Thursday, July 7, 2011

Alfatihah: blogger MAKCIK MERIAM meninggal...

Salam
07-07-2011
Entri kedua, di malam Jumaat.


Entri ini entri duka. Baru terbaca di blog FAIROS @ ACIK. Tentang kematian. Tentang pemergian teman blogger kami.

Aku kenal blogger ini di blog ACIK. Dia orang Kelantan, selalu masuk mengomen di blog ACIK dan tak ingat bila kami saling sapa menyapa. Dia akhirnya tersenarai di blog list AA, pun tak ingat bila. Dah lama. AA pun selalu masuk blog dia sepertimana dia pun sering mengomen di blog AA.

Lately, terlalu sibuk dan jarang ada masa BW, sementelah blog beliau tidak diupdate lama (lalu tidak berada di ranking atas...) tidak tahu apa yang berlaku.

Rupanya MAKCIK MERIAM sudah tiada. Beliau meninggal dunia pada 2 Julai lalu kerana kanser ovari yang dihidapi sekian lama. Tabah sungguh beliau sehingga aku sendiri tidak dapat mengesan beliau rupanya sedang sakit. (entri tentang pemergian beliau diupdate oleh anak beliau)

Alfatihah buat arwah, salam takziah buat seluruh ahli keluarga MAKCIK MERIAM. Semoga ditempat di kalangan orang-orang yang beriman.



AA pasti merindui MAKCIK...

Mati adalah pasti,
Hidup insyaAllah...










13 comments:

  1. al-fatihah buat arwah
    tak sempat ati nak mengenali
    arwah dan ini kali ke-3
    ada blogger yg meninggal dunia

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah buat arwah dan takziah buat ahli keluarganya.

    ReplyDelete
  3. al - fatihah dan salam takziah untuk keluarga beliau.

    Saya sudah beberapa kali mengalami kehilangan rakan² blogger.

    Suatu hari nanti, masa kita pula....

    ReplyDelete
  4. Takziah buat keluarga beliau dan Al-Fatihah buat arwah...

    ReplyDelete
  5. Kak Azie ... Susah betul nak menghadapi kematian, perkara yang paling saya tak suka. Eventhough anak kucing mati pun saya akan meratap berminggu-minggu. Sebab itulah salah satu sebab saya tak bela kucing walau suka dengan kucing.(Sori merapu di sini) Sebab saya susah nak hadapi kematian.

    Takziah untuk Mak Cik Meriam. Kita pasti akan merindui Mak Cik.

    Al- Fatihah

    ReplyDelete
  6. Salam AA

    Ya Allah mama sebenarnya baca N3 tu tapi tak perasaan ingat dia tulis utk mama dia...
    Al fatihah, kami rapat jugak kat blog.

    ReplyDelete
  7. salam takziah buat keluarga makcik tuh. semoga rohnya dlm lindungan allah.

    Latest Entri :
    Bomoh Penipu

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails