Monday, July 18, 2011

Suka Duka Masam Cuka...

Salam
18-07-2011
Monday, yang betul-betul blues...!


Terimakasih, komen semangat di entri sebelum.

SORI BERLORI, tidak “peraya” nak berjalan or melompat merempit di rumah korang. Nanti bila senang dan kuat untuk kembali melompat.

Hari ini sepatutnya, ada orang datang ajak pegi makan dan bawa hadiah. Janji yang dibuat sejak minggu lepas. Beria-ia.

Tapi kita hanya merancang, dan aku tidak berharap lagi.

Sepagi ada meeting tentang kerja-kerja dan sesi meluah komen tentang prestasi kerja masing-masing. Samada individu atau teamwork. So far, alhamdulillah, AA berada di tangga kepujian, seperti yang diharapkan oleh kedua-dua pihak.



Walau apapun pangkat kita, siapapun kita, apapun warna kulit kita, berapa besar pun size kita (AA paling besarrrRRR — kawan aku kata “tembon udoh”), dan berapa lama pun kita telah berkhidmat, tetap akan ada room for improvement, kan?

Dan kami setiap orang staf Melayu mendapat ini:



Sepasang kain khas untuk Hari Raya (My Boss yang berdua itu bukan Melayu). Tapi haruslah dah tak sempat nak tempah pun.

AA ada 4,5 pasang lagi, terperok dalam almari tak berusik. Tak sempat nak hantar pun. Tahu-tahu dah nak posa.

Itu dulu cerita nya, ya anak-anak....

Goodnite everyone!



~...berkolek perahu mendayung ke hulu,
diharap ke hilir, tergolek di muara,
menoleh ke darat mengharap si anak Penghulu,
kenapa SERI BULAN yang terbayang di mata...~









12 comments:

  1. bestnya kak..kain Gulatis tu....gegels nak beli kain kat situ...pc pun cantik...aduh.....

    ReplyDelete
  2. ya betul kak:
    what is the biggest room in da wol?
    room pf improvment..saya percaya itu...

    wah kak..lawa kain tu...saya xbeli kain utk raya lagi kak..yg ade baju rasmi utk skol..jadilah utk baju raya..org kat kg xtau tu baju skoloh..aci tak kak?..hehe

    ReplyDelete
  3. kalau ayu pandai menjahit... sah2 ayu dah suruh kak post kat sini.. boleh ayu jadikan baju...

    kak.....
    samalah situasi kita..ayu pun sibuk dgn urusan sendiri..

    nie pun sempat terjah sini walau pelanggan tengah ramai.. nak merempit kat rumah kawan y lain.. mana yang post entry awal.. dapat ayu singgah,.

    yang update dr awal pagi??
    tak kesempayan

    ReplyDelete
  4. teringat masa kerja tempat lama dengan bos bukan muslim. seminggu sebelum raya, dia akan bagi semua staff bonus sebulan gaji pastu bagi kek di tempah khas untuk semua pekerja muslim dia. selalu gak dia buat majlis berbuka puasa untuk staff dan klien2 dia yang melayu

    ReplyDelete
  5. cantik kain yg akak dpt tu, warna faveret saya gak, purple.

    tembon ok le lagi. en. abah panggil saya gendut...cehhh...cam hampeh aje

    ReplyDelete
  6. nak kena cari yang sama dengan kak ni.hehe

    ReplyDelete
  7. Bagusnya dapat hadiah kain.. tak pe tempah dulu untuk pakai lepas raya..

    ReplyDelete
  8. baiknya bos kak azie...siap bagi hadiah kain lagi..alhamdulillah..:)boleh menambah helaian baju untuk raya nanti..hehe....

    macam saya pulak cuma menunggu majlis berbuka puasa anjuran sykt je lah di bulan ramadhan nanti...:)insyaallah..

    ReplyDelete
  9. kak, kalau kain tu byk sgt sampai tak muat lemari, pas2 le ke sini..lalalalala :D

    ReplyDelete
  10. Kak Zai shopping untuk baju raya awal jun lepas dah pun siap, dah ada kat dalam almari hehe...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails