Saturday, May 29, 2010

Penat lagiiii....

Penat juga, walaupun cuma setengah hari. Mujur.

Penat bermula kerana terkejar-kejar. Mengikut jadual asal, sidang petang, tapi kul 8 si AMOI call, soh datang cepat sebab dia diaturcarakan sidang pagi. Pastu siap bagitau dapat Selendang Khas lak tuh.

Berkejar Mak dan Apak dia macam tak cukup jalan. Si MAK ni kunun berangan nak pasang bulu mata pelesu (mujur tak sempat beli), akhirnya mekap ala kadar sekadar-kadarnya dalam keta dengan cermin sebesar tapak tangan!

Alhamdulillah, sampai di parking (padang kawad UiTM) yang baru penuh 2 baris, bas dah tunggu dan mujur hampir penuh, means dah leh gerak. Sampai di perkarangan kawasan, dah agak memang takda harapan nak masuk Dewan Seri Budiman. Takper. Agenda merayu kat guard tidak dapat dipraktikkan kerana yang menjaga -- Polis Kadet -- betul-betul student semuanya. Penuh berhemah mencadangkan dewan itu dewan ini yang semuanya lengkap skrin besarrrrRRR...!

Kuciwa ler jugok. Okeh, dok dalam Dewan Seminar, ada aircond, skrin sebesar dinding. Puas hati dok tengah-tengah senang nak snap gambar! Sungguh berangan si EMAK. Jauh lebih baik dari duduk di bawah khemah tengah parking yang hanya berkipas yang kuar air macam kedai Mamak Kaya tuh.

Walaupun lama gak nak tunggu giliran si AMOI, sabarrrr....! Sambil ber-sms-ing lah orang di dalam dewan dengan orang yang tak dapat masuk dewan ni.

"Nanti sampai giliran ALONG, dia sebut nama kuat-kuat sebab dapat ANC."

Dapat ler snap gambar dari skrin jerrr. Kalu dapat masuk pun, tengok dari jauh jer. Pastu gerenti takleh snap (dalam dewan, no camera). Pun rugi jugak, kan?

Sms lagi, "Mak dgn ayah bangga dengan ALONG."

"Hehehe. Thankiu MAK. ALONG sayang mak dan ayah." Sampai ayat ni aku terus teriyak. Sama macam SOM gak ler, dok tahan kunun, takleh rupanya. Sebak weyyyy...! Tengok dia berjalan penuh gaya lagi berjaya, bersalaman lak dengan yang menyampaikan skrol (penerima ANC berpeluang menerima tepukan dan disebut nama berbeza tone), sungguhlah buat aku rasa bangga sama. Cewahhhhh!


Pusing sana, pusing sini, snap sana snap sini, hug sana hug sini... Selesai kira-kira 12.30 tengahari.


Fuhhhhh penat... nanti sambung cerita lagi. Ujan kat luar, sedap tido nih.


24 comments:

  1. tahniah..!!

    p/s: dakni pun sayang kat AMOI gak... hak3 bley ke?

    ReplyDelete
  2. CK LAH > dah abih menanda paper itu tangga punya budak? hehehehe..
    Terimakasihhh... (Diploma jerr baru tu)

    ReplyDelete
  3. ICE > blehhhh... bleh blah!
    Taaaapi mana leh jadi dengan sayang jer? cekelat cekelat takdak ker? Ahaks!

    ReplyDelete
  4. azie..
    tahniah.. rasa berbaloi segala penat lelah selama ini kan... inilah anak yg 'menyejukkan perut' kita yer... Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  5. azie


    saya yang membaca pun terasa bangga..
    tahniah untuk amoi dan ibunya

    ReplyDelete
  6. claps 1000x ;)

    tahniah beb.aku tunggu okt nanti utk merasa apa yg hang dah rasa. *berdebar bah*

    ReplyDelete
  7. Azah, I dpt rasakan camana perasaan you ketika tu esp bila MC sebut nama yg berjaya menggondol ANC. Seram bulu tengkok I bila baca coretan you (menghayati kekdahnya).

    Alhamdulillah dah selesai.

    ReplyDelete
  8. AKAK > Terimakasih. Sungguh besar harapan saya agar kejayaan bersambung lagi dan berterusan. Ini baru Diploma, ada banyak lagi nak ditempuh.


    CIKGU NORMAH > terimakasihh..

    ReplyDelete
  9. P.S > Combi ker nih? Memang best perasaan nii..

    SOM > yang sebenarnya entri ni saja jer I buat ringkas, ikutkan hati memang nak buat terperinci lagi, tapi takut dianggap RIAK plak..
    Tapi sebagai ibu tidak dpt mengelak untuk mengulasnya dari kaca mata seorang MAK...!

    ReplyDelete
  10. tahniahhhh...kitapun tumpang gumbiraaa!! anak teruna I baruuuu tahun 2...

    ReplyDelete
  11. tahniah buat AMOII dan maknye jugak...

    akak, AMOII amik course ape?? cakap dia eja tabik spring aa kat dia coz dapat ANC.. (kira sama2 alumni laa kami ni.. :D)

    ReplyDelete
  12. FA > terimakasihhh... Baru 2 tahun? alaaaa... sepupu dia takdak?



    EJA > Terimakasih.
    Dia amik course Accounting (Fast Track).

    ReplyDelete
  13. bertuah betul & mmg turut terasa kebanggaannya

    ReplyDelete
  14. wups tahniah... berbaloi rasanya penat-lelah belajar bila dapat genggam skroll tapi lepas ni lagik mencabar bila cari kerja... gud luc

    ReplyDelete
  15. EELOBOR & CEMOMOI > Terimakasih..

    Baru Diploma jer tu plus baru 1st sem Degree. Jauh lagi nak pegi...:)

    ReplyDelete
  16. Salam,
    Kak Zie,
    Tahniah untuk mama & abah AMOI, untuk AMOI sama...
    kalau teruskan usaha, insyaAllah kejayaan dapat dikekalkan. Biasanya macam tu (kecualilah dia lupa diri...doakan itu tidak terjadi)

    Saya sangat bangga bila tahu orang lain berjaya, lebih-lebih lagi anak bangsa sendiri

    ReplyDelete
  17. ANYSS > terimakasih atas ucapan dan doa. Sebagai ibu, lagilah besar harapan MokYang...

    ReplyDelete
  18. Perasaan seorang ibu....tiba2 tersebak gak. agakya ni la rasanya esok kot anak dara cek nan seorang inin grad. harap2 dengan jayanya macam kak amoi la....

    ReplyDelete
  19. CHE YAH > terimakasih. Aminnn.. moga-moga berjaya. Kecik-kecik pun Che PIAH dah tengok MAMA dia dok kalut belajaq, dia mesti mengikut tuh...

    ReplyDelete
  20. Salam azieazah
    TAHNIAH buat anak & kedua ibu bapanya! Syukur! Itulah tuah ibu mengandung. Semoga dia terus beroleh kejayaan cemerlang. You & hubby have every reason to be proud of your daughter & celebrate.

    ReplyDelete
  21. Terimakasih Bang TEMUK. Seluruh ahli keluarga gembira.

    Terimakasih doa dan ucapan. Aminnnn....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails