Sunday, May 2, 2010

Gembirakan Hati Sendiri untuk Gembirakan Orang Lain...

Tak sangka plak entri terdahulu mendapat komen yang sangat memberangsangkan berkaitan kerja aku.

Untuk pengetahuan semua, aku tidaklah begitu tertekan tentang isu kerja tu. Malah aku separuh bergurau tentang jawatan penanam anggur. Walaupun mungkin aku akan menghadapi kesulitan mendapat kerja baru kelak, tapi aku yakin rezeki anak-anak, ada. Terimakasih semua. Saya hargai.

Pagi tadi si AMOI tepon. "Mak, hari ini paper Management." Selamat berjaya my dear! Tu tak sabar nak cuti sebenarnya tu. Kalu sepanjang 2 tahun sebelum ni, dia jarang dapat peluang cuti lama sebab tiap kali cuti sem jer, dia mesti ada kelas. Orang cuti sampai sebulan, dua bulan, dia cuti seminggu jerrrr...

Sesi menghiburkan hati. Memenatkan diri petang tadi.


Aku dah janji nak bawak CHAK dan ALIA pegi berenang. So berendam tak hengat...!

Kami tumpang gumbira jerrr..

Mana ceruk duduk pun asyik ler bergayut. Topik paling hot, isu "berjaya-gagal ke IPTA".



Lepas mandi mesti lapar, kan?
Pandai... awai-awai dah tempah dengan MAK dia nak makan pizza.


So, si MAK yang baik hati lagi baik jiwa ni, ikut jerrrr... sambil kira duit. Hikhikhik!

MAK's choice. Tak pernah berubah. Meat Ball Bolognese dan Asam Boi Fruity Fizz. Kenyang sampai malam.

Nak layan bola konon (Most anticipated game). Tapi geng Liverpool ramai sangat. Malas aih..! Malu ler aku kalu CHELSEA kalah. Wuaaaaaaaaaa.!

**Kenapa hari ni, sejak pagi internet slow gilerrrrr...? Grrrrrrrr...!



~...anak-anak SERI BULAN dah lama tak bermain bergurau dengan anak-anak HISYAM, sebab makin jauh pulak taman permainan tu. Sapa yang ubah ek?..~


21 comments:

  1. memang boleh pakai petua tuh, gembirakan diri sndri utk gembirakan org lain. apa pun, suka tgk gmbr kak azie kuar ngn anak2, x kira lah, windows shopping ker, makan ker, renang ker, apa2 jer. seronok tgk org lain seronok. best sesangat malah dh jd mcm motivasi utk dri sendiri

    ReplyDelete
  2. EELOBOR > adakala nya terbabas juga. Terlupa juga. Tercuri jugak masa mereka utk kerja2 lain. Sebab tu kena juga cari quality time wpun setakat 3,4 jam keluar...

    Dulu Kak Azie pernah rasa, kita akan rasa bersalah jika ambil banyak masa or curi masa mereka.. Itu hak anak-anak. Mereka berhak dapat masa berkualiti itu dengan kita..

    Cuba sedaya upaya wpun adakala kita rasa tertekan dan kurang berjaya...

    ReplyDelete
  3. wah, sronok tul bebudak tu yer..

    ha, ika cemna? dh wat rayuan dh? si AMOI tu cuti brapa lama plak pehni? hee

    ReplyDelete
  4. i x pandai berenang. takut tenggelam.. he he he he

    ReplyDelete
  5. SHIKIN > Sepatutnya pi semalam, tapi tunda. Naik lemas telinga ni si CHAK dok tanya pagi petang tiap jam. Lemasss... Tu yg bawa hari ini.

    IKA dah buat rayuan tengahari semalam. Terpaksa pilih course lain.
    AMOI kali ni start cuti 6 Mei sampai next sem. July baru start balik..

    ReplyDelete
  6. sI tEDI > sama ler. Kak Azie pun tak reti berenang gak. Bukan takut tenggelam, tapi takut timboi.. hikhikhik!


    9.05 pm.. Yessss...! CHELSEA sudah gol satuuuuu...!

    ReplyDelete
  7. selalu ceria je tengok akak:) semoga hepi2 selalu!

    K.Azie keje company penerbitan ek? harus berguru banyak ngan akak ni:)(baru baca entri yg lepas)

    ReplyDelete
  8. JUMA > Bukan lah sepenuhnya penerbitan. Kami publishing peringkat awal, means typesetting. Publishers dari UK, NZ, Australia sent projects utk kami buat setting, layout etc. etc...

    Dgn kata lain, kami tak terbitkan buku, tapi kami buat buku...

    ReplyDelete
  9. nape AMOI tak tepon2 dakni ek... hahahaaaa jom lunch grill fish..!!!!

    ReplyDelete
  10. Seronoknya berendam... burrrrr..

    Semoga AMOI berjaya dalam peperiksaannya. Amin.

    ReplyDelete
  11. ooooo.... tak kesahla tapi yang pastinya sudah pasti bergunung2 pengalaman!:) 9 tahun tu. Thanks kak:)

    ReplyDelete
  12. salam azie,
    azie minat bola?????

    ReplyDelete
  13. Salam Azieazah
    Tengok gambar2 tu teringat pula zaman belum jadi warga emas dulu. Sibuk juga hantar anak2 ke sana sini: berenanglah, pianolah, campinglah, masuk panggunglah, ke play groundlah, sukanlah, tuitionlah, penerimaan hadiahlah... Kekadang takjub juga, boleh buat semua tu sambil 'pukang-lintang' buat kerja sendiri di opis. Ceria selalu!

    ReplyDelete
  14. Sis

    Waa, bestnya kalau dapat berendam dalam swimming pool tu. Aku ada pelampong ori ni ha ha ha
    Good Luck for AMOY

    P/s: esok papagian tulak ka Kuching, kada hingkat beranai langsung, bagawi ja.

    ReplyDelete
  15. Good luck 4 Amoy..

    Betul kata Kak Azie, rezeki ada dimana-mana... Insya Aalah akak akan dapat yg lebih baik..

    Nida pun jenis tak suka berendam..malas nk basah2 :)

    ReplyDelete
  16. ICE > Naper ler ko tak tolong topup kan hp dia?


    KAK CIK > Berendam ler sampai kembang. Kita yang sedia kembang, terus nampak sama mcm pelampung lak. Harharhar!

    ReplyDelete
  17. Thanks doa KAK CIK.. Aminnnn...


    JUMA > Kalu nak tanya, apa2 leh jer email Kak Azie. Insyallah bleh tolong mana yang sesuai.


    AKAK > Minat skit2 jer. Tapi dalam isi rumah ni semua minat bola tak kira jantan pompuan. Letih...!

    ReplyDelete
  18. Bang TEMUK > Wahh tu lagi dasat tuh. Lagi banyak benda nak kena kejar. Mujur tak pitam tengah jalan. Hehehehe..


    ALID > Bagawian ajak. Amun gin hingkat awak.. hehehe

    ReplyDelete
  19. NIDA > Terimakasihhh..
    Kalu jumpa NIDA, nak try ajak pi berendam kat kolam renang gakkk.. hehehe

    ReplyDelete
  20. ooooo kena topupkan ke? muahahahaaa meh bg no hp AMOI tu

    ReplyDelete
  21. ICE > tak per..! tak per! Mak dia dah topupkan tadi... hehehehe..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails