Friday, May 28, 2010

Pandangan matanya sungguh menyentuh perasaan...

Pagi tadi aku sempat tonton di MHI, tentang rayuan seorang penulis lirik yang tak kurang popular SERI BAYU (bukan Seri Bulan) yang sedang sakit dan memerlukan bantuan. Ada suatu karnival rakyat dan konsert yang sedang dirancang dan kelihatan beberapa orang artis terlibat menganjurkannya. Artis Shida dan Salwa Abd Rahman yang dijemput tadi.

Yang menyentuh hati aku adalah tentang seorang lelaki muda bernama IQBAL yang menjaga Seri Bayu yang berpenyakit saraf (ada istilahnya tapi tak sempat tertangkap oleh ingatan aku) yang sama seperti yang pernah dihidapi oleh arwah Mokhtar Dahari.

Ketika ditanya oleh pengacara FETRI, berapa lama lagi agaknya sanggup menjaga Seri Bayu, IQBAL terdiam. Memandang ke mata Seri Bayu begitu lama seperti dia tiada jawapan. Kemudian menjawab, "sehingga dia rasa senang, dan saya akan rasa senang." Bermaksud sehingga Seri Bayu mampu bergerak sendiri (tidak susah seperti sekarang).

Sungguh tersentuh melihat cara IQBAL memandang ke arah Seri Bayu di atas kerusi roda di sebelahnya. Sungguh ikhlas pandangan itu, seperti mana dia begitu ikhlas menjaga walaupun tiada ikatan keluarga dengan Seri Bayu. (Dikatakan anak-anak seramai 5 orang dgn isteri pertama sudah 2 tahun tidak bertemunya). Kerusi roda itu baru semalam diterima, sumbangan dari seorang ahli korporat.

Ternyata ada banyak kisah sedih pilu lagi sendu di sebalik puitis dan mendalamnya lirik yang dicipta oleh Seri Bayu selama ini. IQBAL lah yang menulis tiap patah perkataan yang begitu payah ditutur sehingga menjadi sebuah lirik lagu yang membuatkan ramai terbuai.

Sehingga Wardina dan Shida berkata, "kalau saya ada anak perempuan lagi memang saya ambil IQBAL buat menantu."

Bagi yang sudi menyumbang boleh menghulur bantuan ke EON BANK: 0166200019007 atas nama Jamaluddin Sauki (harap aku tidak silap).

Dalam soal sumbangan, tidak terhad kepada wang ringgit semata-mata. Ramai tahu itu.




Teringat, dah lama tak dengar khabar anak-anak ini. (Koleksi peribadi seorang sukarelawan)


~...sungguh jauh mereka sampai, kenapa bila tiba masa, hanya SERI BULAN dan HISYAM sahaja yang pulang bersama?~


4 comments:

  1. ada tengok jgk dlm rancangan MHI pg td. Semoga Seri Bayu dapat meneruskan kembali kehidupan seperti dahula kalu. Siapa sangka keajaiban akan berlaku kan?

    ReplyDelete
  2. nasib masing2 tak siapa yang tahu , kan azie...

    ReplyDelete
  3. moga kebaikan beliau mendapat tempat di sisi Allah dan menjadi ikutan kita semua

    ReplyDelete
  4. Salam Azie,

    Wah!...Azie ni rupanya rajin buat kerja-kerja kebajikan..teruskan usha murni itu.

    Cerita tentang Seri Bayu ni memang menyedihkan, tak tahulah mana satu yang benar.Katanya, memang kaum keluarga sepertinya membuang dia. Entahlah...kita dengar saja...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails