Saturday, July 16, 2011

Gathering TANGLING: Dulu dan Sekarang, Mungkinkah Selamanya?

Salam JumAAt
15-07-2011
...demam selsema!




Akhirnya Gathering Tangling berlangsung lagi dengan jayanya buat ke sekian kalinya.

Terimakasih kepada semua teman-teman para sahabat dari Kampung MMS KLfm dan juga kawan-kawan kenalan dari AnakPerlis.com yang sudi hadir memeriahkan gathering kecilan (tetapi biasanya riyuh). Terimakasih tidak terhingga tentulah kepada Puan Penaja, KAK JAM TITO yang bermurah hati menaja, sempena ulangtahun kelahiran beliau yang jatuh pada esok hari 16hb Julai, juga sempena menyambut Ramadhan.

Tahun lalu, kami mengadakan gathering pada hari terakhir sebelum Ramadhan.

Siapa sangka, begitu banyak kenangan tercipta di laman belakang foodcourt Tangling ni. Tempat asal yang kami just jumpa makan-makan pada hari Jumaat kerana begitu dekat denga Masjid Negara, so para lelaki boleh terus solat Jumaat kemudian sambung pula mengeteh!

Sejak dari tahun 2004 lagi acara begini berlangsung dengan wajah-wajah bertukar ganti. Ada muka lama, ada muka baru... yang sehingga tadi siang ada yang kata kami sudah jadi geng veteran Tangling, AA jadi kakak antik! (yaaa... aku tahu aku memang katik!)

11-08-2004 (ramai dah terputus hubungan).
Yang berspek hitam tu antara PENAJA besar sejak dulu lagi.


Masa ni peringkat awal-awal dulu. Khemah biru Pak Din pun lum ada dulu. Semua duduk bawah pokok jer, sambil dihiburkan oleh bunyi muzik dan trumpet dari sekolah Indonesia kat sebelah pagar sinun.

03-03-2006. Ketiga-tiga ini adalah antara yang pernah menjadi PENAJA besar juga.
Ada yang sudah jadi blogger pun sekarang nih... > sengih



06-07-2007. Doa selamat, sempena ulangtahun dan anniversary Julai 2007.


Salah satu papan iklan usaha si Tukang Canang!


06-11-2009. Amboiii cincin PURPLE...!


31-12-2009


15-10-2010


18-03-2011


ada banyak lagi gambar, tapi AA pilih yang “berjenih” saja...


*
*
*

Dan berikut adalah gambar sekitar kejadian hari ini: 15-07-2011





Bertahun program ini berlangsung, tanpa protokol tanpa syarat, tak sedar sudah lebih 6 tahun kami menjadikan Tangling ini sebagai port kami berhimpun. Suatu ketika dulu, semasa masih banyak pokok besar di belakang pagar itu, banyak monyet-monyet liar yang berkeliaran di situ sampaikan ada juga kengkawan aku yang rajin bawa pisang bila datang. Nak jamu kawan ker nak jamu monyet?

Sehingga akhirnya AA sendiri bagaikan tanpa sedar sering dilantik menjadi Tukang Keloi bila ada majlis. Lantikan tanpa gaji, lantikan tanpa sedar, tapi seperti sebulat suara. Terimakasih, atas sokongan. Pun tentulah mereka tidak akan melupakan usaha dan jasa AA, kan? kan? > jeling manja skit sambil kelip-kelip mata...!


Tapi...


Ya, benar. AA tidak hadir hari ini, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Sedih... Hajat nak merasa Cucur Jagung pun tak kesampaian.

Sehingga Puan Penaja sampai, barulah ketidakhadiran berani diberitahu (takut dia kensel, jenoh aku...).

sebenarnya, kalu sapa ada baca blog aku di entri plan gathering, pasti nampak aku dah hint yang aku tak boleh join. Tapi rata-rata geng tu rasanya sorang dua saja yang baca blog aku, yang lain tu tak tahu pun aku ada blog...

Terimakasih SEMUA terutama penaja-penaja yang sentiasa bermurah hati sedekah belanja kengkawan makan dan sentiasa sudi memeriahkan gathering...


~...sepanjang petang hingga ke senja, hujan yang lebat membentuk irama syahdu di bumbung Teratak Nyatuh dan SERI BULAN bagai ingin melompat di laman tanpa kasut, malangnya HISYAM lebih dulu memberi amaran jika demam jangan dipaksa dia memanjat mencari kelapa muda...!~








14 comments:

  1. every year..yeah best..
    tangling..selalu pergi situ amik ubat..suka dgn docs kat situ..hehe

    ReplyDelete
  2. sungguh seronok bila perhubungan yang berkekalan

    ReplyDelete
  3. AA - Tak silap RR, gambar nombor 2 tu, yang ada 3 tokey balak tu, sorang dah duk Sarawak, sorang lagi dok ulang alik Sabah Sarawak. Dalam gambar no 1 pun ada gak muka diatu...koh koh koh

    ReplyDelete
  4. YAN:
    Betul. Seronok sangat. Bila lama tak buat, pasti si Tukang Keloi akan ditanya “Bila nak Open Table lagi“?



    EI-CHAN:
    Every year. Setahun sampai 3,4 kali.
    Betul, ada klinik Tangling di depan port tu.

    ReplyDelete
  5. EELOBOR:
    Memang seronok. Sebab perhubungan yang berkekalan dipupuk juju dan ikhlas dan tiada prasangka.



    THE RED RAMBUTAN:
    Betul tu. Masing=masing tokey tersebut memang dah lama tak jumpa. Masing2 ada bisnes yg hebat di merata Sabah Sarawak.

    ReplyDelete
  6. ya la tu kak azie...kita ni jenuh dok tunggu dia. last2 pengelola yang tak dak...tapi apapun terima kasih daun keladi coz memasukkan nama aina dalam senarai jemputan...:)

    ReplyDelete
  7. wah.best2 jumpa rakan2 lama..mesti asyik dok igt cerita zmn muda2..heehe

    ReplyDelete
  8. gi gathering tu wajib pakai cincin ke kak?

    ReplyDelete
  9. tengok cincin2 tu.... pasti tuan2 nya hebat2 belaka.

    ReplyDelete
  10. sementara nak tunggu solat maghrib..
    ayu ronda dulu.

    kak...
    mmg kak tak pi ker?/ ingat si cincin puple tu kak...

    sungguh.. depa punya cincin.. FUH!!!!!!!!...

    mmg best kan, ada kawan2 yang spotting lepak dalam beberapa jam, lagilah buat acara ala2 majlis berulang..
    tahniah kepada semua..

    ReplyDelete
  11. JUNAINA:
    Apa nak buat. Tak peraya laa..
    Terimakasih sudi hadir memeriahkan majlis dan siap bawa bodigad sekalik!



    MEK SARAH:
    Macam-macam citer punya dok ada. Selain citer zaman muda, citer zaman tua pun ada.



    GADISBUNGA:
    Idak ler wajib, tapi masing-masing ada, tu yang ndak juga menunjuk tuh. hahahahaha saja mengada

    ReplyDelete
  12. A KL CITIZEN:
    Yang lain tu memang hebat la, saya jer yang pakey cincin pasar malam.




    AYU:
    Ya.
    Memang Kak Azie tak pegi.

    ReplyDelete
  13. Mengtangling paling tak best sebab dok tunggu tukang keloi tik kelih bayang.....

    Org pi sebab nak jumpa dia.....adoi laaaaaaaaaaa..........MERAJUK tik habih lg nih.....!!!!!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails