Sabtuday
09-07-2011 ~ 09-07-2011 ~ 09-07-2011 ~ 09-07-2011 ~ 09-07-2011
...tarikh ini, apa sejarah yang tercatit?
Malas nya nak komen, apa lagi nak menulis tentang senario yang berlaku pada tarikh ini. Wpun “gesan”nya sudah dirasa 2 minggu sebelum, tetapi tetap hati AA berdegil jika boleh tak mahu amik pot sementelah memang tidak minat skop ini. Bukan bidang aku, bukan juga minatan aku.
Tapi,
bila hari ini mengulangi lagi rutin seperti minggu lalu, minggu 2 minggu lalu... dan rutin yang sudah bermula sejak lebih sebulan lalu, kerja luar di hari Sabtu buatkan aku melihat ini di pertengahan jalan tadi:

Masih juga aku bersabar, sambil berharap lagi berdoa, agar waktu aku balik petang nanti, laluan itu akan lapang lagi lengang supaya aku tidak bengang!
Syukur pada mu Tuhan, dalam penat lesu lagi letih sampai tidak tahu cemana nak tulis, laluan itu sungguh perfect!
Aku tidak pernah bangkang sesuatu yang difikirkan wajar dibangkang, tetapi tolong jangan sampai menyusahkan orang yang tiada kena-mengena > terasa ayat ini tidak lagi berguna. Yeahhh aku tahu!
Hari ini bekerja sekerat hari, tapi cuma aku seorang yang tergedik sorang di department sedangkan yang lain tak kelih sampai jam 11...! Langsung tak boleh tempoh jalan kalu lukah yang ditadah di genting jalan tidak menahan ikan tapi bagaikan ingin menyembur tuba ke muka! aduhhh pedihnya hati... Dan aku benci mendengarnya.
Melayan diri sendiri, bagai ingin marah yang tidak sepenuhnya, saranan My Manager yang berdua itu supaya aku duduk di floor bawah bersantai dan berbual-bagai-sambung-rantai, tidak aku penuhi. Kerana aku tidak semutlaknya hati untuk berkata apa-apa berkaitan si BAJU KUNING pada sembilan haribulan!
Lalu layan mata, lelap sejam dua, kemudian sambung membaca. > Yeahhh memang tiada kerja yang dibuat hari ini, kerana semua urusan berkaitan pelanggan ready hari Jumaat, dan berapa kerat pejabat client yang buka pada Sabtuday? > now U faham kenapa AA tidak suka kerja Sabtuday?
Opsss! komen di entri sebelum, tidak upaya dibalas tetapi terimakasih. Segala puji-pujian itu tetap juga diterima sebagai pujian, tetapi insyaAllah tidaklah sampai melupakan ujian.
Harus juga AA menyebut sedikit apa yang AA dok kalut sejak 2,3 bulan kebelakangan ini?
Masih ingat tentang Persada Heights yang AA pernah buat entri dulu (gara-gara entri itu juga ada pembaca yang datang ke pejabat rasmi KOSIM membeli lot).

Ada banyak kebetulan yang melucukan, yang menggembirakan bila berhadapan dengan begitu ramai penempah/bakal pembeli.
Ada yang tetiba saja macam kenal, rupanya client tempat kerja yang kenal baik dengan My Manager!
Ada yang bila terbaca alamat tempat kerja, rupanya sama department dengan kawan baik AA di komuniti lain. Lalu link itu bertambah luas dan panjang... meleret!
Adakah mungkin AA ni memang dikurniakan bakat sebagai seorang “sales girl”?
Dari jual buku novel orang, jual Tart Nenas, kini dah jual lot tanah banglow?
*untuk makluman (sebagai pencetus semangat untuk diri sendiri), dari 100 lot yang ada, 83 ditawarkan sejak April, hari ini hanya tinggal 13 lot sahaja lagi untuk direbut!

~...HISYAM pernah berkata seperti berikrar; tiada siapa dapat menggantikan SERI BULAN di hatinya, walaupun dia berdampingan dengan ramai gadis lain termasuk anak dara Pak Imam dengan alasan apa yang ada pada sahabat baiknya itu tidak terdapat pada gadis lain termasuk perangainya yang bila merajuk suka melangut merenung sarang tempua bergayut rendah...~
Kak dah jadi tokey jual umah ke..ada satu lot percuma utk sy x hehe!!!
ReplyDeletepeeh!!!!!
ReplyDeleteterbaiklah....
tahniah kak AA
kak mmg hebat..
PS: tak perlu lah nak berselindung.. bab puji tu.. walau tak kenal pun ayu 20sen dah tau dulu..
CT NOARIZAH:
ReplyDeleteTidak. Tidak jual rumah. Hanya lot tanah sahaja. Dan ianya tidak free sayanggggg....:)
AYU:
Terkedu nak jawab komen Ayu. Terimakasih.
huhu taktau nak kata apa dah kak..
ReplyDeletebtul kata akak..kesian dekat org yg tak terlibat..tak bersalah..terpaksa tanggung akibat..rasanya ramai yg lari bajet bulan ni akibat jem manjang..beli minyak keta bukan pakai kertas suratkhabar je kan..huhu
wuihh... makin kayo kau zie... banyak komisen ea tu
ReplyDeletelot banglo tu!
azie sendiri dah beli lom?
KALAMHATI:
ReplyDeleteTadi tengok kat berita tv, jutaan RM rugi kerana orang berniaga tidak upaya membuka perniagaan seperti lazimnya. Alangkah malu dan sedih bila dikenang...
IBU INTAN:
Tidak, kak. Saya tidak kaya. Yang beli pun tidak semua kaya, kerana ini lot banglo tapi harga sangat mampu. Hanya RM40K utk 4K kaki persegi!
Cakap bos Sabtu tak payah kerjalah. Senang staf nak pergi jalan dgn famili.
ReplyDeletekalau nk tolong jual rumah?
ReplyDeleteYUNUS BADAWI:
ReplyDeleteDah tak larat nak cakap. Usaha yang sudah lebih 10 tahun pun tidak berhasil memujuk Bos. Lalu sekarang semua orang sudah malas nak fikir!
CIK ZURA:
Kak Azie tak faham soalan tu. CIK ZURA nak tolong jual rumahkah?
hehee...manyak busat punya tawkey arr...
ReplyDeleteduduk dalam bungalow, baca novel, makan tart...haiyak...moley gumuks oo....
Kak QUEENIE:
ReplyDeleteBetul tu. Moley gumuks. Tapi saya cuma jual saja, Kak. Tak pernah paksa orang beli. Tapi kalu ada duit lebih, why not, kan? kan? hehehehe
azie
ReplyDeletedeme fikir bersih deme je...org lain deme tak nampak....
AZANI:
ReplyDeleteJika begitu bicara di mulut dan hati, belum cukup BERSIHlah nampaknya pandangan mata yang mereka nampak itu...
Aslmkm.
ReplyDeleteAda jalan lebih baik tapi tidak menjadi pilihan. Itu la politik namanya. Kan?
Bagus la Azie ada bakat tu. Kak G sekeluarga nak jual apartmen ni. Mahu cuba cari pembelinya?
citer smlm saya tak terlibat sb dok kuantan..hanya bersenang2 di rumah tanpa jem..hehee
ReplyDeletetapi melihat dlm berita..mmg ramai betul..nasib baiklah perhimpunan itu secara aman..xde hak pelik2/huru hara yg berlaku..
saya pun tak kemana2, melepak kat umah ja, tengok tv
ReplyDeleteDulu kak Zai pernah beli lot tanah tapi dah jual semula sebab kawasannya terhad,dari tak buat rumah lebih baik jual.
ReplyDeleteMungkin bila ada masa dan modal nanti azie boleh buat busines sendiri.
Salam KAK DrG:
ReplyDeleteSaya rasa ramai juga antara mereka sengaja tidak mahu memilih jalan lain itu... Mereka sengaja..
KAk G email maklumat hartanah itu ke email saya: azieazah_07@yahoo.com.
MEK SARAH:
Kak Azie rasa yang huru hara itu tidak besar dan tidak menjadi kudis pun untuk dihebahkan. Pihak polis pun tentu hendak menjaga kredibiliti mereka juga, kan?
MAMASYAZA:
ReplyDeleteItu lah yang disarankan. Enjoy juga kan?
KAK ZAITUN:
Aminnn... insyaAllah Kak Zai. Walaupun bukanlah impian atau angan-angan, tapi laluan takdir kita tak tahu, kan?
tarikh semalam memang bikit kalut la.. tgk berita, kesian mokcik2 yg naik bas dari pantai timur kene turun kt tempat yg tdk sepatutnya sebb driver bas taknak amik risiko masuk pusat bandar.
ReplyDeleteKagum dg AA yg rajin berusaha...jual segala asal halal.
ReplyDeleteTart tu sedap tak? ;)
KAKNGAH:
ReplyDeleteSaya pun tengok kat tv, makcik tu sampai duduk atas aspal sebab letih kena turun tengah jalan, bas expres tak leh masuk town. Kesian, kan?
KAK ATE:
Ada juga tu yang terjadi tanpa saya rancang dan sedar pun. Bermula dari makan sendiri, pakai sendiri, akhirnya tolong orang pastu jadi bisnes kecilan pula.
Tart tu, pada saya memang sedap lah!