Thursday, May 6, 2010

Bila HISYAM muncul di laman rumput SERI BULAN...

Sungguh cepat masa berlalu. Dah nak masuk pertengahan tahun 2010 dah pun.

Dalam keluh kesah mencari kerja baru yang masih jauh dari gapaian tangan, masih juga aku tidak dapat melepaskan diri melakukan rutin lain selain dari terkurung di tempat kerja.

Esok ada gathering kecil yang mana aku terlibat secara langsung. Sabtu kena hadir di sekolah SAB untuk Anugerah Cemerlang. Pastu harus menguruskan pindahan barang dari rumah sewa milik kawan aku ke rumahnya (juga ke rumah aku) kerana penyewa sudah terbang balik ke tempat asal. Lalu Ahad akan menjadi hari Operasi Mengemas Sedunia. Isnin dan Selasa kena hadir kursus di PJ. Rabu–Jumaat? Haruslah mengisi masa-masa yang tidak sabar, untuk mengakhiri waktu sebagai staf di sini.

Adakah nanti ada kerinduan? Rasanya cuma sedikit. Itu aku pasti. Bukan aku tidak gembira, tapi gembira itu pun tidak cukup untuk membuatkan aku sedih bila pergi nanti. > faham ker...?

Mundar-mandir-jengah-intai di blog-blog kengkawan, yang ramai sekali menulis begitu hebat dan bagus (penilaian peribadi aku) membuatkan aku semakin terfikir, menulis blog boleh menjadi begitu penting ya? Menulis blog boleh memberikan pengaruh yang sangat besar, kan? Ya, mula menulis blog sejak November 2007 dulu, tidak pula aku terfikir menjadi blogger boleh buat duit, boleh memberikan kesan kepada pembaca. Sebab aku menulis kerana aku suka menulis. Dan aku menulis jer, tanpa lihat pun blog orang lain sangat (masa tu). Aku tak kisah pun, aku ralit jer menulis hal aku, menulis apa yang aku rasa nak tulis. Komen pun masa tu, alahai 4,5 orang jer. Sebab aku buat private blog dengan jemputan tak sampai 50 orang. 2 tahun keadaan itu berlarutan.

Bukan sedikit pula kemudian, AA menulis blog private akhirnya disebut sorang dua, dan depa dok prasangka macam-macam. Yang menuduh aku memilih kawan, tuduh aku private tu sebab nak tulis mengutuk depa pun ada. Ada kaa? Nonsense! (ada aku kesah? Ayat aku sentiasa sarcastic, so jangan pelik...)

Atas pujukan seseorang, aku buat satu lagi blog baru dan terbuka. Bukan untuk membela diri, bukan untuk menafikan tuduhan, tapi lebih kepada, aku harus lebih terbuka, melihat sesuatu yang positif itu lebih positif lagi dan bermanfaat.

Sekarang, aku sangat berterimakasih kepada sekian ramai blogger yang sudi menjadi rangkaian blogger, berkongsi begitu banyak info dan panduan. Aku semakin sedar, menulis blog bukan hanya menulis semata-mata, secebis komen pun adakala sangat besar maknanya.

*Aku pelan-pelan kayuh belajar menjadi salah sorang ahli komuniti GengBlogger hari ini.

Koleksi peribadi AA, aku memang nak simpan pic ini. Gara-gara ini, dia koyak buku latihan skulah dia.


~...Tajuk di atas sepatutnya ada tanda soal (?) di hujungnya, tapi kerana jawapan belum ada, lalu kemudian saja tanda (?) itu diberi...~



22 comments:

  1. Apakah agaknya kursu itu masih berkaitan dengan tempat kerja sekarang???

    ReplyDelete
  2. kursu pun kursu la... ish.. nak mengeja pun dah tak reti.. :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. KAK CIK > Sama juga, saya pun selalu saja eja kursus tu jadi kurus.. hehehe

    Kursus tu saya dah hantar nama sebelum pengumuman lagi. Tiada kaitan. Ini melibatkan NGO yang saya buat (kerja luar jer...).

    ReplyDelete
  5. suke tengok pic pantai kat atas tu... nampak tenang je
    blog dakni pon private gak & akan terus kekal private sampai bila2 lagipon blog tu dah kosong sekarang ni... segala isi perut dah di pindah ke tempat lain...


    p/s: kak azie pi laa kursus smartblogging... mana laa tau lepas ni bley jadi full time blogger & bley dapat income dari blogging

    ReplyDelete
  6. akak dah join gengblogger? welcome to da club...hehe :)

    ReplyDelete
  7. ICE > Memang dulu Kak Azie berhasrat dapat masuk ke ICE Kingdom tu...tak per lah.

    SmartBlogging? Macam menarik jer. Skang ni dok baca tutorial jer dulu. Pelan-pelan kayuhhh...

    ReplyDelete
  8. AZRUL > Ada baca mesej Kak Azie kat your shoutbox? Sebab tadi tak reti nak reply wish dari geng sana yg welcome Kak Azie. “Ping” tu pun tak tau lagi mender.. Dok belajar lagi nih..

    ReplyDelete
  9. hahahaaa kingdom of ice tu dulu penuh dengan formula2 kimia & fizik... yang faham pun 5 6 orang je... sekarang ni da jadi umah hantu... hahahaaaa laaa ni taktau nak isi apa dalam tu

    ReplyDelete
  10. yang paling seronok berblog dapat kenal ramai kawan-kawan! :)

    ReplyDelete
  11. SHIKIN > which part U like? :)


    ICE > Jadi Rumah Hantu? buka la pada public, mesti beratur orang nak masuk tengok hantu kat dalam tu. Macam kat Genting tuuuuu...

    ReplyDelete
  12. salam lompat2 blog, mai dari blog pak long sifu :)

    ReplyDelete
  13. ENGLISH > terimakasih menjengah. Betul tu. Setuju.

    ReplyDelete
  14. dah lama mencari perkataan sarcastic, akhirnya di sini tempat yg ku temui. hehehehhee

    ReplyDelete
  15. Salam kenal MAK SU > terimakasih. Jangan melompat tinggi sangat, nanti jatuh sakit.. hehehe


    EELOBOR > Kak Azie ciluk guna perkataan omputeh, tapi bukan ler amik dari kandang sarkas. Harharhar!

    ReplyDelete
  16. AA, last few days Ix ada nampak Ad@ your blog ni.Now dah tak ada pulak.U can really make tonnes of money dengan Advertisement from nuffnang tu.teruskan blogging AA

    ReplyDelete
  17. Thanks IX. Add tu ada kala muncul adakala tak... Dok belajar lagi nih...

    ReplyDelete
  18. Termengah2 kak Zai baca lepas tu tenang tengok laut, baca lagi jumpa love....sarcastic.

    ReplyDelete
  19. Kesian Kak ZAI... sampai termengah. Relax Kak Zai.. relax.

    ReplyDelete
  20. Salam,
    Mmmmm banyak sangat ada blog sampaikan...terlupa ke atau dah tak ingat lagi nak updet blog yang lain tu?

    ReplyDelete
  21. ANYSS > Memang belum ada hasrat untuk update yang itu.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails