung tu volat2...sedap tu bila tergigit jagung.
ReplyDeletecucur jagung peberet tuh kak....
ReplyDeletehamboii besonyer cincin hahah...
wah! bestnye AA..
ReplyDeletemesti happening giler nanti! :)
Assalamualaikom kak azie.. :)
ReplyDeletenape ni kak? jgn syedih2.. meh nk felok!
*sambil bau2 cucor jagung*
Bestkan kalau dapat geder2,boleh lupa segala masaalah.
ReplyDeletewow akak..bestnye gathering ni..mengeratkan hubungan silaturahim...amin..heheh
ReplyDeletemmg saat paling happy adalah gathering blogger..
ReplyDeletekak...
ayu cemburu lah.
nak pindah area kl lah!!
selamat bergathering azie...
ReplyDeletepergh! syinsyin pepel tu yg takleh tahan tu...
KAK CIK:
ReplyDeleteTerimakasih.
Wahh ke Pantai Timur pula kali ni? Dah ajak dating dengan ZEQZEQ? hahahah
NIDA:
Sabar NIDA, perasaan itu akan datang dan pergi. Redha dan ikhlas.
EELOBOR:
Pada Kak Azie, suka ikan bakar Tangling sebab ianya dibakar terus di atas arang, bukan atas kuali dan siram sambal.
RED RAMBUTAN:
ReplyDeleteItu GM cakap itu baru dua bininya. Masih ada lagi 2 kuota bleh isi. hahahahah
KUCING OREN GEMOK:
Yup. Biasanya begitulah. Bila nak sambut puasa, pasti terasa nak tunaikan hajat makan itu makan ini.
GADISBUNGA:
Yes dear! Itulah dia. Cuma kami suka tempah meja bawah pokok!
ACU SAYANG:
ReplyDeleteMemang sedap pun. Lembut dan gebu!
SYA:
Memang puas sebab ada banyak jagung di dalamnya!
CIK ECAH:
Cincin besar untuk orang besarrrrRRRR!
MAK DARA:
ReplyDeleteHappening memang sangat happening!
AZEEDA:
Salam.
Sedih tu sekejap saja.
Tak der nyer bau cucor jagung. Tapi bau asap arang kayu dan air asam!
KAK ZAITUN:
Betul la. Betul sangat!
CIK CERIA:
ReplyDeleteItulah yang berlaku sejak dulu lagi. Sudah lebih 5 tahun begitu.
AYU:
Itu BUKAN gathering blogger. Yang menjadi blogger cuma Kak Azie sorang saja!
Kak QUEENIE:
Kena tahan kak. Tahan mata. hahahaha
bestnya gether2....
ReplyDeletecucur jagung mmg nampak SEDAP