Friday, May 21, 2010

Lagi Berita Gembira...

Selain dari berjaya dalam temuduga siang tadi, ada lagi satu yang boleh aku kategorikan sebagai berita gembira lagi rasa bersyukur adalah surat dari Shah Alam ini.

Walaupun surat pertama (berupa jemputan dan aturcara) sudah diterima awal, surat kali ini agak spesel skit ler. Walaupun aku dah tahu keputusannya, cuma memang aku tak pernah buka mulut pada sesiapa -- sekadar menjadi bual sembang kami sekeluarga sahaja -- tapi bila dah terima surat ini secara rasmi, rasanya tak malu ler kot nak berkongsi di sini.

Hasil mendapat point 3.6 ke atas sepanjang 4 semester berturut-turut.

Walaupun sebelum ni bukan aku tak pernah citer serba sikit tentang 2,3 kejayaan bebudak ni, dan bukan sekali pula ada yang mencemik, mencebik memerli. Aku sedar itu. Urut dada saja lah.

Tapi ada 2,3 orang blogger (kawan lama) yang suka berkongsi kisah-kisah sebegini dalam blog kami masing-masing. Bagi kami yang memang masing-masing ada anak-anak yang masih belajar, masih berjuang dalam pelajaran dan masih mentah dalam kehidupan, banyak perkara yang kami rakamkan di blog untuk menjadi perkongsian sesama kami. Saling mendoakan, saling melihat sebagai suatu yang positif dan motivasi pula.

So, berita kali ini, terimalah juga seperti suatu motivasi pula kepada anak-anak korang (yang berkenaan itu) yerrrr. AA nak berlagak pun rasa macam dah boleh dah. Hikhikhik! (ayat nak balas untuk orang yang pernah kata anak aku tak hebat mana pun). Tapi tak laaa... perjalanan mereka masih jauh. Cuma mensyukuri apa yang diterima hari ini, kerana kami memang bukan orang berada, bukan mewah. Lalu pelajaran sahaja yang mampu mengubah banyak perkara di hari ini.

Semoga anak-anak kita terus maju, cemerlang dan dapat menjadi lebih baik, lebih hebat dari kita hari ini. Aminnnnnn....


~...SERI BULAN sangat berterimakasih kepada HISYAM, walau dibawa menetap di perkampungan separuh desa, jiwanya sentiasa bahagia...~



27 comments:

  1. syoknya...
    tahniah..
    cerdik sungguh anak2 sis......
    kongsi jerlah..jgn malu2...
    ayu suka tau

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...mabrouk...tahniah....
    Ini lah kegembiraan buat seorang ibu...
    Kenapa pula harus ada yang mencebik?

    Kalau melihat anak orang hancur...mengumpat pula!

    Haih...dunia...

    ckLah gembira melihat anak-anak orang lain berjaya....terutamanya murid-murid ckLah yang semuanya anak-anak orang lain...

    ReplyDelete
  3. tahniah pada kedua2 kerana berjaya

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. SITI RAHAYU > syok ek. Terimakasih. Kalu kita kata anak kita pandai, ada lagi orang yang lebih pandai dari dia..


    XIINAM > Terimakasihhhh. Saya sentiasa menerima setiap komen sebagai cabaran dan motivasi.

    ReplyDelete
  6. EELOBOR > Terimakasih. Syukurrrr... Sebenarnya itu untuk DIPLOMA jer dulu. Sekarang dia sedang sambung Degree.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Tahniah buat Azie, suami dan anak2... teruskan melangkah... :)

    ReplyDelete
  8. seronok nya jadi pandai.. alhamdulillah, syukur dengan kurniaan Illahi..

    ReplyDelete
  9. tahniah! tahniah! tahniah! untuk akak dan anak:) Apa salahnya kongsi, sebagai pembakar semangat kpd yg lain.. tabikla>_<

    ReplyDelete
  10. perghhh tahniah berganda mak cemerlang anak gemilang nih

    ReplyDelete
  11. wahh...tahniah buat anak2 akak :)

    ReplyDelete
  12. azie

    tahniah berganda
    saat yang sentiasa di nanti oleh ibu dan ayah

    ReplyDelete
  13. ni yang bertambah sayang kat AMOI... takpe laaa tak pandai masak pon... dakni terima dengan redha... muahahahaaaaa..!!!

    ReplyDelete
  14. AA, tahniah untuk dak Amoi and of coz untuk ibunya juga. Kita tumpang gembira semangkok sia, hehe.

    ReplyDelete
  15. Tahniah!

    Blog peribadi tentunya kisah2 peribadi, lagi pun blog macam ni adalah salah satu cara kita berkomunikasi berkongsi kisah dengan kawan-kawan.

    Seronok tengok kawan2 bahagia...nak tumpang sikit bahagia tu

    ReplyDelete
  16. Woww hebatnya... Tahniah untuk Kak Azie dan anak-anak.

    Sejuk perut Kak Azie mengandungkan mereka.

    ReplyDelete
  17. TAHNIAH....nak juga tau apa rahsia anak zie jadi pandai dan hebat.

    ReplyDelete
  18. salam...
    nak tip cam mana ajor anak boleh capai kejayaan cam tu

    ReplyDelete
  19. salam azie....
    tahniah buat AMOI yg telah berjaya anugerah dekan...
    tahniah juga buat azie yang telah berpenat lelah mencari rezeki demi menentukan kejayaan anak-anak....
    kena buat sujud syukur nampaknya...

    ReplyDelete
  20. TAHNIAH ALONG dan KAK AA, tumpang gumbira ... harap anak anak saya pun begini. Insya ALLAH :)

    ReplyDelete
  21. Salam,
    yang lebih cerah unt
    Tahniah untuk Along dan Mak dan Abah Along. Moga-moga ini beri peluang yang lebih cerah untuk Along mencapai cita-cita. Dah boleh sambung master tu ;)

    ReplyDelete
  22. ACIK MLMW > Terimakasihhh.. aminnn


    ANYSS > Tu baru Diploma jer. Baru habis Degree 1 sem jerrr.. Jauh lagi nak buat Master...

    ReplyDelete
  23. tahniah buat ALONG..IX pun macam AA, ibu mana tak rasa bangga melihat kejayaan anak2 kan.kalau kita tak bercerita siapa pulak nak bercerita.hehe.tahniah jua buat EMAK ALONG

    ReplyDelete
  24. wah..bagus nye...
    tahniah utk anak kak azie

    ReplyDelete
  25. Salam,
    Harapan tetap ada. Biasanya kalau cemerlang dari awal, boleh teruskan hingga peringkat tertinggi...sama2 kita doakan.

    Opsssss lupa lak nak ucap tahniah untuk mak Along yang dapat keja baru ya. Selamat berkerja dengan semangat baru ;)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails