Saturday, May 8, 2010

Anugerah Cemerlang SAB: tapi kenapa mata aku sentiasa basah?

Aku hadir seawal 7.30 pagi kerana menurut surat jemputan majlis akan bermula 8.30 dan sekiranya mendaftar selepas 8.15 tidak dibenarkan masuk ke dewan. Ya, aku hadir mewakili IKA yang sepatutnya naik sendiri, tapi dia tak berapa ada hati nak pergi.

Anugerah Cemerlang Sek Men Kebangsaan Aminuddin Baki KL (SAB) 2010 dirasmikan oleh Prof Datin Seri Aishah Hj Salleh (Ketua Jabatan Sains dan Biology, UM), juga ALUMNI SAB. Seperti biasa, acara bermula dengan ucapan Pengetua yang menyingkap tentang keputusan dan kecemerlangan SAB. Yang best, ada banyak rekod lagi dicatat tahun 2009 termasuklah 58 orang dapat semua A dlm SPM 2009 berbanding hanya 40 orang pada 2008. Aku tak ingat beberapa rekod lagi sebab banyak sangat.

Antara lain, SAB mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (bersama 20 buah sekolah lain) tetapi bangga kerana SAB adalah sebuah sekolah Kawalan Harian bukan Sekolah Berasrama Penuh. Pencapaian A+ terbaik SPM 2009 dlm subjek BM, peratusan A+ tertinggi juga untuk subjek Maths bagi kategori Sekolah Kawalan Harian.

Duduk di belakang sebenarnya aku tidak suka, memang tak pernah suka. Tetapi kerana harus mengikut susunan nombor yang bermula dengan barisan penerima anugerah utk SPM yang keputusan paling cemerlang (14A) hingga ke 6A. (keputusan 5A dan ke bawah tidak mendapat jemputan). Tumpuan aku agak terganggu kerana duduk di belakang lebih ramai yang suka berbual-bual, apatah lagi yang hadir rata-rata begitu seronok dapat berjumpa kembali rakan sekolah setelah lama bercuti dan topik paling top tentulah, "dapat U mana, course apa..." Aku jer yang duduk sorang-sorang tak bercakap. Cuma sekali dua jawab soalan 2,3 orang kawan IKA yang aku kenal dan depa kenal aku. (Lagipun aku tak ada topik nak sembang, sementelah IKA tak ke mana-mana pun lagi).

Dalam pada tu, aku menahan hati, sedangkan mata sentiasa basah. Sebak gak sekali sekala tu, asyik teringat jer kata-kata orang, "Result IKA tu teruk, ingat senang nak pi U? Politeknik jer boleh tu." Dan bukan sedikit kesalnya aku terpaksa hadir dan berhadapan pula dengan keadaan ini. (Aku tak tau ada ker sesiapa yang faham apa yang aku tulis nih?)

Selain penyampaian anugerah untuk SPM, juga untuk PMR, Anugerah Pengetua, Anugerah Murid Tingkatan 1, 2, 4, Pra U Rendah dan Panitia.

Tarian 1Malaysia dengan lagu Wau Bulan.

Antara persembahan yang best juga, lagu GEMILANG gandingan 3 pelajar; Melayu, Cina, dan India.

Seronok pula semasa anugerah kepada Panitia, guru-guru bagi subjek tertentu menerima Anugerah Emas (% dari 60-100) dan Perak (dari 50-60%) 2009, semua pelajar begitu bersorak bila guru-guru mereka naik ke pentas. Paling best, bila guru-guru lelaki (yang muda lagi hensem) mendapat tepukan paling gemuruh. Cikgu tu pula yang senyum tersipu-sipu dapat sorakan.


Kerana beratus-ratus murid yang akan menerima anugerah, panjang betul kami berbaris (PMR ada lebih 100 orang, SPM ada 142 orang - SAB mencatat rekod 100% lulus). Tetapi selesai sahaja menerima anugerah untuk IKA, aku terus keluar dewan kerana harus berada di BTHO sebelum pukul 11.

**Memang tak mudah menerima suatu yang dipanggil kekalahan dan berada di bawah dari pandangan mata orang, tapi tanpa persaingan, bagaimana hendak melihat ketahanan diri dari diuji? Yang kalah itu tak semestinya terus kalah, dan yang dikatakan lemah ini tidak mungkin tidak boleh berjaya, kan? Aku yakin itu, bukan untuk buktikan pada sesiapa tetapi kerana, kejayaan itu boleh menjadi milik sesiapa saja. Dan aku sangat suka baca entri KAK KUJIE ini.



~...bagaimana pula dengan keadaan RAHMAT yang langsung tidak berjaya beroleh zuriat walaupun sudah berkahwin 2 kali selepas SERI BULAN?...~



22 comments:

  1. Alhamdulillah kak, Ika dapat anugerah atas pencapaiannya...insya Allah Ika akan dapat juga panggilan ke mana2 universiti, walaupun mungkin lebih lamba dari orang lain, doakanlah...

    p/s politeknik pun bukan lah teruk mana

    ReplyDelete
  2. Siapa kata result Ika teruk? Kak Azie selalu kena puji dia bgtau dia yang kak azie proud dengan dia walaupun result dia tak sehebat kawan2 yg dapat semua A tp result ika consider sesuatu yang boleh dibanggakan. Dia mungkin terlalu kecewa waktu ni dan kalau kak Azie terbawa2 dengan kekecewaan dia khuatir nanti demotivate dia. Jadi Kak Azie usah sama2 terikut perasaan dia sebaliknya biar airmata tu jatuh kerana kak Azie bangga dengan kejayaan dia at least kak Azie antara ibu yang terpilih dijemput menghadiri majlis kecemerlangan dia berbanding ibu bapa lain yang tak layak.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Ika,

    dia sudah buatyang terbaik

    ReplyDelete
  4. Hello Aziezah, nice pictures....
    You have a happy mother's day. Keep well, Lee.

    ReplyDelete
  5. ramai yang masuk universiti gah2, tapi tidak mendapat kerja pun.

    janganlah bersedih azie.

    rezeli ika kita tak tahu ke mana, yang penting mencari jalan agar beliau mendapat yang terbaik. mesti Allah dah sediakan yang terbaik, jika kita yakin dan berusaha mencari.

    ReplyDelete
  6. Tahniah IKA ... tak teruk lah Result Ika, okay apa. Mulut sapa lah yang tak ada insuran sesedap rasa jer kata gitu. Bajet bagus jer, dah terbukti ker kejayaan hidup orang tu.

    Akak jangan la sedih sedih sangat, Insya ALLAh Ika pasti dapat yang terbaik. Akak sedih, saya pun rasa sedih dah ni :{

    ReplyDelete
  7. apaalah sangat air mata satu jam, sedangkan 31 hari lagi buat melompat gumbira.. ngeh ngeghh hihik...

    tak elok ungkit soal anak..buat anak pulun tiap hari pun ..anugerah belum sampai...

    kerja kuat pun masih tak senang2..anugerah sementara..

    ReplyDelete
  8. Dretan A dalam keputusan pepriksaan bukanlah jaminan mutlak untuk kejayaan di masa hadapan..

    ReplyDelete
  9. Tahniah Ika dapat anugerah cemerlang.

    Insyaalah Ika akan dapat masuk U, cuma mungkin masa,sabar dan buat azie terus berdoa agar beroleh kejayaan.

    ReplyDelete
  10. Aslmkm.
    Kak G baca dua N3 sekali! Hehe.
    Sedapnyer ikan bakar Pak Din, kempunan pula, tp arini tak boleh nak p makan sbb tutup pula! :(
    Anak Azie terpukul kerana desakan suasana. Tanamkan dlm dirinya semangat, 'dunia juga penuh dgn peluang, kita hanya perlu berjuang!' Jika tdk dpt tempat di U kesukaannya pun bukan bererti berakhirnya impian.
    Skrg ada byk institusi swasta juga ... cuma perlu biaya yg lebih. Namun byk institusi komersial sp Bank Rakyat & BSN menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran.
    Jadi masih ada pilihan baik! Insya Allah akhirannya baik juga, amin.

    ReplyDelete
  11. ROSNANIE > terimakasih. Memang sangat bersyukur, dan Kak Azie yakin dia akan mendapat tempat juga di IPTA. InsyaAllah.


    V.I.C. > Selama ini memang Kak Azie tak pernah rasa itu teruk. Tak pernah. Itu cuma SEBUAH PANDANGAN dari orang saja, dan sebuah CATATAN perasaan buat masa ini semata-mata.

    ReplyDelete
  12. sI tEDI > Ya, betul. Terimakasih.


    UNCLE LEE > Thankiu very much!

    ReplyDelete
  13. CIKGU NORMAH > terimakasih. Saya sangat suka baca komen Cikgu dan saya hargainya.


    FAIROS MLMW > Kak Azie anggap itu sebuah CABARAN semata-mata. Supaya buat lebih baik lagi.

    ReplyDelete
  14. ZEQZEQ > tiada istilah mengungkit.


    KAKCIK SEROJA > Setuju. Terimakasih.

    ReplyDelete
  15. KAK ZAITUN > terimakasih. Saya sentiasa sabar menanti.

    ReplyDelete
  16. Salam KAK DRFAUZIAH > Rasanya Ahad memang tak buka kedai Pak Din tu.

    Saya rasa yang lebih terpukul adalah SAYA SENDIRI bukannya dia.

    Terimakasih utk kata-kata nasihat itu. (ini memang pengalaman pertama saya)

    ReplyDelete
  17. Mok Yang (entah kenapa panggil gini lagi best ;);
    Saya pernah rasa apa yang Ika rasa. Saya sentiasa dicemuh orang sejak sekolah rendah hingga sekarang sebab "tak berapa nak pandai" tetapi saya jadikan semua itu "positif" untuk tolak saya ke hadapan dan berjaya.
    Sekarang (walaupun saya masih lagi tak berapa nak pandai), saya dah tutup banyak mulut. Saya dah buktikan bahawa Penilaian darjah 5 saya dulu, SRP, SPM dan STPM saya yang "tak berapa nak elok" itu bukanlah ukuran sebenar sebuah jaya. Saya masih belum berjaya (kejayaan sebenar di dunia & akhirat), tetapi saya dah berjaya tutup banyak mulut. Kalaulah Ika boleh buat gitu...(saya tetap yakin Ika boleh). paling utama, jangan mudah berhenti usaha, harap dan doa.

    ReplyDelete
  18. ANYSS > Bertambah basah mata MokYang. Terimakasih.

    Sentiasa suka dengan begitu banyak komen-komen positif.

    Saling ingat-ingati dan saling menghangatkan kembali semangat yg ada kala sejuk ada kala merudum.

    ReplyDelete
  19. Baru balik dari kampung - baca pula entri mak-mak macam ni...berjurai lagilah airmata.

    Kadang-kadangkan Azie..apa yang kita lami sekarang -susah payah berganda2 dari orang lain akan menjadi ANUGERAH yang paling indah dikemudian hari.

    Bukan semua orang pernah merasai pengalaman seperti kita - jadi kreadibiliti dia dalam memberi pandangan bukan lahir dari RASA yang sebenar.

    Kawan... kalau tidak dapat menyembuhkan LUKA, janganlah terus disimbah CUKA.

    ReplyDelete
  20. sayu IX baca entri ni, IX pernah rasa macam IKA rasa dulu..yelah dulu mak ayah IX bukan orang senang, tapi itu bukan alasan utk patah semangat..ada banyak peluang lain, cuba cari mana2 kolej yang ada sediakan pinjaman, pilih kursus yang tepat..kalau setakat nak masuk U ni tak pernah ada had umur..All the best untuk IKA..dan AA mesti kuat semangat!

    ReplyDelete
  21. Kak Azie...

    Result dia x teruk tp nampak teruk dek kerana skolah tu ramai yg dpt result straight A's

    Ika tu blh buat tapi dia kena usaha lebih skit dan ambik masa lebih pjg dr org lain la kalo dia nk ambik course yg dia menat tuh.

    Tapi kalau nk buat accounting ada cara short cut. Kalo menat mai nk crita

    ReplyDelete
  22. Ingatkan dah malas nak ulang kisah ini, tapi aku sangat berterimakasih bila ada lagi yang komen.

    Terimakasih Kak KUJIE, IXORA dan CHE YAH..

    buat masa ini, tunggu dah lihat jer.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails