Thursday, February 14, 2013

Saya memang seorang pendengar yang baik...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam Jemaat
14-02-2013


Sori Berlori kerana sudah beberapa hari saya tidak BW.

Saya masih berada di luar kawasan jajahan saya, jadi banyak urusan terhenti sementara. Berada bukan rumah sendiri walaupun seronok tetapi tetaplah berbeza, kan?

Hari ini Valentine Day? Tak perlulah nak meraikan budaya barat. Bagi saya samada 14hb atau bukan, rasa kasih sayang itu tidak berbeza. Sama. Tak kurang pun bila tidak meraikannya.

Saya masih di Jinjang, bersama MyBonda. Menjadi pendengar yang setia dan cuba untuk menjadi pendengar yang baik. Walaupun beberapa ceritanya adalah cerita sama yang boleh saya dikategorikan sebagai ulangan atau umpama rewind cassette. Hehehe...

Sementelah dia tidak boleh berjalan langsung sejak keluar dari DEMC akibat sakit kulit bulan lepas, dia hanya boleh bergerak dengan kerusi roda sahaja, lalu membataskan pergerakannya. Jika dulu dia masih mampu untuk berdiri untuk memasak sedikit sebanyak, sekarang langsung tak boleh berdiri lama.



Atas permintaan, dia teringin nak makan Bubur Kacang. Ok, done!





 ~..saat berpeluang menghabiskan masa beberapa jam bersama Mak Utih di tebing Sungai Menghijau Lumut mendengar sebahagian sejarah hidupnya yang tidak pernah mencintai Pak Utih di awal hidup bersama membuatkan SERI BULAN menyedari rasa cinta itu bukan boleh diramal atau diteka lalu dia yakin pula HISYAM itu sendiri unpredictable....~




50 comments:

  1. Makchaq pun bila jumpa mak suka ja dengaq depa bercerita..depa tak dak kawan cakap.. memang tak berenti bercerita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..walaupun citer tu kita dah pernah dengar dulu, kan? hehehe

      Delete
  2. mak acu pun sama kak
    bila balik umah layan kan je lah mak bercerita
    anggap saja sebagai hiburan utk halwa telinga walau pun dah berulang kali cerita yang sama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... sebab tu kita pun perasan citer tu dah pernah dah kita dengar.

      Delete
  3. Saya tak heran pun valentine kak.......sedap bubur kacang ngan roti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... bubur kacang dengan biskut pun sedap. Dengan pulut pun enak.

      Delete
  4. amik ilmu dari orang tua kita sementara dia masih ada lagi...segala ilmu & pengetahuan yang diceritakan takkan ada rewind lagi setelah jasadnya tiada....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Orang tua memang akan cerita beberapa petua mereka tanpa perlu kita minta pun.

      Delete
  5. Selagi ada kemampuan buatlah yg termampu buat bonda Azie tu. Terima kasih dlm hati bonda tak terucap tapi kakak tahu betapa bersyukurnya bonda dikurniakan anak macam Azie. Bubur kacang cecah roti - sedap!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa dia duduk di kampung, jarang saya ada peluang balik dan spend time lama. Kali ini ada cuti panjang, dapatlah saya luang masa sedikit. Bergilir la dengan adik-beradik yang lain.

      Delete
  6. baru perasan hari ni valentine day ya??? huhuhu..

    sedaplah bubur kacang.. macam tulah juga ibu saya, suka cete benda yang dah lama2 yg dah dengar berulang tapi tetap tak pernah jemu diulang dengar, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beberapa cerita itu saya boleh agak dah apa penghujung cerita tu. hehehe

      Delete
  7. Bila kita jadi pendengar yang baik, mereka akan gembira... itu yang penting. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kadang-kadang tu mata lekat kat tv jer. hehehe

      Delete
  8. Alhamdulillah..

    Kak azie bukan setakat pendengar yg baik malah anak dan kawan yang baik juga..

    ReplyDelete
  9. seronok ibu bila kita layan dia kann.. nak2 time dia sakit.. bertabah la kak azie.. insyaallah berkat hidup.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya hanya cuba yang terbaik sebaik mungkin. Selebihnya hanya DIA Yang Tahu.

      Delete
  10. Lama bercuti kak azie..hehehe...bahagia nya ibu ada anak mcm akak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bercuti sama dgn bebudak cuti sekolah sempena CNY ni.

      Delete
  11. entri ini membawa kenanganku kepada emak yang dah tiada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dia aman dan tenang di sana... Aaminnnnn

      Delete
  12. bubur kacang macam dengan biskut lemak/kering...sedapnya
    moga bonda cepat sembuh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Kata orang biskut mayat. Hehehe memang sedap.

      Delete
  13. Bubur kacang tu saya suka makan sejuk2..simpan dlm fridge, dah sejuk, baru makan...nyum nyummm

    ReplyDelete
  14. bubur kacang tu 'gu' dengan biskut kering tambah susu pekat manis...wallaaa!
    doa saya semoga mak bonda kak azie cepat sembuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh tambah susu pekat manis lagi? Mesti la sedap!

      Delete
  15. sedapnya lah haaiii bubur tuh. dulu arwah ibu saya selalu buat pasal dia suka sangat makan bubur tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya makanan memang akan mengingatkan kita kepada seseorang yang telah tiada... kan?

      Delete
  16. bubuh sagu banyak2..saya suka sagu tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie boh 2 sudu saja, sebab tak nak bubur terlalu pekat dan kental sangat.

      Delete
  17. sedapnye kalau buat ais cream malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Tapi kami takda kelongsong plastik eskrim Malaysia tu.

      Delete
  18. lamanya tak mkn bubur kacang cicah roti, lau dulu suka cicah biskut kering je.. nym22,, mkn ptg2.. nikmat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. dengan roti baik, dengan biskut pun baik. Kalu ada pulut pun enak.

      Delete
  19. knah suka bubur kacang letak durian..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Tapi mak saya tak suka letak durian. Dia suka makan durian mentah.

      Delete
  20. Alhamdulillah.... itulah rezeki Allah, dikurniakan kita sepasang telinga untuk menjadi pendengar yang baik. Amie pun... tiap kali telefon bonda, ceritanya berulang2, cerita yang sama... tapi kutetap setia mendengarnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Kita tetap setia mendengarnya. Sentiasa menjadikan panduan dan tauladan.

      Delete
  21. X pe...bonda punya psl 10 kali ulang cerita pun OK je...

    ReplyDelete
  22. cerita yg keluar dari mulut mak walaupun berulangkali tetap sedap utk didengar kan..

    bubur kacang cecah ngan biskt kering memang meletopp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang Kak Azie boh nasi sejuk dalam bubur kacang tu. Dah takda pulut.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails