Thursday, May 6, 2010

Siapa Sebenarnya Pelukis Gambar Ini?

Dah agak lama aku simpan pic ni, dah masuk 2 minggu. Aku terima dari email Yahoo.Group SIM. Memang menjadi hot topic pula pasal gambar ini.


Gambar (lukisan aku rasa ni) ini bertajuk “Kasih Abang Adik” yang membawa kepada begitu banyak komen tentang kasih sayang abang adik, insan sejagat dan tentang pelbagai isu kemusnahan kasih sayang sesama manusia. (Hingga sekarang aku tak tau sapa pelukis gambar ini)

Bukan hari ini saja kita sudah mendengar, membaca dan melihat tentang kepincangan kasih sayang. Buang anak? Rogol anak? Dera? Ada lagi yang lebih sadis dari itu kah?

Sungguh takut aku. Cuma mampu memberi komen, “Risau kiterrrr....”

10 tahun dulu, mungkin aku tidak begitu terkesan sangat, baca baca, habis. Tapi kemudian, mata mula terbuka sedikit. Dan satu peristiwa yang terjadi pada sorang kawan lama aku cukup buatkan aku sangat cuba berhati-hati. (kalu dah terjadi di luar kawalan, itu dah takdir). Anak perempuan satu-satunya dia, belajar hingga ke IPTA, akhirnya berkahwin (jadi isteri bukan no 1) sebelum habis belajar. Dan sekerat itu saja pengajian.

Semalam pula ada kes pelajar Form 4 di Jerangau, Felda Jerangau, Dungun, bersalin di tandas klinik selepas mengadu sakit perut. (Baca di blog KADI KLUANG)

Risau kiterrrrr....!



~...Suatu waktu dulu, ada lagu indah menjadi siulan HISYAM iringan biola SERI BULAN, bukan lagu cinta, tapi lagu menghargai sebuah keadaan bernama “platonik”. Bagai sudah lama tidak terdengar lagi...~


18 comments:

  1. betullah .. bila tgk gambau tu rasa lain jek.. ada lagi ke kasih sayang mcm tu agaknya

    ReplyDelete
  2. gambar tu memang bkualiti..

    eh..bsalin di tandas? cam senang je nak deliver baby..huhuhu

    ReplyDelete
  3. kesihan.. terharu, nilai kasih sayang dah semakin pupus

    ReplyDelete
  4. Lukisan ya? Kelihatannya begitu asli..

    ReplyDelete
  5. sI tEDI > very meaningful, kata orang. kan?


    JMR > kualiti dari segi perasaan. Yup setuju.
    Bersalin di tandas? Tu yang pelik, mudah pulak la depa tu bersalin gitu jer.

    ReplyDelete
  6. ENDIEM > ayat “pupus” tu saya rasa kurang tepat. Mungkin dingin agaknya. Kasih sayang sentiasa ada, tidak mungkin pupus, cuma perlu dihangatkan kembali.

    ReplyDelete
  7. salam Kak Azie..

    Nida pun amat risau pada masa depan anak2 kita.. sekarang ni pun banyak sangat kisah2 tak bermoral yg dipaparkan di tv (di internet toksah nak cakap ler).. peluk sana sini, yg sedihnya cerita Melayu pun dan macam cerita omputih.. bukan muhrim bebas berpelukan.. nau'zubillah

    ReplyDelete
  8. Salam... itulah cabaran as parents skrg...

    singgah sini dari bumi sakura...

    ReplyDelete
  9. Buletin utama tadi pun dimulai dengan 2 kes 'bayi'. MasyaAllah....

    ReplyDelete
  10. Kak Cik > Saya rasa memang lukisan, tapi nampak macam gambar hidup, kan?


    Salam NIDA > itulah yang dikata kemajuan, agaknya. Bila kemodenan terpaksa mengambil tempat tata susila dan kehormatan. Sedih kan...

    ReplyDelete
  11. E-na ZARINA > Salam kenal. Terimakasih sudi berkunjung. Benar, setuju. Cabaran ibubapa sekarang sungguh hebat. Bagai tak tertanggung tapi itulah tanggungjawab. Amanah yang wajib dijaga.


    XIIINAM > Di Buletin tu saya rasa, cuma secebis yang terdaya dipapar. Ada banyak lagi... banyak, kan?

    ReplyDelete
  12. salam..
    nak masuk tadi selak2 langsir baru jumpa pintu.
    hakikat kehidupan, tujuan kita sama.
    namun kita kadang2 juga terleka.
    dunia skrg berbeza.
    kadang2 ditempat yg selamat belum pasti kita terselamat.
    begitu juga dalam soal didikan,
    belum pasti ilmu yg kita rasakan kukuh utk mereka boleh menyelamatkan mereka, sedangkan diantara sebaya dgn kita turut sama.
    smga kita dipelihara oleh yg MAHA ESA.

    ReplyDelete
  13. Kang NASIR > Setuju. Aminnnnn....

    ReplyDelete
  14. nak cari pintu keluar tak jumpa pulak.
    terlindung langsir.
    ahakk.. cantik laman kamu.

    ReplyDelete
  15. Seriously beta harap gambar ni bukan dilukis dari sebuah fotografi! Jangan!

    ReplyDelete
  16. KANG NASIR ni kelakor laarr... Terimakasih.


    KHAYALKHAYAL > Itu tidak dapat dipastikan.

    ReplyDelete
  17. amin bin khalif

    wah cantik gilaaaaa photo minta sedekahhhhhhhhh tuh kah kah kah jangan panasssss yekkkkkkkkk

    larikkkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  18. itu gambar yg real d amik dgn kamera dan d modified menggunakan software supaya ianya kelihatan seakan gambar hasil lukisan..
    software tu boleh d dapati kat pasaran terbuka..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails