Saturday, October 1, 2011

Sedut Teh Ais sambil Melihat Godaan Suraya pada Ustaz Sauki!

Assalamualaikum
JumAAt
30-09-2011


Ntah kenapa, sejak dulu lagi, bila demam saja aku sangat suka, sangat ketagih pada Teh Ais. Padahal aku tak minat pun Teh Ais, malah hari sihat selalu pun memang tak minum Teh Ais nih.



Bila demam jer, itu yang minat. Bukan buat, tapi beli dari kedai. Sehari ni saja sudah 2 bungkus (2 kali) beli Teh Ais! Adehhh... batuk tak batuk tetap nak minum Teh Ais. Parah aku nih...

Scene lain (yang memang nak taip minggu lepas lagi):

Seorang lelaki muda berjalan di pinggir sebuah rumah kayu bertiang tinggi. Mendengar suara perempuan menangis mendudu meraung dari atas rumah. Sayu dan menghibakan. Hiba sungguh pada pendengaran lelaki itu. Adehhh..

Perempuan itu adalah kekasih dia, pernah berjanji di hati untuk sehidup semati. Perempuan itu juga memberikan respons yang baik, malah sangat yakin mereka tidak bertepuk sebelah tangan. Kerana sekampung, mereka sangat menjaga tata tertib pergaulan.

Tapi, apa yang terjadi adalah si ayahnya meminang si perempuan untuk dirinya. Sedangkan si ayah sudah ada 4 isteri sebelum ini. Menceraikan yang nomot 2 untuk mengambil yang baru sebagai nomot 4 pula. Lalu perempuan itu akhirnya menjadi ibu tirinya yang tidak mungkin akan menjadi isterinya pula! Kesian.

Dia tahu dan sedar sikap ayahnya. Tidak adil dan memang sengaja tidak berlaku adil demi nafsu tapi berpura depan masyarakat sebagai seorang ustaz dan guru agama yang adil dan bijak serta dihormati di taraf yang tinggi. Hakikatnya?

Tak habis dengan ayat Quran dan hadis demi membenarkan perlakuan. Seolah sinis dan mengugut pula.

Geram plak aku dengan Ustaz Sauki nih...! > Syabas kepada pelakun watak ini, Eman Manan. Aku memang minat dia sejak dari filem Puteri lagi!

Keegoannya sebagai seorang lelaki yang beristeri 4, poligami itu suatu yang membanggakan dia pula. Ikut sunah tapi malu dan tidak mahu mengaku tentang ketidakadilan pula.


Kini dia akan berhadapan dengan dugaan baru, Suraya.




Bak kata Umairah – dulu isteri paberet Ustaz kini jadi nomot 3 – “kita ni jahil, buta hati”

Seri tidak lagi berseri. Mujur bukan SERI BULAN. Ahaks!


~...pernah suatu ketika, HISYAM menyata hasrat meminang seseorang, lalu SERI BULAN berubah wajah terkawal, dada bergetar kerana bimbang tidak sempat menghalang sedang pokok sireh sudah lebat daunnnya menunggu masa dipetik...~








19 comments:

  1. Azie tau tak...bulan puasa lepas akak hari-hari jadikan teh ais sebagai juadah tetap untuk minuman berbuka puasa...buat air lain pun anak-anak nak teh ais jugak.....=(

    ReplyDelete
  2. saya pulak bila demam suka minum sirap..
    hahhaah..
    macam2 tekak ni kan??

    ReplyDelete
  3. KAK ARIZAKIAH:
    Kami di rumah, susu bukan menjadi pilihan. Saya jarang sangat beli susu utk stok rumah. Semua minum O saja.
    Tapi bila demam jer, tekak ni mengada sungguh!



    DIANA:
    Wooo sirap pun sedap tu. Time demam memang boleh mengada dan bermanja-manja, kan?

    ReplyDelete
  4. Azie
    Kita tengok drama tv2 ... Pilihan antara bujang atau duda untuk janda muda anak 3. U tengok tak?

    Ustaz Sauki memang sah mee-young n selfish!

    ReplyDelete
  5. SOM:
    Drama Tahajjud Cinta ni pun ada minggu yang miss! Tadi memang sambung landing depan tv sebab today MC.
    Tak sempat lak nak tune TV2.

    ReplyDelete
  6. kelasss entri org demam ni yer..
    kak azie dah kebah lum..
    :}

    ReplyDelete
  7. Masa tak sedap badan, kadang2 nak yg di luar kebiasaan. Nasib baik lagi teh ais tu, jangan benda yg jauh susah nak cari ka apa, jenoh! :D

    ReplyDelete
  8. Adik perempuan kakcik peminat setia drama itu, tapi tidak kakcik. ;-)

    ReplyDelete
  9. malam td g majlis portluck raya.. tak tgk.. huhuhu!!
    tapi.. ostad itteww memang CISSSS lah!

    ReplyDelete
  10. saya memang tak percaya ustaz...dia hidup macam kita juga

    ReplyDelete
  11. Tak sabar nak tunggu Jemaat depan. Nak tengok ... agak agak Ustaz Shauki tergoda tak dengan Suraya. Lakonan Eman Manan memang best. Ni ler rasa nyer first time dia bawak watak Antagonis

    Kak Azie, take care yer ;)

    ReplyDelete
  12. FATIN:
    Kelas mana lak ni. hehehe
    Demam dah kurang, batuk jer yg tak baik.



    DINAS ALDI:
    Betoi Cikgu. Buatnya ngidam benda yang bukan,2 jenoh nak pi cari malam-malam.

    ReplyDelete
  13. KAKCIK:
    Saya pun ada gak miss. Suka part yang ada Ustaz by Eman Manan tu jer.




    KAKNGAH:
    Ramai geram dgn Ustaz tu kan? Mentang2 dia banyak duit, tabur budi pastu nak buat bini plak.



    PANGLIMA MUDA:
    Tak semua Ustaz begitu. Ustaz Sauki ni jenis yang pentingkan diri, pastu berpura-pura baik depan orang kampung.

    ReplyDelete
  14. ADINDA AMY:
    Sihat, cuma batuk batuk.



    ACIK MLMW:
    Lama tak update blog?
    Yeah.. Kak Azie pun minat lakunan Eman Manan.

    ReplyDelete
  15. salam..

    hehe..pelik juga tuu..kalau saya demam mmng tak mau minum ais ni kak.

    :)

    ReplyDelete
  16. SEKAMAR RINDU:
    Bukan tak mahu, sebenarnya memang tak boleh minum ais kalu demam or batuk. Kak Azie jer yang mengada-ngada.

    ReplyDelete
  17. Geram and benci tengok watak Eman Manan kat drama tu...ada je hadis dia untuk cover diri sendiri..

    ReplyDelete
  18. ZEZEBEL:
    Betul. Itulah contoh orang yang gunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Mencik kan?

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails