Thursday, May 27, 2010

Bila Kecut Kedondong Berdendang Unplugged... Aku pun terpegun!

Hari ini merupakan sambutan Hari Guru 2010 peringkat sekolah CHAK dan ALIA. Kerana aku masih belum kerja, so aku pergi sekolah untuk sama-sama meraikan. (Lagipun sebagai AJK Tahun 6, patut juga aku pergi).

Sambutan tahun ni sedikit berbeza kerana tahun ini tiada acara beli hadiah untuk para guru seperti tahun-tahun sebelumnya, di mana bila tiba 16 Mei jer, biasanya kedai-kedai cenderahati (paling popular Kedai RM2 lerrr...) meriah dengan budak sekolah nak beli hadiah utk cikgu masing-masing. Tahun ini para guru membeli hadiah masing-masing dan bertukar (mengikut nombor bertuah) dengan guru yang lain. Semua orang pasti dapat.

Acara macam biasa, ada ucapan dari VIP, ucapan Guru Besar, ucapan PIBG.... ucapan Ketua Murid.

Pastu persembahan. Seronok melihat para guru meraikan dan diraikan.

Persembahan nyanyian oleh para guru dan Pengawas Pusat Sumber.

Persembahan tarian Poco-Poco (2 lagu) dari kumpulan tarian yang dijemput khas, dan ditaja oleh penguasa kantin sekolah. Ramai terpegun. Hmmmm dah lama aku tak menari Poco-Poco. Dah takda geng...

Persembahan unplugged lagu puisi Catatan Seorang Guru Tua, dari kumpulan yang menggelarkan diri mereka Kecut Kedondong, guru-guru lelaki muda yang leh tahan, hensem. Tapi lagu tu best. Rasanya inilah persembahan paling menonjol.

CHAK suka aku datang temankan dia rehat, kali ini dia order Roti Jala 2 keping! Biasanya dia makan sekeping jer.

Tokoh Guru 2010 yang ramai peminat. Cikgu FARIDAH.

Ada banyak lagi persembahan, acara anugerah khas untuk pelbagai kategori untuk para guru, anugerah pakaian paling beretika sepanjang majlis, bertukar hadiah.... sajak, pantun, koir....

Sesungguhnya, mereka memang berhak diraikan, digembirakan, mendapat tepukan gemuruh. Tanpa guru siapalah kita hari ini. Terimakasih CIKGU...!

Menu dinner malam ini. Tadi. Sup pelbagai bebola, buat Mihun Sup.

*Esok ada lagi agenda lain dengan anak-anak. Yang heran, depa tak letih-letih...! ALONG dah balik ke SA.



~...SERI BULAN yakin, kematian MASITA tiada kaitan dengan HISYAM walaupun mereka terlalu intim tetapi iman sentiasa seiring...~



15 comments:

  1. Aslmkm.
    Dah lama tak tahu hal2 sekolah ni sbb anak tunggal dah keje tp tak kawin2 lg. :)
    Hehehe ... anak tak tahu letih ikut gaya si mak la kot! :)

    ReplyDelete
  2. Hi Azieazah, I love the pics of that 'poco poco' dance....funny I never see it here.
    And that 'mihun sup' of yours looks delicious!
    You have fun and keep well, Lee.

    ReplyDelete
  3. azie

    masa nak letak gambar , dalam blogger draft, kita di bawa ke pop up box -gambar dari blog tu... ada button kecil sebelah kanan: add a photo, choose file... pilih choose file dia akan upload gambar dari pc kita ke blog... choose gambar tu, ada button bawah , add selected

    lebih senang saya rasa sebab gambar yang diupload akan di lekat pada bahagian yang kita nak letak , tidak seperti dalam blogger biasa tu, kita kena drag ke tempat yang kita nak

    cubalah

    ReplyDelete
  4. Adoi laaa... budaya kita kan...? Ucapan... ucapan... ucapan...

    ReplyDelete
  5. sekolah anak hang mmg canggih.anak aku tak merasa semua tu disini.kesian kan :(

    ReplyDelete
  6. uwaaaaa.. rindunya untuk diraikan begini.. tapi Nida dulu ngajar sekolah kampung jer... biasanya anak2 murid bagi kuih2 yg mak mereka buat.. Alhamdulillah, rezeki.. :)

    ReplyDelete
  7. Sampai kecut kedondong??? Aduhai... :)

    ReplyDelete
  8. sib baik kedondong depa yang kecuttt....
    hiks...
    psssst... kita baaaaru publish en3 pasal kedondong sat tadi...

    ReplyDelete
  9. Salam Kak G > nak dapat menantu nanti, jemput ekkkk...:)


    UNCLE LEE > I love it, too. Thanks.

    ReplyDelete
  10. CIKGU NORMAH > saya memang lalui apa yang cikgu sebutkan itu, tapi gambar2 saya semua berada di folder di desktop, malangnya tiada pilihan untuk saya klik folder desktop. Choose file yang saya nampak hanya untuk web picasa album (semua gambar ni dah pun diupload ke blog sebelum ini)

    Nanti saya belajar lagi. Terimakasih, Cikgu.

    ReplyDelete
  11. KHAYALKHAYAL > Ada orang hanya cukup dengan ucapan, tanpa hadiah pun tak kisah. Ucapan kena ikhlas baru bernilai.


    ECHAH > Peranan sekolah sama penting dgn peranan guru. Tapi kalu anak murid pun belajar main-main, tak jadik juga. Tak kira ler sekolah ceruk mana pun.

    ReplyDelete
  12. NIDA > Cikgu teringat zaman dulu yer. Takper, mesti ramai anak murid yang wish NIDA wpun dah berada jauh. Ehhh dapat hadiah kuih lagi best, sedap dan terasa dekat dgn jiwa.


    KAKCIK > ada ker kedondong yang kecut? harharharhar!

    ReplyDelete
  13. DrSINGA > lama tak makan jeruk kedondong...


    FA > Jom, kita poco-poco. Lama tak menari, step pun dah ingat ingat lupa.

    ReplyDelete
  14. Kak Zai terliurrr tengok sup bebolanya...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails