Tuesday, July 12, 2011

Jangan Main-Main dengan Nama...!

Salam
12-07-2011
Thalatha


Ini cerita mungkin benar mungkin rekaan. Yang pasti bukan original AA punya.

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat.”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.



Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN

Cikgu Ajoi :@$%&#^%

*
*
*
*
*
*
*
*

Budak ini namanya panjang gak, NUR AISYAH, tapi panggeynya cuma CHAK!



~...bila keluarga Pak Imam bersedia menerima kunjungan yang dianggap merisik, SERI BULAN yang gelisah bagai dilambung angin mersik, sehingga terpaksa HISYAM memujuk di bawah rumah secara berbisik hasrat yang dirancang tidak akan sampai ke bilik...~










35 comments:

  1. nak tebarai gigi saya membacanya... aduilahai...

    ReplyDelete
  2. adoi kak..betul ke ada yg nama gini..huhu

    seeloknya..nama tu biar pendek dan rikas..senang panggil

    ReplyDelete
  3. comelnya pesanan.. siap ada garisan kt tepi lagi tu... teringat masa skolah rendah... :)

    ReplyDelete
  4. kak..kelakarnya.boleh tak kita nak copy entry akak ni,nak masukkan dalam blog

    ReplyDelete
  5. hehe..cm tu pun leh di jadikan nama..

    ReplyDelete
  6. Kertas warna warni yang LIPIS? Cemana ke rupa kertas tu CHAK? :)

    ReplyDelete
  7. kak..
    ayu ada member yang namanya agak panjang era tahun 92.. ada 3 nama.. masa tu kan.. ayu mmg terbelit lidah nak sebut..

    bila, tahun 2k.. baru tahu.. ramai emak2 yang boh nama anak mereka panjang2..

    tapi.. tak pernah jumpa y lebih pjg mcm kak syer nie..

    agak ayu,, nie ketegori lawak berisi.. hehehehe

    PS: pandai chak request,.hehehe

    ReplyDelete
  8. kak AA,

    tak pasai-pasai.. dok meleleh ayaq mata tengah hari buta...

    hadui.. senak perut dok gelak..

    ReplyDelete
  9. Panjangnya nama,Kalau dalam dewan peperiksaan nanti orang lain dah tulis setengah jawapan dia baru habis tulis nama.

    ReplyDelete
  10. hehe kalu btol2 wujud name ni mau terbelit2 lidah tok kadi nk nyebot nye kak..hahaha!

    ReplyDelete
  11. nama saya pendek je .. kalau dalam tulisan jawa, cuma seketul sahaja.

    ReplyDelete
  12. Uishhh!panjang nye nama..susah nak mengejanya nanti..Tak muat letak kat nametag..huhuhu..

    ReplyDelete
  13. mau letak jawatan cikgu tu pencennnnn...

    kak azie...

    nur aisyah panggil chak cam ner agaknya orh yg letak nama lagi panjang2 tuhhh...last2 tinggal b jerk...

    ReplyDelete
  14. kesian kat budak tu memikul nama yang berkilo2 beratnya.. heheh..

    ReplyDelete
  15. AA..benarkah itu??
    tak muat ruangan kalau nak isi borang..

    ReplyDelete
  16. hahahahha...betul ke ni????
    Bila baca ntry ni...gelak sakan....

    ReplyDelete
  17. nama acu pun sama..sepanjang2 nama yg mak & arwah ayah bagi kesudahan nya kawan-kawan panggil acu "P" je..
    hehehehee

    ReplyDelete
  18. cikuu chak!
    hehehe kiut sgt name manjenye.. :)
    x berani bg anak3 name yg panjang2 & xde maknenye.. kesian..

    ReplyDelete
  19. azie, pernah dengan nama cikgu Suasa? Suasana Mesra Sobri Sobriah bte Baharom... cantik kan nama ni...

    ReplyDelete
  20. ANIES:
    Sengal tak sengal, cikgu Ajoi terpaksa tahan sabar!



    NM02:
    Jangan... jangan sampai terbarai dulu.



    MEK SARAH:
    Betul tu. Tapi ada juga trend yang nama sampai 3.

    ReplyDelete
  21. CIK FIZA:
    Itu memang gaya budak sekolah rendah. Baru Tahun 3.



    JIEDA:
    Copy lah. Takda masalah. Kak Azie pun copy dari email.



    KAKCIK:
    Dia kalut sangat tu yang tulis nipis pun jadi ‘lipis’ hahahaha. Macam olang cina cakap plak.

    ReplyDelete
  22. NAZZ PURPLE:
    Kalu lah betul wujud, memang betul-betul pelik, kan? :)




    AYU:
    Zaman sekarang, orang yang 3 nama memang sudah perkara biasa terutama anak perempuan. Setidak-tidak mesti ada ‘nur’ kat depan. kan?



    EJA:
    Kak Azie baca kali pertama pun gelak berdekah dekah juga. hahahaha

    ReplyDelete
  23. KAK ZAITUN:
    Hahahahaha... orang dah ke mana-mana, dia baru nak abih tulih nama sendiri. Itu pun jenuh nak eja.



    GREEN JADE:
    Salam kenal. Sila masuk, terimakasih.
    Betul tu. Jenuh la Tok Kadi. Orang lain takda apa-apa, Tok Kadi yang berpeluh gagap! hahahaha



    Al-LAVENDARI:
    Hamzah!

    ReplyDelete
  24. KINA:
    Amboiiii... pasni sambung lena balik.



    ZUREEN:
    Kat nametaq letak akronim jer laaa. hehehe



    JUN AINA:
    Pengsan cikgu tu.
    Nama CHAK tu dia sendiri yang sebut, sebab dia pelat nak sebut “SYAH”

    ReplyDelete
  25. ANAA:
    Silap-silap tak besar-besar. Dok kurus lagu tu la jugak. Kesian, kan?



    ACIK ERNA:
    Kena pakai borang 3,4 lapis ler kot. hehehe



    MULUTPAYAU:
    Ye. Saya pun bergelak juga masa mula-mula baca.

    ReplyDelete
  26. ACU:
    Tapi nama ACU pun sedap. Lembut dan menarik.



    AZEEDA:
    Nama yang baik biarlah ringkas dan baik maknanya. Kalu panjang makna baik pun ok, tapi nanti menyusahkan dia pula.



    KAK ROSE:
    hik hik hik hik.. tergelak juga saya.
    Mesra sungguh!

    ReplyDelete
  27. mmg lawak betol! haha..anyway, mak dah beli ke belom barang chak tu? hehe

    ReplyDelete
  28. hahahaha...tapi ni nak cerita yg betul punya ni. Anank saya pun nama panjang berjela. jgn tak caya, dia ada dua IC sbb satu IC tak cukup untuk isi semua abjad..
    naper lah saya bagi dia nama panjang sgt dulu?????

    ReplyDelete
  29. NORASHIKIN:
    Itu nota ntah bulan bila ntah. Dah lama sangat. Dah lupa pun. hahahaha



    KAK HANI:
    Ya ker Kak? Saya tak pernah dengar ada orang sampai ada 2 IC bersambung. Ohhh ada eh macam tu?

    ReplyDelete
  30. azie..lawaknya tapi lawak lg list yg chak bg tu..pandai dia buat oder..u dh jumpa ke kertas warna lipis tu? nk gak tahu beli kat mana? (senyum...)

    ReplyDelete
  31. hehe...pandai nya chak buat notes kat mak dia yer....

    ReplyDelete
  32. SANIAH:
    Nampaknya saya kena cari kat Kuala Lipis kot. Nanti saya tanyakan pada LIPIS LADY. hehehehe




    SITI MURNI:
    Memang sudah diajar begitu. Kalu main cakap jer, OMAK dia mudah lupo. Maklum dah tuo!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails