Monday, July 25, 2011

Nak Balik Kampung Pun Nak “Bergadoh”...?

Salam
Ahad
24-07-2011



Belum pun masuk Ramadhan, dah banyak isu timbul. Ya ta ya jugak, sikit sebanyak kenalah plan dari awal, ye tak?

Soal nak kuar shopping barang dapur, soal kecik jer. Itu rutin. Bila nak posa, barang kering dalam rumah kena cari awal, sebab hari-hari bekerja mana sempat nak beli barang kering. Cari barang basah jer.

Isu nak balik kampung pun dah mula panas nih. Sedih pun ada. Sebab kali ini (bermula tahun lepas lagi) My TOKLAKI macam guna “absolute power” jer. Tahun ni nak raya di Kuala Pilah lagi. What? Lagi?

Aku no hal, but at least aku ndak juga balik kampung aku, wpun aku macam dah takda kampung lagi. Rumah kampung dah tak sesuai jadikan tempat berkumpul, sebab dah uzur. Dah berapa tahun pun bila raya kami asyik berkumpul kat rumah kakak jer. Lama-lama anak-anak aku dah rasa rumah kampung di Kuala Pilah lagi best!

Dulu-dulu, 7,8 tahun dulu lagi suasana tu dah berubah. Sedangkan sejak lahir bebudak ni, aku memang menang tanpa bertanding! Raya jer, mesti balik Rumah BONDA (budak-budak kata Rumah Biru). Sebab masa tu MyTOKLAKI takda rumah kampung lagi (rumah lama sangat uzur) dan My Mak Mertua memang masih duduk KL.

Tapi, sekarang dah terbalik. Padan muka aku. Dulu eksyen sangat!

Aku memang suka kampung Kuala Pilah tu, suka sangat. Tapi raya kali ini aku nak jugak balik kampung aku, mungkin pada Raya ke-2 ker.. Alasan lain, lepas raya ada Reunion Skulah lama aku. Nak la juga pegi, jumpa kengkawan lama.

Isu ini masih tergantung lagi tanpa keputusan.

Tunggu mood lain datang, nanti “bergaduh” lagik! hehehehehe

Silap-silap ada yang ajak lancar Perang Sabil nih...!


Ni pic ulang tayang, 2 minggu lalu:




Ini pic terkini, minggu ini:

Lokasi, kampung My Mak Mertua. Dia dah ada bela ayam!



~...HISYAM tidak pernah memaksa SERI BULAN mengikutnya menetap ke Kampung Separuh Desa, tetapi ketidakpaksaan itu sebenarnya lebih membuatkan SERI BULAN melihat kampung itu sebahagian dirinya, separuh kehidupannya, dan setengah dari masa depannya yang gemilang...!~








29 comments:

  1. tahun nie ayu mengalah..
    maklumlah.. baru sangat arwah pergi..
    memahami MIL tak ada teman..

    rasanya, part reban tu.. peeh!!1
    dah besor ayam tu,., ayam kampung ya?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Errrrr saya ada SATU umah je...macam best je leh gaduh2 balik kampung ni hu hu hu ---> sat2 lagi ada yang makan sup sliper jepun FREE ni hu hu hu ya ampun!!!

    ReplyDelete
  3. AYU:
    Benar tu. Ada kalanya, beralah demi kebaikan dan hati semua orang. Sementara masih ada...



    ANYSS:
    Nanti.. nanti. Nak cari rencah tumis nak masak Sup Seliper Jopun..!

    ReplyDelete
  4. i sejak awal kawin sampai la rmh FIL kosong kami guna sistem gilir..bila FIL meninggal sistem tu pupus sendiri..kehkehkeh...sekrg balik kmpg i jee..apa lg sejak ayah sakit..mmg tkleh argue lg laa..kmpg i jee..

    ReplyDelete
  5. SANIAH:
    Sejak My Arwah AYAH takda, kami dah makin kurang beraya di rumah itu sebab MyBONDA duduk pondok, pastu duduk di Penang dgn adik. Rumah tu terbiar dan akhirnya uzur sendiri. Sedih, kan?

    ReplyDelete
  6. Mungkinkah kujejaki lagi kampung halaman setelah ibubapa kembali ke sana... :(

    ReplyDelete
  7. saya sokong raya di kuala pilah tahun ni dah juga tahun2 berikutnya .. jalan bukit putus dah lurus. banyak belanja buat tu. kalau tak guna, rugi !

    ReplyDelete
  8. ingatkan orang muda² baru kawin je ada isu ni, kak ;)

    ReplyDelete
  9. bila citer pasal bab balik kg time raya ni kan...
    terasa sangat bertuah bila saya 'mendapat' org sekampung, miahaha...


    **tak pe kak AA, jgn sedih... bodek sket la tok laki tuu... ekeke.

    ReplyDelete
  10. saya xkisah kak azie..
    sama aje blik kg saya atau hubby..

    seme saya suka..heheh

    kalu raya pertama umah saya..ptg tu blik umah mak mentua..gitulah sebaliknya

    ReplyDelete
  11. keh keh~~saya tak pernah gaduh laki bini~~kitorang satu kampung~~jarak rumah cuma 10 minit je~~

    ReplyDelete
  12. saya tak pernah lagi gaduh pasal balik kampung raya ni.

    Walau bukan sekampung, tapi kalau tahun ni pagi raya di rumah emak saya, petangnya di rumah emak dia, begitulah sebaliknya.

    Jarak perjalanan dua jam je...oklah.

    ReplyDelete
  13. hari2 balik kampung x gaduh pun ha ha

    ReplyDelete
  14. KAKCIK:
    Sekali sekala menjejak laman kenangan...


    Bang HAMZAH:
    Wuaaaaaaaaaaaaa...!

    ReplyDelete
  15. KUCING OREN GEMOK:
    Tak kira muda tua, kalu nak jadi gaduh, memang bleh ajer!



    ANIES:
    Sabar boleh lagi, takut tak redha plak nanti. hehehehe


    NAJWA:
    Eksyen ler kamuuuu.. Wuaaaa!

    ReplyDelete
  16. MEK SARAH:
    Masih juga kamu yang menang, kan? wahhhh!


    BUJAL X:
    Kadang2 10 minit tu boleh jadi setengah jam tauuuu... Sepanjang jalan ada orang kesat air mata. hahahaha


    YUS:
    Pandai nyer atur. Jauh dekat pun awak jugak yang menang eh?

    ReplyDelete
  17. RR:
    Terimakasih...:)


    CALUK:
    Kampung sebelah laman, eksyen ler ko...

    ReplyDelete
  18. Wahh kak awalnya dh gaduh..hehe!!

    Sebagai manusia biasa kita teringin gak nak beraya dgn adik beradik di kg walaupun mak ayah dah tak ada kan? sy sokong akak!!

    Tapi sy dan hubby tak yah gaduh2 pasal kami kg sebelah menyebelah je kalau nk gaduh gak cari pasal namanya tu..huhu!!

    ReplyDelete
  19. saya ni kak... pasrah.
    tak kisah la balik labuan atau nilai.
    somehow, 2-2 tempat pun dah kurang excitement beraya .. huhuhu

    ReplyDelete
  20. siap la hang ayam....jadi lauk rendang raya kek kualo pilah..hiks hiks...:)

    ReplyDelete
  21. pentingnya tolak ansur..
    tapi kalau sati pihak je yang asyik mengalah tak bagus jugak..

    ReplyDelete
  22. CT NOARIZAH:
    Amboiiii sekali sekala cuba ler cari pasal. Nak majuk pun bukan jauh pun kalu nak larik. hahahahahah!



    EFFA:
    Bila dah berkeluarga, ada anak-anak beraya bersama keluarga sendiri pun dah seribu syukur, kan?

    ReplyDelete
  23. SITI MURNI:
    Memang hajat begitu. Tapi macam tak cukup jer. Kena jugak beli kat pasar.



    DIANA:
    Kalu bergadoh camtuh, baru la challenging!

    ReplyDelete
  24. sama dengan sya
    tak kisah beraya di mana pun, rumah mil atau rumah sendiri, janji balik
    tp raya tahun ni kami adik beradik semua akan berkumpul di kampung sya
    Insya'allah...

    ReplyDelete
  25. SYA:
    Wahhh bestnya macam tu. Beralah...

    ReplyDelete
  26. blm ada husband jadi tak gaduh. ikut bontot mak je....

    ReplyDelete
  27. ERI-CHAN:
    Lagi best. Mak masak sedap-sedap kalu musim posa dan raya!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails