Wednesday, May 5, 2010

Gara-gara Hilang No Tefon orang bernama DIN...

Sejak minggu lepas, suatu program sedang diatur oleh aku dengan beberapa orang kawan @ sahabat. Program yang bukan acara tahunan tapi dalam setahun 4,5 kali kami dok buat. Seronok dan sangat happening. Kami dah mula buat rutin ni sejak dari 2004 lagi hinggalah sekarang.


Sejak dari khemah hanya 2,3 dan kecik-kecik hinggalah sebesar-sebesar khemah dan seluas-luas kawasan. Sejak dari gathering yang small 5,6 orang hingga ke gathering yang sampai belas-belas orang dan pernah sampai 30 orang lebih. Foodcourt TANGLING. Port kegemaran kami (aku selalu dah ulang ayat nih) makan-makan dan berkumpul. Kami selalu sebut OPEN TANGLING dan hari pilihan memang selalunya Jumaat. Makan tengahari pastu lajak sampai minum petang dan sambung dengan Cucur Jagung yang perhhhhh...! Kalu dah berimpun tuh, reramai camtuh, memang ler udah macam rumah sendirik dibuatnyer... Sori yer PAKDIN. (Dia pun dah kenal bonar dgn muka-muka kitaorang...)

Kerana aku harus menguruskan lagi, (bukan banyak mana pun nak urus) aku kena booking tempat dan menu. Tapi kerana aku dah terformat hp sebab sakit ritu, banyak no tefon ilang. Termasuk no tefon tokey ikan bakar ni, PAKDIN. Selepas semak dalam internet seharian semalam, bertanya-tanya dan gagal mendapatnya, so pagi tadi aku terpaksa juga terjah ke sana. Dating.... ops! jumpa terus.

So sekali langsung ler beli Nasi Lemak di situ. Lama tak makan, memang rasa sedap. Lauk, macam biasa Sambal Sotong + Tolo Goreng. Hmmmm... enakkkk!


Eh rupanya pagi-pagi ada berjualan yer? Tak tau pulak. Tapi tak sempat pun meronda sebab bergegas nak pegi ofis.


*semua watermark kali ini aku guna Photoshop jer.

Okeh kengkawan yang terlibat, semuanya sudah diaturkan. Kak CHAH sangat suker kita nak buat lagi agenda “sambung-sambung meja sampai pagar sekolah trumpet..!” Hehehehehe


~...RAHMAT pernah berbisik, masalah rampas kuasa dalam kampung Separuh Desa bukan besar sangat, tetapi yang berlagak besar memang ramai. SERI BULAN tidak sekali-kali akan dijadikan korban walaupun HISYAM dipaksa menjadi Kambing Kelabu...~



12 comments:

  1. Aslmkm.
    Wahhh, nak berpesta ikan bakar Pak Din la ni. Seronok dgrnya! Enjoyz gile2 ... hikhik.

    ReplyDelete
  2. Ehem.. bilakah akan berlangsungnya acara itu?? nak buat konon2 terserempak kat sana! :)

    ReplyDelete
  3. lapaulah kak tgk gambau makanan tu ;(

    ReplyDelete
  4. Salam KAK G > Seronok bila dah lama tak berimpun. Kalu kerap sangat PakDin pun cemuih plak nanti.. kata oranggg...


    KAK CIK SEROJA > blehhh.. blehh.. hikhkhikhik!

    ReplyDelete
  5. sI tEDI > belum sarapan yerrr... sian. Meh Kak Azie suapkan...

    ReplyDelete
  6. kak azie...mengkala yg pakat nak pi? PCP ada ka? ma ada PCP cek nk boh nama...blh ajak kak aina skali...ma dia xdak tikma pi laa...maluuuuuuu.......hehehehhe......

    ReplyDelete
  7. kat mana tempat ni? konpius laaaa

    ReplyDelete
  8. CHE YAH > Nak mai buleh aihh.. tak pa. Tapi nak habaq ler jugak. Hat kali ni Gathering khas utk Grup hat lain. Ada penaja yg dah murah hati. Dan yg hadir tu yg dapat jemputan khas jerrrr.

    Mokala Che Yah mai, kena dok sebelah ler kot.. hehehehe

    ReplyDelete
  9. ICE > Tempat tu kat Kuala Lumpur, Malaysia Barat. Tidak langsung ada ciri-ciri Norway atau Copenhagen, ok.. hehehehe

    ReplyDelete
  10. hahahaaa copenhagen? bon matin kak azie..!!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails