Thursday, April 22, 2010

Langkawi 3H2M_•02: “Antara hasrat yang tinggi dan hajat yang kesampaian...”

Sabtu: 17 April 2010.

Mengikut agenda program, hari ketibaan adalah hari yang bebas. Sudah ada beberapa orang ahli rombongan menyediakan program sendiri, malah sudah ada yang menyewa kereta sejak di jeti lagi bagi memudahkan acara lawatan sendiri. Tetapi lebih ramai yang mengambil keputusan untuk berehat sebelah pagi dan akan memulakan aktiviti selepas Zohor. Termasuk kami bertiga.

Makan tengahari yang belum tengahari di gerai berhampiran sungguh enak walaupun pilihan menu tidaklah sebanyak yang pernah kita lihat. Hotel bersebelahan dengan restoren tetapi belum dibuka dan kami ke gerai lain yang selang beberapa blok. Lauk utama Gulai Ikan (stail utara) sungguh wajar mendapat pujian. Well, mungkin kerana lapar sebab tidak bersarapan di jeti tadi. Apatah lagi makan selepas mandi yang sungguh-sungguh (selama ni tak bersungguh kerr??) sungguh menyelerakan. Menjamu tekak yang macam tak pernah jumpa nasi. Dalam kepala dah plan, “lepas makan, kita tidur sampai Zohor yerrr?”

Berpakat dengan sebahagian lagi ahli rombongan lain, kami menyewa van untuk ke tempat lawatan seterusnya. Di sini, teksi kelihatan sangat mewah. Kereta dari model yang mahal (berbanding di KL) kerana Avanza pun teksi, Toyota Corolla pun teksi. Susah nak lihat teksi dari model Iswara, or Wira. Kerana kereta-kereta di Langkawi jauh lebih murah berbanding di tanah besar. (Dikatakan Avanza hanya RM45 K sahaja di sini. Nak beli tak?)

Dengan 2 buah van dan pemandu yang sangat peramah dan baik hati, kami menuju ke kawasan Cable Car untuk naik ke Gunung Mat Cincang. Antara kawasan lawatan yang tidak harus dilepaskan, dan sentiasa menjadi tumpuan pelancung yang masuk ke Langkawi. Oleh kerana Puan JAMILAH tidak dapat mengikut kami, aku bertindak sebagai Ketua Rombongan sementara dengan tugas mengutip wang tambang van (RM12 sekepala dewasa) dan wang tiket Cable Car (RM15 dewasa dan RM5 kanak-kanak 3–12 tahun).


Kawasan Oriental Village sungguh cantik. Dari hotel ke sana kira-kira 45 minit. Walaupun sepanjang jalan cuaca berselang mendung dan terik, dan sekali sekala renyai, aku menggesa kedua-dua pemandu untuk terus juga ke sana. Sekiranya hujan bila tiba di sana (yang sudah pasti Cable Car tidak beroperasi), barulah dirancang acara lain. Tidak putus aku berdoa agar cuaca kembali cerah kerana begitu besar hasrat aku untuk naik kali ini bilamana dalam lawatan dulu tidak langsung berpeluang kerana hujan yang lebat.


Mendengar pula berita bahawa Cable Car telah ditutup selama 2 minggu untuk servis dan hari itu adalah hari pertama dibuka semula, lebih teruja agar kami berpeluang naik sebagai pelancung terawal. Alhamdulillah, cuaca kembali terik walaupun terasa sedikit dingin. Beratur membeli tiket dengan bantuan kedua-dua pemandu van lancar walaupun terpaksa menunggu agak lama dan beratur untuk sampai ke platform cable car mengambil masa kira-kira 20 minit. Hmmmm... ramai sungguh orang.

[*Dan dalam keboringan inilah, aku teringat untuk menelefon seorang blogger yang sudah lebih 3 bulan bermastautin di Langkawi. Bertugas di Langkawi Lagoon Resort. Dengan janji untuk berjumpa malam nanti. Hanya ini sahaja masa aku yang free. Sudah ada cerita yang beliau tulis dalam blognya. Terimakasih UNCLE.]



Semua itu tidak lagi berada dalam fikiran, bila tiba dalam Cable Car. Gondola yang langsung tidak berhenti (hanya bergerak perlahan untuk pelancung masuk, harus pantas jika tidak tertinggal group), boleh memuatkan 6 orang sahaja. Tetapi ada juga yang hanya masuk 4 orang dan kurang kerana tidak mahu bersama group lain. Tidak banyak beza dengan Sky Lift di Genting.


Dari atas, dapat melihat sekeliling yang penuh kehijauan, kebiruan air laut, Laut Andaman juga kapal-kapal yang kelihatan sungguh kecil dan comel.

Cable Car berhenti di perhentian pertama (pertengahan mungkin) dan kami keluar bersiar di kawasan itu seketika sebelum masuk semula ke Cable Car untuk naik ke atas kemuncak yang pasti lebih indah dan lebih menakjubkan.



Di hentian pertama.

Ya, memang sungguh indah, sungguh memukau mata dan menakjubkan. Dengan ketinggian 710m dari aras laut, cuaca mendung dan dingin nyaman, kabus yang tebal sedikit menyekat pandangan.



Untuk ke jambatan gantung yang panjang itu (lupa nak tanya berapa panjang), harus turun ke kawasan hutan yang menurun, disediakan tangga batu, menyusur denai yang lembab dan licin. Wajar disyorkan supaya berkasut tapak getah, atau tapak rendah supaya tidak lengoh walaupun jarak denai hanya kira-kira 10 minit sahaja. Untuk menurun terasa mudah, tetapi ketika balik dengan menaik kecuraman sebegitu, sungguh mencabar. Tetapi melihat sekian ramai pelancung yang sudah berusia, bergelar nenek begitu bersemangat, takkan lah aku yang belum nenek pun nak mengalah...


Dalam cable car.



Masa di atas ini, memang aku teringat citer yang pernah ditulis oleh sorang kawan blogger ACIK MLMW yang ke sini Disember tahun lalu. Tapi dia beruntung sebab dapat snap gambar lebih jelas, kerana ketika itu cuaca sangat terang. Tak per lah, dia dapat gambar cerah, aku dapat gambar samar... Hehehehe...






Buka kasut, sebab tapak kaki dah panas...






Kerana aku turun lebih awal dari yang lain-lain, sempat lah aku meronda sekeliling kawasan Oriental Village yang sangat indah dan cantik. Ada tasik yang luas, ada beberapa ekor itik berenang dan gerai-gerai jualan cenderamata di sekeliling tasik. Kawasan yang seperti membulat itu kelihatan sungguh berwarna warni dan luas. Penat juga jika nak jelajah semua. Tapi rasanya, dalam ramai-ramai kami itu, hanya aku seorang saja yang sempat meronda.

Mujur peniaga-peniaga (para remaja jer aku tengok) di situ sudi tolong snapkan pic ni, sebab aku bergerak sorang.

Ular sawa ini dipamer untuk orang ramai, dan untuk bergambar dikenakan RM5. Tapi aku snap sendiri jer. Rasanya tak perlulah aku bergambar dengan ular lagi. Dah banyak sangat.

Aku tidak pasti samada “kenderaan” itu disewakan untuk pelancung atau untuk kegunaan kakitangan di sini sahaja. Tapi seronok gak tengok gadis-gadis ini meluncur laju.

Mengikut jadual dan didorong rasa keseronokan sebahagian besar ahli rombongan, ingin singgah membeli belah sekejap di kawasan Padang Matsirat — Beras Terbakar. Tetapi kerana kelewatan (dek kelekaan di atas sinun), maka pemandu van tidak dapat menghantar. Kerana mungkin kawasan tersebut sudah ditutup, dan jadual van mengikut harga (RM12) sudah tamat. Untuk meneruskan ke lokasi lain, harus membayar tambang baru. Lalu ramai bersepakat untuk singgah di pasar malam Pekan Kuah langsung membeli makanan dan kemudian berjalan kaki sahaja balik ke hotel.

Kerana bagi memastikan semua ahli rombongan yang ikut, pulang dengan selamat aku menjadi orang yang terakhir dihantar balik. Menghantar pula beberapa orang lagi yang berhasrat untuk ke jeti kemudian berpatah balik menghantar aku. Terimakasih kepada En KAMAL, pemandu yang baik hati, malah dengan rela hati berhenti berhampiran Dataran Lang dan menawarkan aku untuk mengambil gambar.

Aku balik terus ke hotel tanpa singgah ke pasar malam pun bimbang kelewatan. Lagipun lawatan dulu aku sudah pernah melihat pasar malam Kuah. Walaupun ada juga hasrat untuk melihat pelbagai jenis kuih tempatan yang lain dari yang lain, tetapi masa tidak mengizinkan... Lain kali saja.

#...bersambung...#


7 comments:

  1. Salam Kak :) .... berkabus sungguh atas gunung Mat Cincang tu yer. Tapi tak per, dapat naik jugak. Itu dah cukup bagus. Saya teringat masa lalu denai tu, bersemangat bukan main waktu turun, masa nak naik balik tu rasa macam nak tanggal kaki semua, penat giler ... hahahaha, tapi macam kata akak, tercabar sungguh bila nengok mat salleh yang dah tua pun selamba jer.

    Masa saya naik tu, beratur tak sampai 20 minit, sebab tak ramai sangat orang. Mungkin semua teruja kot masa akak, sebab dia baru bukak semula kan. Lepas ni mesti ada cerita National Geographic kan kan kan ;) tak sabar ni nak baca versi akak lak.

    ReplyDelete
  2. Cable Car tu dekat je dengan hotel yg vic duduk aritu. Tapi punya la susah nak naik. 3 kali datang memanjang tutup disebabkan cuaca buruk.

    ReplyDelete
  3. langkawi sekarang terlalu jauh beza dengan langkawi dulu

    ReplyDelete
  4. Angah nya

    Panjang betul entry kali ni, kenapa tak buat Partial Entry. Part 1, part 2 dan seterusnya. Tadi baca sampai teguringan pang.

    Kaina mun kada da gawian sambung

    Ha ha ha

    HISYAM cuma memandang bulan itu, teringat kata kata Sri Bulan: "Kalau ada orang kata you bodoh, jahat, kurang ajar bawa bersabar, tapi harus ditampar jika mereka mengeluarkan kata kata fitnah seperti : Amboi, kacaknya Encik Hisyam, kerana memang benar ia adalah fitnah semata mata"

    Ha ha ha

    p/s-Magnet ada?

    ReplyDelete
  5. wow, bestnya! semangat nk pegi...last pi masa kecik..tak sekolah lg..yeey...cpt sambung ;)

    ReplyDelete
  6. ALID > memang nak kene kulaan aku nan sorang ini... sabarrrrr...! bz bergawian nih...!

    ReplyDelete
  7. Amin bin Khalif

    alamak ularrrrrrrrr > saya fobia


    AHAKSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS LARIIIIIIIIIIIIII

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails