Sabtuday (lagi)
23-07-2011
Balik kerja tengahari tadi, singgah Puduraya carik tiket untuk IKA balik ke skulah dia semula selepas cuti seminggu.
Aku sepatutnya sambung kerja di luar KL seperti minggu-minggu lalu, tapi memandangkan segalanya terkawal, minggu ini aku “skip”. Sebenarnya aku juga nak gunakan alasan “jelez”kan kawan aku yang sorang tu — kawan ABC yang pernah AA sebut dulu (3 orang termasuk MyTOKLAKI) — sudah 3 minggu berturut asyik tak sempat jer nak join aku buat kerja tuh. Bukan aku soh dia mop lantai or sapu sampah or buat Teh pun. Aku cuma nakkan moral support saja.
Hari ini si A ada urusan keluarga di luar KL, MyTOKLAKI pun ada kerja di luar KL, kemudian berurusan pula dengan si A, lalu si AA tetiba teringat nak jumpa si C. Kebetulan si C berada di KL minggu ini. Cantekkk!
Lalu bersembanglah kami, selama 3 jam. Bagus juga sebab aku memang nak mintak nasihat — selama ni kan aku susah nak makan nasihat? — atas beberapa perkara. Kerana dia ni terlibat banyak dalam kerja-kerja motivasi, sesuai benorlah sesi meluah perasaan petang tadi.
Antara isu tentulah pasal blog (yang dengan tak malunya aku mengaku) dianggap sebagai “jiwa” ku, diariku, kenanganku, dan segala minat dan kreativiti tertumpah > ayat riak aku.
AA: “Saya berhasrat nak buat Pilihan ke-3, tutup ruangan komen.”
Aku akan terus dilihat lemah tidak berani berhadapan dengan kritikan.
Dia: “Siapa lagi yang juga macam saya, selama ini selalu kritik pedas sampai awak jadi kental? Sejak bila awak sudah tidak kebal kental lagi?”
Sengih.
Dia tidak pernah tahu siapa yang menjadi punca, dan aku memang tidak akan sebut pun.
Soklan drastik aku: “Patutkah saya tutup blog saya?”
Dia: “Tidak. Kerana sayalah orang pertama yang sarankan awak buat blog umum dari blog private dulu.”
AA: “Terimakasih.”
Kami berpisah di tengah bandar KL, dan kemudian baru sedar rupanya KL basah disimbah hujan petang.
Mengabaikan segala yang disebut middle-age crisis (hahahahaha...!), tetapi tidak akan melupakan andaian buruk dan tuduhan menyimpang yang pernah tercatat di ruang komen. Apalah sangat...
Terimakasih atas sokongan ini. Spek kita macam sama jer?
*lokasi jauh dari KL, kena naik kapalterbang.
*lokasi jauh dari KL, kena naik kapalterbang.
~...bunga melur selit di rambut,
sepit cute selit di jambul,
hati gembira kasih bersambut,
wajah ceria pipi bergembol.
...bagai terpancut kencing (uishhh?) si HISYAM bila terserempak WAHAB yang merepek meraban di celah pokok buluh sedang mengintai SERI BULAN yang hendak belajar mendayung kolek sampai dapat lesen...~
sepit cute selit di jambul,
hati gembira kasih bersambut,
wajah ceria pipi bergembol.
...bagai terpancut kencing (uishhh?) si HISYAM bila terserempak WAHAB yang merepek meraban di celah pokok buluh sedang mengintai SERI BULAN yang hendak belajar mendayung kolek sampai dapat lesen...~
assalamualaikum,
ReplyDeleteTak perlu kot tutup ruang komen, hat setkan komen perlu Tuan Tanah luluskan dulu sebelum terbit. Ok jugak gitu -----> jangan lah tutup blog, kalau daku rindu macam mana? hu hu hu ayat nak bagi semangat ni
muahahahaha.... kenapa entah rasa mcm nk gelak je.
ReplyDeletenak cakap suruh sabar pun macam klise sangat jadi - ini jalan yang kita pilih, mesti ada lurah gaung yang perlu diharungi. Kita tempuh selagi hayat dikandung badan
setuju dengan anyss, akak buatla comments will be post after owner approval
ReplyDeletekak........
ReplyDeletebila ada tempat luahan..
sudah tentu ianyanya melegakan..
kak bersyukur ada kawan, ada kerja yang kluar masuk pejabat dan selalu cuci2 mata...
cuba letakkan diri di tempat ayu?
ada ker yang sudi mendengar dan sudi berkawan..
syukur, berkenalan dengan sahabat maya, buatkan ayu jadi orang baru yang lagaknya mcm best.
walhal ayu tak best pun..
kak azie..ini pendpt saya..hehe
ReplyDeletekalu kak azie tutup ruangan komen..PASTI kak azie akan rindu dgn komen kitaorang..hehe
kalu kak azie tutup blog..lagilah kak azie akan tmbh rindu itu..
jadi kesimpulannya..biarlah blog kak azie spt skrg...ehheh :) PISS!!!!
ANYSS:
ReplyDeleteKita back to normal lah. Toksah tukar apa-apa. Yang berubah nanti hanya lah umur kita. kan? heehehe
KUJIE:
Hahahahahha... meh kita sesama gelak.
Selagi hayat dikandung badan. I like ayat tuh!
ERI-CHAN:
Belum sampai ke situ kot. Biar dulu.
AYU:
ReplyDeleteMenjadi seorang manusia biasa itu sudah cukup bersyukur. Menambah rencah kehidupan dgn pelbagai kegiatan, sekadar rencah yg manis masam pahit sahaja.
Diri seorang AYU, jarang ada pada orang lain. Lalu AYU itu sendiri juga istimewa. Jangan mudah patah semangat (nasihat utk diri sendiri juga). Tetap best.
MEK SARAH:
Pandai nyer dia memujuk. Cair dah Kak Azie nih.
pas tu saya nak komen camna?
ReplyDeletesaya nak singgah camna?
camna saya nak usir sepi ini kalau teman yg ada dah tak nak di kunjungi..
cian saya laaaa....
bestnye kalau dapat jadikan blog tu jiwa dan segalanya ttg kita.
ReplyDeletesaya hanya boleh reflekkan, tapi tak boleh luahkan...
jangan la tutup belog ini...
ReplyDeleteabih la jiran sekampung nak baca celoteh kak AA nanti....
kita mesti kuat.. pedulik kan apa yg dia nak kata...
err.. dia tu bukan eja kan?
ckLah tak berani nak komen apa...
ReplyDeleteNak gelak aje boleh dak?
Hehehehehehe...
'Tak berani sbb nafsu blog ckLah pun sdg kacau bilau...' Haha.
Pssst: Dia pun naik bas tadi balik Sg Petani....dah sunyi rumah ibu dia...
Jangan tutup!
ReplyDeletekalau tutup ruangan komen..sy dtg nak duk bersimpuh kat mana?huhuk
nnt kalu rindu selipar jepun kaler pepel, nk cari ktneee
ramai yang dah bagi nasihat.
ReplyDeleteeloklah ikut, kan, azie. nanti takde pulak lah tempat saya nak menengok cincin2 besar
ala AA ko biarkan je...buat cara kita ni...bila baca komen yg nyampasss..buat bodo..smpi bila org nk tulis...huhuhu
ReplyDeleteHANI:
ReplyDeleteAduhhh... kesian! kesian! kesian! > baca macam Upin Ipin kesiankan Atuk hilang ayam!
MAMAFARANZARA:
Reklesi pun bagus juga. Daripada tak boleh apa-apa, lagi payah.
EJA:
Hai orang kampung....!
CKLAH:
ReplyDeleteBlogging pun nafsu eh? Ayoooo... takut saya. hehehe
DIA balik awal sehari ya? IKA balik Ahad itu pun kalu boleh dia nak tiket yang petang-petang. Saya beli tengahari.
KALAMHATI:
Jangan la marah.
Nanti gantikan tikar mengkuang baru di serambi yer.. Dah lusuh benor.
CIKGU NORMAH:
ReplyDeleteCincin besar jugak yang dia nak tengok. hahahahaha
CT:
Buat bodoh boleh, buat tak tahu tu yang tak boleh. hehehehe
jgn tutup ruang komen. biar kena approval dulu
ReplyDeleteKedah hari ni dah sekolahh....tak adalah balik awal...hehe
ReplyDeleteMAMASYAZA:
ReplyDeleteSaya ni telus. Tak perlu approve lagi dah. Risiko sendiri. heheheh
CKLAH:
Ops! saya lupa la CKLAH.
sabar je kak. moderate je komen tuh.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekalau takut nak naik belakang gajah..belajar dulu naik belakang kambing.. nescaya jatuh pun tak sakit. jangan plak nnt kata belakang gajah tak ada bonggol macam unta.
ReplyDeleteResmi Jerat Sampah..
FADZIL:
ReplyDeleteSetakat ini, saya tak takut naik belakang sapa pun.
Kalu zirafah boleh sanggup bawak saya, saya akan naik jugak.