Isnin, panas melekit.
11-07-2011
Sungguh, pernah 2,3 kali AA tulis tentang aura yang begitu kuat pernah terjadi antara AA dengan sorang kawan ini. Mungkin kerana begitu lama kami menjadi sahabat, kawan dan kadang-kadang bekerjasama dalam beberapa projek luar, hubungan kami sudah seperti adik beradik. Keluarga dia mesra dengan keluarga aku. Malah keluar masuk rumah dia pun sudah kurang janggal dan kekok lagi. Memang mesra dan telus. Tolong-menolong “tidak berkira” sudah menjadi suatu amalan biasa.
Beberapa kali juga, bila AA terasa sesuatu, dia juga pasti terasa sesuatu. Dan pernah AA tulis, tentang AA bercakap sendirian, “jap lagi nak telefon dia,” lepas 2,3 saat dia terus call. Kerana berasa yang sama. Sungguh pelik dan kagum tapi itulah yang terjadi.
Dan ianya terjadi sekali lagi hari ini. Pagi tadi, masa bersiap nak kuar pegi kerja, AA berdetik kata di dalam hati, “rasanya hari ni dia ajak jumpa pegi makan”. Dan itulah yang terjadi.
Kira-kira sejam sebelum waktu lunch, dia terus call dan terus cakap nak datang ajak pegi lunch bersama! Sapa yang tak terkejut? Aura lagikah ini Azie?
Menunaikan hasrat dan hajat, dia teringin nak makan Pasembor.
Beberapa kali juga, bila AA terasa sesuatu, dia juga pasti terasa sesuatu. Dan pernah AA tulis, tentang AA bercakap sendirian, “jap lagi nak telefon dia,” lepas 2,3 saat dia terus call. Kerana berasa yang sama. Sungguh pelik dan kagum tapi itulah yang terjadi.
Dan ianya terjadi sekali lagi hari ini. Pagi tadi, masa bersiap nak kuar pegi kerja, AA berdetik kata di dalam hati, “rasanya hari ni dia ajak jumpa pegi makan”. Dan itulah yang terjadi.
Kira-kira sejam sebelum waktu lunch, dia terus call dan terus cakap nak datang ajak pegi lunch bersama! Sapa yang tak terkejut? Aura lagikah ini Azie?
Menunaikan hasrat dan hajat, dia teringin nak makan Pasembor.
Di kedai Pasembor Utara — Kg Baru, Jalan Raja Uda, pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Trademark, kerusi KUNING. Bakal buka cawangan di Jalan P.Ramlee. (abaikan astray tu, kerana tiada siapa yang merokok)
Terimakasih kawan. Sebab sentiasa murah hati belanja.
Dinner kami beberapa minggu lalu, masa hadir mesyuarat, di luar KL.
Terimakasih kawan. Sebab sentiasa murah hati belanja.
Dinner kami beberapa minggu lalu, masa hadir mesyuarat, di luar KL.
Kebetulan AA dapat voucher (birthday gift) dari Jusco, membership. Purchase 2 get 1 complimentary set.
Sebenarnya dalam berkawan, bukan hanya lepak-makan atau gebang-minum, bukan juga borak-bergayut yang menjadi agenda utama. Tetapi kepercayaan yang meliputi, ada perkara boleh dibincang-telus, ada benda yang disimpan sekadar pengetahuan, juga ada beberapa perkara yang “for your eyes only”.
Lebih penting juga, berkongsi banyak perkara dengan orang luar, yang seringkali kurang memahami kita, belajarlah meneguhkan hati, menguatkan mental, mengebalkan jiwa supaya boleh menerima karenah orang lain sebagai kelemahan manusia.
Dan menerima pula kelebihan orang lain untuk sama-sama disyukuri dan diteladani.
Adakala, bukan semua perkara boleh kita kongsi dengan pasangan kita. Bukan menipu tetapi mengasingkan perkara “asing” dengan “yang ingin kukongsi”...
Lebih penting juga, berkongsi banyak perkara dengan orang luar, yang seringkali kurang memahami kita, belajarlah meneguhkan hati, menguatkan mental, mengebalkan jiwa supaya boleh menerima karenah orang lain sebagai kelemahan manusia.
Dan menerima pula kelebihan orang lain untuk sama-sama disyukuri dan diteladani.
Adakala, bukan semua perkara boleh kita kongsi dengan pasangan kita. Bukan menipu tetapi mengasingkan perkara “asing” dengan “yang ingin kukongsi”...
~...seluruh warga Kampung Separuh Desa sudah riyuh bercerita tentang WAHAB yang memanjat bumbung arah tenggara mencari celahan bilik SERI BULAN, tetapi HISYAM tahu lelaki separuh waras itu hanya pandai panjat tapi tak pandai turun, lalu dia sengaja menunggu embun turun sebelum menghulur tangga...~
macam kembar pulak
ReplyDeletemungkin sebab dah lama berkawan dah serasi
seronok ada kawan sehati sejiwa kan?
yerlah...
ReplyDeletekalian mmg serasi..
agaknya, ayu nie jenis berniaga.. sukar ada kawan yang boleh lepak2 dan layan makanan yang ikut selera.
ayu pulak terharu dgn persahabatan kak dan dia,
assalam AA..bila dah lama berkawan selalu jadi itu kan..acik ada sorang kawan..kan main jauh di tanjung karang sana..tapi selalu ada rasa macam tu.
ReplyDeleteSYA:
ReplyDeleteKadang2 kembar pun tak serasi sebegitu, kan?
Nak kata sehati sejiwa pun, adakala lebih banyak bergaduh juga.
AYU:
Tiada kawan lepak atau makan bersama, bukan bermakna tidak boleh berkawan selesa dan serasi. Ada banyak cara orang menikmati keselesaan dalam berkawan. Secara maya pun tetap ada kelebihannya.
well said kak!
ReplyDeletebukan nk sorok dr incik hubby tp kdg2 tu rase mcm kalau dikongsi tidak difahami.. my personal 2 kupang le.. ;)
ACIK ERNA:
ReplyDeleteSalam.
Adakala kita rasa pelik, kan? Susah nak percaya, tapi itulah yang berlaku dan bila nak jelaskan, tidak tahu ayat apa yang paling tepat.
AZEEDA:
ReplyDeleteNampaknya Azeeda faham apa yang Kak Azie maksudkan. Kita tiada niat untuk menipu, tapi mengasingkan topik. Ada perkara, yang hanya kawan saja yang faham, kan?
sbenarnya..nk dpt kwn gtu..ckup susah..kwn sejati..
ReplyDeletekwn ketika susah dan senang..
Alhamdulillah..kawan sejati sukar dicari kak..dlm seribu satu blum tentu btul2 sejati..=)
ReplyDeleteKak memang susah cari teman sejati yg serasi..sy bakal kehilangan teman itu bln oktober nanti bila dia ambil keputusan utk bersara... tak tahulah cammana lak rasanya bila tiada lagi teman sejati yg serasi yg boleh kita cerita apa sahaja padanya kerana percaya kejujurannya yg menghormati persahabatan berbelas tahun ini.
ReplyDeletebest kan bila ada kawan yang sama 'gelombang' dengan kita.. tambah pulak bila time kita sedih ke.. dia macam tau2 je kan?..
ReplyDeletedulu Eja ada jugak la kawan yang sama 'gelombang' cam kak AA.. tapi sejak masing2 dah kawen.. dia pun dok Penang.. 'gelombang' itu terus lenyap.. mungkin gangguan ombak laut sama kot...!
MEK SARAH:
ReplyDeleteIanya memang susah kalu dicari. Kawan sebegitu biasanya kita dapat tanpa kita sedar dan kita tak rancang pun.
KALAM HATI:
Alhamdulillah. Bila ada sorang macam ni, rasa macam berkawan 10 orang dah.
CT NOARIZAH:
ReplyDeleteKawan sejati bukan bermakna mesti berada di depan mata wpun kita sangat memerlukan dia. Berjauhan pun boleh saling memberikan semangat. Dekat di hati lebih baik dari dekat di muka tapi dalam hati ada prasangka.
EJA:
Semoga akan bertemu pula dengan kawan yang lain, dengan gelombang yang berbeza tapi sama-sama rela dan selesa. Yang penting, saling menerima seadanya.
yaa..i prcaya jugak yg kita kena asgkan perkara2 trtentu dr dikongsi..bkn semua blh dikongsi kan..tp its nice if u have someone that close to u..ada tmpt nk mengadu.
ReplyDeleteSANIAH:
ReplyDeleteMemilih untuk mengasingkan cerita, pun bukan semua perkara dapat diadukan. Begitulah. Ada pro dan kontra di sana sini.
Keupayaan kita terhad, lalu kita kena memilih mengikut kesesuaian dan keselesaan kita supaya persahabatan kekal lama. Am I right?
saya tergoda dgn ABC tu....:)
ReplyDeletealhamdulillah kalau kita ada kawan yang selalu memahami bukan kawan yang selalu iri hati.Bukan senang nak jumpa teman sejati tapi kalau ada haruslah dihargai..:)
ReplyDeleteindahnya bila memiliki persahabatan yg sedemikian rupa :)
ReplyDeleteAZZEY:
ReplyDeleteABC tu kurang kick jika dibandingkan dengan yang biasa Kak Azie minum di Maluri, tepi Jusco.
NIEZA:
Memang tak senang. Tapi ia datang tanpa kita rancang.
DINAS:
Indah bila tengah baik. Bila kena sakat, atau time tak sependapat, pedih juga hati nak terima bangkangan. hehehehe
huhuhu...tak pernah jumpa lagi yang mempunyai aura yang sama
ReplyDeleteazie...
ReplyDeletehmmm...akak sangat faham cerita azie kerana pernah merasakan yang sama juga...
wah... u pun minat pasembor kg baru? akak selalu pekena dengan kawan baik akak disana....
dalam banyak2 kawan kita-akan ada seorang yang serasi dengan jiwa kita....
been there...done that....!!!
ABC ke tu? menggegar jiwa!
ReplyDeleteBila dalam hati ada taman
Selalunya begitulah AA, sick-sense ada pada diri kita dgn seseorg yg akrab. Kadang kita masak seperti biasa tapi anak/suami kita akan kata baru nak suruh masak ini tapi macam dah tahu apa yg nak dimakan.
ReplyDeleteKurniaan Allah atas silaturrahim yg jujur dan ikhlas sebenarnya...
pasembor kg baru...lain kali lalu The Intermark calling2 boleh open table...:)
ReplyDeleteSallam AA,
ReplyDeleteBahgia dan seronok dapat kawan macam tu, boleh berkongsi rasa dan aura, itu kawan setia namanya.
wah...acu pun suka pasembor kedai tu...sedap lah
ReplyDeleteEELOBOR:
ReplyDeleteTak jumpa tak semestinya kita tidak boleh gembira dengan kawan yang sedia ada.
AKAK:
Minat sangat pun tidak juga. Tapi pasembor ni, makan sekali sekala baru terasa sedap kerana rindu. Kalu kerap sangat pun, tak best gak.
ANIES:
Menggegar otak juga, sebab sejuk!
KAK ZAKIE:
ReplyDeleteSaya dngn hubby pun selalu gitu. Kadang2 saya beli bahan yg sama masa balik keja. Dia pun beli bahan yang sama utk masak menu sama. hehehe
JUN AINA:
The Intermark tu area situ jugak eh? Nanti nak ronda tengok.
LIPISLADY:
Dalam bahagia seronok pun tetap ada juga balah bertegang leher. Tapi kena bersedia menerima segala kritikan dan tekanan.
ACU:
ReplyDeleteSedap bila kita jarang-jarang makan. Ianya memang sedia sedap, tapi kalu kerap sangat, tak nikmat.