Wednesday, July 6, 2011

Kenangan: Lesung Kaki...

Salam
Rabu
06-07-2011


Masa di kampung dulu, kalu nak buat kuih hampir semua buat sendiri. Kait, kopek dan parut sendiri buah kelapa.

Rasanya dalam keluarga, yang perempuan aku sorang saja yang pandai kopek kelapa guna “copek” yang dipacak di tanah tuh. Dan pernah buat kerja tu ke tahap berpuluh-puluh kelapa untuk tempahan peniaga nasi lemak yang menjual di jeti untuk orang ke laut pagi-pagi) Dapat duit poket.

Nak tepung beras, or gula halus kena tumbuk sendiri. Jemur sampai kering, lesung pun kena kering betul, kemudian bergilir menumbuk dan mengayak sampai sepetang!

My Arwah AYAH, buat sendiri lesung, gantikan yang kayu dah reput dan berlubang dengan lesung simen. Alu tetap lah kayu (kalu alu pun simen, mak aiii... melayut tangan!)

Kami tak pernah ada ini:

Lesung kaki. (pic ihsan sahabat FB)

Tapi jiran aku ada. Aku pernah try. Nak menolong konon, tapi yang lebihnya main. Maklum benda ni nampak macam mainan, kan?

Bunyinya sungguh mendayu, menyayukan hati dan kemudian iramanya seperti menghiburkan.

Sekarang kat mana lagi ada orang guna? Aku pernah jumpa, di ruang pameran bawah Rumah Mahsuri di Padang Matsirat saja. Sekadar pameran.


~...membayangkan SERI BULAN berkerudung kain batik sarung, mengambil gilir menumbuk emping padi muda yang lemak enak di musim padi mula memberat di hujung tangkai, sedang HISYAM merenung jauh dalam kegelapan di tepi sungai, sama seperti JALAL dan WAHAB yang meninjau dari jauh, sorang atas pokok, sorang bawah pokok...!~









18 comments:

  1. SALAM,
    PERNAH TENGOK BENDA NI TAPI TAK PERNAH MENCUBA MENGGUNAKANNYA !

    ReplyDelete
  2. Ate org bandar Johor Bahru. Tak pernah tgk benda2 mcm tu secara real (masa pergi Rumah Mahsuri di Pdg Matsirat tak perasan plak). Pokok kelapa pun rasanya dah sekolah baru pernah tengok..Kesian kan org Bandar.

    ReplyDelete
  3. Sungguh kakak tak sangka AA boleh melakukan kerja-kerja itu semua.

    Kakak suka kalau ada khazanah lama di tunjuk di mana-mana blog. Kadang terasa kita maju ke depan tapi artifak lama tidak diketahui.

    ReplyDelete
  4. kalau buat sambal belacan dapat berapa mangkuk tu?he~~

    ReplyDelete
  5. Aah, rupa macam mainan kan, jongkang jungkit kat padang permainan.. he he he
    Pernah jumpa kat kampung arwah mak di Kedah..memang berat benda tuh bila hayun guna kaki..pernah cuba masak kecik2 dulu..

    ReplyDelete
  6. Azie...
    akak pernah tgk dan pernah kena guna.. seronok dpt lihat semula kat entry azie..

    ReplyDelete
  7. tak pernah tgk pun...guna apatah lagi.

    ReplyDelete
  8. saya minat benda2 ni untuk dijadikan hiasan....kalau ada lawn besar untuk taruk lesung ni...alangkah bestnyer~

    ReplyDelete
  9. Kak kat kampung saya pon ada lesung kaki ni. JIran punyalah. Dolu2 mak2 kami bergotong royong menumbuk tepung, tumbuk kacang time bulan pose. Nak buat biskut untuk raya.

    ReplyDelete
  10. ingat dulu2... bukan nolong sebenarnya main..

    bunyinya ketung.. ketangkkag.. tung ...
    ishhh best ramai2... hindik ... buat tepung beras....

    ReplyDelete
  11. Dah jadi barang2 antik/collector item dah benda2 macam tu...

    Bersyukurnya zaman sekarang ni nak kelapa/santan, dah ada dalam kotak! :)

    ReplyDelete
  12. kat kampung acu dulu orang guna benda nie untuk tumbuk beras jadi kan emping...

    ReplyDelete
  13. Kak Zai biasa tengok masa kat kampung tapi jiran yang punya.

    ReplyDelete
  14. Kalau budak-budak sekarang nampak benda tu, agaknya apa yang difikir? Robot ke?

    ReplyDelete
  15. masih ingat masa kecik2 bila berkumpul atau ada majlis di rumah nenek, masih ingat lesung kaki, perah santan dan macam2 lagi peralatan pada masa tuh. sekarang memang dah takde pun dan memang takkan jumpa lagi

    ReplyDelete
  16. owh klasik tau lesung ni! Sekarang dah jadi bahan pameran kat muzium..budak-budak muda pun dah tak kenal..

    tapi saya ingat..sebab waktu kecik....tok selalu guna lesung ni especially time nak buat putu beras, putu kacang etc..arwah tok wan buatkan lesung kaki tu untuk tok...

    alahai kak azie...mana la nak cari lesung macam ni lagi skarang ni kan...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails