Baru selesai menyiapkan minit mesyuarat. Memaksa diri kerana dah banyak hari mencari mood yang hilang. Tapi kerana tanggungjawab, mesti kena selesaikan juga.
Tadi siang sepetang ujan lebat. Bermula agak awal, kan? Aku berada di luar untuk beberapa urusan.
Dua orang remaja berjubah menegur, "Kakak, tahu tak jalan....?" (kakak??)
Aku sendiri rasa marah dan macam tak percaya. Kedua-duanya hampir sebaya dengan IKA. Selepas beberapa soal jawab, aku bertanya menjurus ingin bermesra, "Tak pergi sekolah ker?"
"Tak, kami dah kerja." Sekali lagi aku tak percaya. Sebegitu muda? Kalaupun mereka berusia dewasa, tidak mungkin sedewasa itu untuk sudah bekerja. Aku mungkin tidak begitu pandai meneka, tetapi sekurang-kurangnya aku cukup berpengalaman melihat kematangan seseorang dan meneka lingkungan umur kalaupun tidak tepat seratus peratus.

Ok lupakan saja, mungkin ada alasan tersendiri. Yang aku terfikir, memanggil aku "kakak" suatu yang begitu jauh dari jangkauan fikiranku. Nak perasan? Too late!
Akhirnya aku berfikir-fikir hingga ke suatu perkara yang lebih luas. Aku memang sudah dewasa, nak panggil tua pun boleh. Aku sudah terima itu. Nak sebut tak cantik pun aku tidak kisah langsung, sebab aku melawa untuk kepuasan diri sahaja. Umur seperti aku ini, untuk melaram sakan, bercantik berdandan sehingga berabis duit bukan lagi keutamaan malah tidak pernah. Seadanya, sementelah bukan golongan yang punya duit berlebih-lebih untuk jenama hebat.

Walaupun aku ada jenama pilihan, cukup sekadar serasi dan selesa dengan harga mampu. Kerjaya aku tidak memerlukan aku cantik 24jam, cukup dengan kemas dan bersih dan aku berlawa lebih kepada untuk memotivasikan diri, memberikan mood kepada jiwa, mengurangkan stress... jauh sekali untuk memperlihatkan kehebatan atau menongkah arus usia. (Jangan sebutlah tentang melawa utk suami, berdandan sambut suami di muka pintu... itu isu lain).
Yang pasti, aku memang tidak merasa terkudis pun bila orang memanggil "makcik", atau menyebut tentang tua, usia dah banyak, tidak cantik lagi (gelaran gemuk or gajah, apa ada hal?) kerana itu fakta. Suami jemu? Lumrah lelaki suka melihat perempuan cantik lagi bergaya seksi, itu fitrah mereka. Jangan dipersoal. So, kalu nak kahwin lagi, isu kecantikan biasanya bukan isu utama untuk dijadikan alasan. (Apa yang ko merepek ni Labuuuu...?)
Demam bola, aku lihat di mana-mana termasuk di kaunter A&W ini. Dulu masa sepelaung dari ofis, tak pernah aku masuk sini, skang teringin plak. Cisss! Baru jer buka, sebelah McD Bukit Bintang.
~...Sungguh indah malam berinai walaupun hujan lebat dan sungai melimpah. SERI BULAN digugat kegembiraan bila RAHMAT hilang dalam pekat malam dan tebal hutan...~