Tuesday, May 4, 2010

Award + Taq = Sebuah Entri yang Agak Panjang...

Hari ini aku disenaraikan sebagai penerima award yang sangat cute dari rakan blogger ACIK My Life My World. Terimakasih.

ACIK ni sebenarnya kenalan siber sejak dari tahun 2003 (2004?) dulu lagi. Duk di Kuang, Sg Buluh. Jarang kami berjumpa walaupun kami dah kenal lama, sangat lama. Cuma kemesraan kami lebih banyak di ruang maya, di YM, di chatroom (dulu) dan kini di blog dan sekali sekala di FB. Masing-masing sibuk tetapi seperti juga kengkawan yang lain, kami sering bertukar cerita tentang keluarga, tentang perkembangan anak-anak. Dari anak kami masing-masing masih kecil, hingga perkembangan akademik kami saling sokong menyokong dan memberi semangat dan tahniah bila anak-anak mencapai kejayaan dalam pelajaran. Dengan suami dia pun aku baik gak. Ehhh bukankah aku baik dengan ramai suami orang...? Ops! baik dengan semua orang? (naper aku tak leh buat “strikethrough” tu ek?)

Untuk menerima award harus menjawab beberapa soalan ringkas.

Copy award


Done

The person who give the award
JAF FAIROS LIZA http://acik515.blogspot.com/

10 Question with 5 answer for each question

1. 5 Name that people call you
Macam pernah jawab soklan yang lebih kurang begini.
AZIE AZAH > kengkawan dalam siber
AZAH > keluarga mertua dan TOKLAKI
AZIZAH > keluarga sebelah aku.
MAK > anak-anak aaarrrr.. Berani depa nak panggey nama jer?
MokYang > Geng dari CalukCorner.

2. 5 Important date in your life
a) Birthday aku dan seluruh ahli keluarga
b) tarikh untuk peristiwa-peristiwa penting dari semasa ke semasa. 7hb Mei nanti pun penting gak, sbb ada program khas. Buat masa ni 14 Mei pun tarikh penting gak buat aku. Hari akhir keja. Then 29 Mei pun akan menjadi tarikh penting gak. (Story later bila tiba masa)
c) tarikh untuk bayar bil-bil semasa termasuk tarikh tukar gas. Kalu catat kat kalendar, aku leh agak bila gas nak abih. Hehehe nampak leceh, but penting buat aku.
—— itu jer kot —— tak sampai 5 pun.

3. 5 Thing you done yesterday
a) Masak Asam Pedas Patin (yang buatkan orang tu tak nyempat nasik sejuk teruih nak makan). Juga buat Ayam Goreng paberet CHAK.
b) Sambil-sambil layan drama AdaMaya. Memang tidak berganjak hasrat aku nak sepak si DANI tu kalu jumpa tang simpang mana-mana!
c) Buat air Mangga 1 jag sebab semalam panas. Depa request. Selalunya aku buat segelas jer.
d) Semak email dari jam 9.30–10.30 saja. Sebab intenet slow macam siput mamai... Arrrrggghhh!
e) Gosok baju kerja.

4. 5 Ways to be happy
a) Melepak kat umah dengan anak-anak or layan tv or layan novel pastu teruih tidor.
b) Masak yang best-best pastu makan dan makan.
c) Pi melancong ke tempat yang belum pernah pegi. Tapi kalu tempat tu best, pegi berulangkali pun takper.
d) Jumpa kengkawan yang jarang dapat jumpa, pastu borak macam tempat tu rumah kami jerrrr...
d) Layan blog.

5. 5 Favourite movies
a) Azura — Jamal Abdillah dan OGY Ahmad Daud
b) Kekasih Awal dan Akhir — Jamal Abdillah lagi, kali ni dengan Sofea Jane
c) Perfume — filem yang dishoot di Perancis. Sangat best, based dari novel. Aku pernah dah ulas citer ni.
d) Suara Kekasih — OGY dan Azmil Mustafa
e) Bobby — wayang pertama tengok, dengan keluarga masa kat kampung dulu.
*ada banyak lagi, tapi kena jawab 5 jerrrr.

6. 5 Favourite hobbies
a) Membaca
b) Menulis
c) Melancong
d) Tengok tv
e) Membaca balik. Hehehehe

7. 5 Favourite people
a) Anak-anak aku
b Kawan-kawan aku
c) Artis — tiada yang betul-betul aku minat. Arwah DIN tu aku minat lawak dia, bukan orangnya.
d) Penulis novel — ada ramai antaranya Al-TAHA.
e) Nak boh nama HISYAM bleh? Harharharhar!

8. 5 Favourite places for vacation
a) Kampung halaman aku lerrr...
b) Pulau Pinang, ya aku pun macam JAF FAIROS, sangat suka Penang. Tentang makanannya, tentang lautnya, tentang pantainya
c) Langkawi pun best
d) Kelantan — makan murah, negeri yang unik, budayanya sering mengagumkan aku.
e) Perlis — sangat kecik ini negeri, nak ke mana-mana pun, sat saja dah sampai.

9. 5 Reason you answer the survey
a) menghargai kengkawan blogger
b) suka berkongsi banyak perkara
c) boleh dijadikan satu entri kala takda idea nak update
d) sekurang-kurang pembaca tau serba skit tentang aku (tak ler rela sangat sebenarnya... harharhar > ayat tak bleh blah)
e) hmmm.....?

10. 5 Person to tag
Tiada buat masa ini.

Selingan.
Tart Nenas Tersohor sudah sampai.

Customer dari Perak punya aku dah PosLajukan tadi. Enjoyyy...!
Yang lain-lain kena tunggu di lokasi gathering kita yaaa...


~...menyimpan khabar dari tempat yang kini sudah separuh desa, HISYAM bukan sahaja menyimpan harapan MASITA, tapi juga menggenggam impian SALWA, lalu SERI BULAN setia menjadi penyimpan rahsia...~


11 comments:

  1. Tarikh first day of period pun penting tau !! :D Kot-kot nanti doktor tanya `when is your first day of your last period?' haaa!! (mana la tauuuuu....) hehehe

    ReplyDelete
  2. Hahahaha ... terima kasih akak sebab jawab Tag.

    Yang tak leh tahan Nama Hisham pun terselit sama. Lagi tak leh tahan, menyampah nyer akak kat 'Dani' tu yer.... hahahahaha

    ReplyDelete
  3. jom jom Azie.. kita sepak DANI tu.. gerammmm sanagt sampai tak boleh nak tengok. (Adik naik marah kat mak dia - 'mak ni, biarlah.. Adik nak tengok!')...

    ReplyDelete
  4. FA > harharhar! uishhh tarikh keramat tuhhh... mokala semua nak kena ingat, jenoh ler cheqqqqq....


    ACIK > sajerrr jer nak kasi HISYAM tu tak senang duduk...
    Memang.. memang.. kalu jumpa DANI, tau ler dia aku nak buat apa.. Kerat lapan belassss!

    ReplyDelete
  5. KAK CIK > Memang betul. Budak2 kat rumah ni pun selalu marah... “Mak, please la jangan emo...” harharhar!

    Bila scene DANI jer, mesti mulut nak ngomel. Tambah semalam tu, ada part yg depa kantoi depan Lisa tuh.. Fuhhh siap saya kata, “padan muka, kantoi!”... harharhar!

    ReplyDelete
  6. tart tu ada stok lagi ke? nak order ni...

    p/s: mak oooo mak... please laaaaa jangan emo sangat... kesian laa kat budak dani tu... jangan kerat 18 tp kerat 36 je... muahahahaaaaa..!!!!

    ReplyDelete
  7. ICE > Jom kita pakat kerat sorang skit... harharhar! nasib ler ko DANI...

    ReplyDelete
  8. azie,
    pembetulan...`when WAS your first day.......' hehehehe.....

    ReplyDelete
  9. FA > buat-buat pejam mata jerrr.. hehehehe

    ReplyDelete
  10. azie

    nyampah kat dani ya??
    nasib baik tak mengandung ya.. kalau tak bahaya gak


    nak ajak azie masuk contest...
    manalah tahu tak menang, kalah...
    tak kalah, menang.....

    ReplyDelete
  11. CIKGU NORMAH > Sungguh sadis gak episod hari ini. DANI dan MAYA kena tangkap khalwat...! Amikkkk.. kantoi!

    eh nak ajak masuk contest..? Blehhh tarak hal...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails