Monday, May 3, 2010

Happy yang Benar-Benar Happy...

Terimakasih AZRUL yang sudi taqkan Kak Azie lagi.


Kali ini taq ini sungguh lain dari yang lain. Baca pun happy. Segalanya tentang happy saja...

1) Adakah anda happy sekarang?
Tidak berapa happy sangat. On off.

2) Kenapa anda happy?
Happy sebab hari ini takda projek nak handle.

3) Apakah benda yang boleh membuat anda happy?
Untuk hari ini tidak ler sangat. Tapi biasanya yang buatkan aku happy, bila menerima berita yang baik-baik sahaja. Seperti:
a) minggu lepas, ALIA dapat markah tinggi dalam beberapa subjek periksa dia.
b) orang yang pergi Sabah tu dah janji ada FM spesel untuk aku.
c) bila dapat makan menu faberet.

4) Pernahkan anda menerima tag?
Selalu juga. Seronok juga layan.

5) Nyatakan warna yang anda suka.
PURPLE. PURPLE. HITAM. PURPLE.

6) Berikan 6 orang yang anda mahu tag. Sila beritahu kepada orang yang anda tag supaya dapat respond.
a) AKAK RAHMAH
b) KAK CIK SEROJA
c) ECHAH
d) KAK SOM
e) FA Aintsuperwoman
f) NIDA New Zealand

7) Nyatakan sifat orang yg anda tag. Nak tulis panjang berjela pun takpe asalkan anda happy.

a) AKAK — aku suka baca blog dia. Sebab dia sentiasa positif. Aktif dan kreatif. Sesiapa yang selalu baca blog dia mesti setuju dengan aku. AKAK yang sorang ni memang hebat kerana dia tidak merasa sesuatu kekurangan dan masalah kesihatan sebagai penghalang untuk dia menjadi orang yang cergas dan ceria.

b) Kak Cik SEROJA — aku suka kelembutan dia. Mengingatkan aku pada ramai kawan-kawan yang berperanan seperti kakak kepada ku. Boleh manja-manja dengan depa.

c) ECHAH — kawan blogger yang dok jauh tercampak di Sabah nun. Suka sakat aku, tapi dia taktau aku lagi suka nak sakat dia. Orang kampung aku, sekolah kami pernah sama, tapi tak sama batch. Sebab aku sempat 2 bulan di situ, dah cabut pi skulah lain. Kena paksa pindah...!

d) KAK SOM — blog dia seronok baca sbb begitu jujur dan ada banyak citer serius tapi ayat dia lawak. Harharhar! Tak pernah tak gelak. Mesti sengih sensorang baca citer di blog dia.

e) FA — ni lagi sorang. Aku selalu terkonpius antara dia dengan Kak SOM. Ntah-ntah depa ni kembar tak? Menulis dalam blog sangat telus dan jujur. Tu yang best...!

f) NIDA — aku baca blog dia dari mula sampai entri terkini. Suka dengan kisah pengalaman dia sekeluarga yang menetap di New Zealand. Dia juga handal berpantun dan seronok baca dia ajar anak murid dia berpantun sampai menang peringkat negeri. Caya lahhh...!

8) Nie soalan cepu mas nieh. Adakah anda happy dengan apa yang anda ada?
Happy dan bersyukur. Tapi kalu bleh nak lebih lagi. Nak lebih kaya (so aku bleh bersedekah banyak-banyak), lebih lawa (takkan asyik lawakkkk jerrr!), nak lebih diminati (takkan orang asyik nak minat artis jerrrr..!), nak lebih sihat (takkan montel sesaja... tapi banyak penyakit..). Ok kot...?

*Mohon MAAF kerana AA ciluk pic anda sekalian untuk entri ini. Thanks yaaa...


~...SERI BULAN sabar menanti bunga berkembang, sambil mengharap KUMBANG datang menjengah dan menziarah...~



18 comments:

  1. salam azie...
    inilah pirst taim akak kena tag... thank you... (nak bagi ucapan meleret macam org menang anugeah sri angkasa...)
    lihatlah dunia.... opppssss.....!!!

    ReplyDelete
  2. wah wah..happy nampak! Macam tu laaa...life is short you know...buat apa nak serabut2, pening2, tension2, (I am telling myself exceli), sebab kalau I tension2, che abang akan kata, `dont make your self miserable, life is short, rugi je!'

    ReplyDelete
  3. Kak Z..tolong saya .. saya tak happy.. rasa cam nak mati jaa.. camna nak buat nii..huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. Halamak .. halamak ...

    *cepat2 pakai kasut* nak lari laju2 .. marathon, kekdahnya; biar Azie tak dpt kejarrrrrrrrr.....

    ReplyDelete
  5. Azie..


    Insya Allah kakcik akan jawab tag ni.. tapi bukan skrg.. cerminmata kakcik tertinggal kat ofis.. jenuh kakcik mengeailkan mata nak membaca dan menaip ni... :(

    ReplyDelete
  6. saya sungguh happy hari ini dalam air mata

    ReplyDelete
  7. heheheeh.... vic nyer hutang tag ntah bila nak bayar ni... aduhai..

    ReplyDelete
  8. AKAK > Eh kalu pirst taim kena teq, kena la buat AKAK ekkk...
    Nanti satu dunia leh lihat.. hehehehe



    FA > Memang happy! Ada kengkawan macam FA yang komen macam kita dok serumah jerrr.. Ahaks!

    ReplyDelete
  9. ICE > U happy, I happy laaarrr..


    FARHA > Ni apa kes? ha? > tone suara macam NASHA AZIZ yerrr..
    Pehal plak sampai rasa nak mati nih? Serius nih...

    ReplyDelete
  10. KAK SOM > (sometimes I rasa patut ker I panggey dia KAK? uishhh macam I lagi tua jerrrr...)

    Nak marathon kalu, kasut takyah pakai. Tengok orang Tanzania tuh, semua menang tak pakai kasut pun... hikhikhik!

    ReplyDelete
  11. KAK CIK SEROJA > Len kali dupliket ler spek tuh. Buat 3,4. Satu simpan di umah, 1 dlm keta, 1 boh dlm bilik ayor, 1 boh tepi katey.. hehehehe


    MAMAI > tu tandanya selalu bersyukur tuuu...

    ReplyDelete
  12. V.I.C. > ada duit nanti bayor ler. heheheh... ekceli, bila ada masaaaa...

    ReplyDelete
  13. Kak Zai suka tengok azie happy walaupun ada masaalah buat macam tak ada je. Lagi pun ceria ni petua awet muda.

    ReplyDelete
  14. Kak ZAI > saya pun suka tengok kawan-kawan lain happy...

    ReplyDelete
  15. salam azie...
    wahhh..ida lak yg terharu bc kisah2 kwn2 azie ni..wlupun ada yg belum ida kenali..semuanya ok2 belaka...bestkan ada kwn2 mcm tu..muga azie bahagia selalu..

    ReplyDelete
  16. Salam IDA > Jangan lah lagi berLARA.. hehehe IDA pun kawan-kawan saya juga. Semuanya ok pada saya. Takda beza.

    Saya pun rasa best berkawan dgn IDA.... sentiasa baca perkembangan di blog IDA...

    ReplyDelete
  17. amin bin khalif

    saya suka masukkkk komen laman makkkk > jangan marah dendam yek MAKKKK

    saya lari yek makkkk > muah pipi kiri kanan makkkkkkkk

    ahaksssssssssss lariiiiiiiii

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails