Friday, July 8, 2011

Mereka yang Kukenali (8): NIDA di Bumi Albany...

Salam
Khamis
07-07-2011


Tarikh cantik. Ulangtahun Perkahwinan beberapa orang kenalan termasuk dua orang dari AP.com. Tahniah, semoga jodoh berkekalan.

Besar sungguh rasa hati, dan gembira sungguh rasa jiwa, menerima ini semasa balik kerja semalam:

dari blogger NIDA yang berada di New Zealand.

Dipos oleh adik beliau dari Pahang (agaknya), yang melawat NIDA di New Zealand baru-baru ini.

Terimakasih. Atas ingatan dan cenderahati ini. I like!

AA sentiasa follow blog dia, dan ramai lagi blog blogger yang menetap/bermastautin di luar negara. Kisah mereka sungguh istimewa, pengalaman mereka sangat mahal. Dan tabik spring kepada mereka yang begitu gigih mengharungi kehidupan yang jauh dari keluarga tercinta.

Bila berada jauh dari tanah leluhur, dengan keperluan yang begitu moden tetapi terhad dalam beberapa keadaan tertentu, mereka tetap berusaha untuk menjadikan kehidupan mereka tidak jauh berbeza dari kehidupan semasa di Malaysia. Contohnya, mereka berusaha memasak seperti di kampung sendiri. Dan percaya tak, depa ni jadi handal masak kerana makanan di sana begitu berbeza. Cara terbaik, masa sendiri.



~...UDIN sangat bersungguh dengan perasaannya terhadap SERI BULAN, tetapi bila dia tiba-tiba hilang di hilir Sungai Menghijau Lumut dan bomoh pun tidak upaya menekur-jampi, HISYAM tahu jodohnya seolah dekat dengan sahabat platoniknya itu...~










7 comments:

  1. dan dia juga telah masuk pertandingan berbalas pantun abang dengan persembahan yang begitu hebat sekali.

    ReplyDelete
  2. Bang HAMZAH:
    Sepanjang yang saya tahu dan kenal dia melalui blog, NIDA merupakan bekas guru (Kimia kot) yang aktif dalam bahasa dan pantun. Seorang pemantun yang aktif di sekolah.

    Saya masih ingat dia selalu bawa anak murid dia masuk pertandingan berpantun peringkat sekolah, dan selalu menang!

    ReplyDelete
  3. Bang HAMZAH, saya tidak hairan kalu NIDA menang. Sebab dia selalu menang bergaya!

    ReplyDelete
  4. salam kak Azie..

    Alhamdulillah selamat sampai juga hadiah tersebut... harap sudi terima ye Kak Azie.. (adik pos dari Johor)

    Terharu sangat bila Kak Azie buat n3 istimewa utk Nida ni..huhu

    Nida memang minat berpantun.. cuma sekarang ni dah terlalu berkarat... kalau ada peluang dan ruang nak juga berguru dengan Pak Ngah Hamzah..:)

    ReplyDelete
  5. wahhhh cantiknya Fridge magnettt...

    berbunga hati azie ;)

    ReplyDelete
  6. NIDA:
    Tersangat sangatlah sudi. Dah terima pun. Siap tampal lagi.

    Berpantun ni, memang kena ada rentak seninya, kan?



    KAK ES:
    Berbunga sampai berpasu pasu dah nih. :)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails