Wednesday, May 12, 2010

Belajar Menoreh: Sebuah Entri dari Arkib Lama...

Entri ini adalah dari blog lama aku yang dulu aku private (hingga hari ini). Sengaja aku ulang tampal di sini, sebab aku suka kenangan itu. SORI BERLORI sebab agak panjang.


Menoreh getah? uishhh tengok pokok getah pun tak pernah, apa lagi nak menoreh. Hehehehe... malah tak pernah kisah pun.

Pada tahun 1985, cuti penggal pertama persekolahan (bulan April) aku berpeluang melihat sendiri pokok getah. Aku dan beberapa orang kawan rapat (juga sorang adik pompuan) bercuti 3 hari di Felda Ijok, Selama. Seorang kakak; Kak Normah, menjadi anak angkat BONDA sewaktu suatu program belia di kampung. Jadi kami pun sengaja pergi bercuti di kampungnya. Aku memang minat dengan suasana kampung apalagi tempat2 yang belum pernah aku pergi, malah sedikit jakun kalau dapat melihat suasana yg lain dari yg aku pernah lihat (memang naluri aku lebih cenderung kpd suasana kampung dan kehijauan).

Kami bertolak dengan bas dari Bagan Serai, aku tak ingat berapa jam perjalanan, tapi memang lama juga. Felda Ijok waktu itu cukup lapang (luas), jalannya berbukit-bukit, keliling penuh dengan pokok2 tanaman dan hutan2 kecil. Felda Ijok antara felda tertua (ke 2 selepas Ijok di Selangor jika tak silap), cukup luas dan begitu hampir dgn hutan tebal (waktu itu, bukan kisah pun pasal geografi tempatan).

Kami bermalam di rumah Kak Normah (seorg guru). Mak dia cukup peramah, tp Felda Ijok belum ada elektrik, jadi waktu malam gelap gelita, dlm rumah guna pelita jer. Alahai tv pun takder. Kami habiskan masa berborak sampai tengah malam.

Di sana juga aku berkenalan dgn beberapa org tempatan Felda, and of course laa budak-budak muda... Heee maklum konon saham tengah mahal (untuk makluman aku Tingkatan 6 ketika itu). Pastu depa anggap kita ni mai dari town, macam tengok orang bandar la katakan (konon!) Hahaha..! Ramai ler juga yg rajin dok bertandang.

Antara yg masih aku ingat nama ialah Hazah, Wan (ada bau-bau bacang dgn family aku), Sabri (adik Kak Normah), dan sorang anak buah kepada saudara aku. Depa ni ler yg dok atur macam-macam program konon nak bagi kami pelawat seronok. Meronda keliling felda dgn motor pun best, sbb tak jem dan jalan pun lurus panjang cuma berbukit-bukit. Sejuk nyaman.

Hari ke-2, depa bawa kami masuk hutan untuk panjat Bukit Batu Puteh. Amboii teruja sungguh waktu tu.. Maklum nak melihat tempat orang yg begitu indah dan menyegarkan. Nak masuk hutan kene melalui kebun getah. Kebetulan masa tu ujan renyai-renyai, tp kami belasah juga jalan. Yg pelik, kami tak bawak bekal apa pun, dan aku tak pula langsung menjangka berapa jauh Bukit Batu Puteh tu.

Pertama kali aku melihat pokok getah, dan gatal nak mencuba toreh pokok getah. Tapi pokok getah orang! alahai... jahanam. (dlm hati: “dah tua bangka, baru tau rupa pokok getah”).

Gambar hiasan semata, dari SUMBER INI.

Jauh betul Bukit Batu Puteh. Kata budak-budak muda tu, tak ramai orang pergi naik bukit tu sbb jauh, dan kami ni pulak ikut saja tanpa fikir pun soal keselamatan. Aduhai, kalau lah terjadi apa-apa, sapa ler nak tolong dalam hutan tu?

Perjalanan tak ler susah, cuma ngeri sbb beberapa kali harus seberang titi (pokok besar tumbang), licin dan di bawah pula batu-batu besar dan anak sungai. Pelik gak, takda pengalaman pun bab jungle tracking, tp boleh plak lepas. Mungkin semangat yg berkobar kot... Dapat ler merasa mandi air terjun di atas bukit. Mandi sejam dua, kami balik dan perjalanan balik terasa mudah pula... Tapi jenuh kene leter dek emak Kak Normah, maklum orang tua. Hehehehe...! Maklum, kerisauan orang tua banyak dikaitkan dgn momokan konon orang halus dan gangguan syaitan.

Bukit itu dikenali dgn nama Batu Puteh kerana dari bawah jelas kelihatan batu itu berwarna putih. Hari ini aku tidak tahu samada Bukit Batu Puteh masih popular atau tidak lagi dikunjung orang.

Tidak banyak yg dapat dirakam melainkan dalam ingatan semata-mata. Tetapi yg kelakar (bukan ler nak persendakan), tak pasal-pasal ada sorang “anak muda” yang nak masuk meminang aku. Hahahah..! (jatuh cinta pandang pertama? uishhhh) Dah tu, luah isi hati kat bus stand pulak tu, alahai.. Kalau lah mak aku tahu, memang dah kene kahwin agaknya aku time tu.

Sampai hari ini, aku tidak bercerita pada sesiapa pun tentang hal meminang itu (hingga cerita ni ditulis) kerana aku sendiri tidak mahu menganggap serius. Si dia itu entah kerana apa, boleh berfikir sejauh itu (yang pasti keramahan dan keceriaan aku disalahertikannya).

Mujur selepas sekolah dibuka semula, dia mengirim surat dgn khabar pertukaran lokasi kerja ke Ipoh (aku lupa dia kerja apa), dan aku anggap antara kami telah selesai. Sejak itu hanya sekali sahaja aku bersua muka dengannya, (dalam majlis keluarga) tetapi sebagai menghormati nama baiknya, aku tidak langsung menyebut hal meminang. Dan hingga hari ini, aku tidak tahu dia berkahwin dengan siapa... atau.. jangan-jangan dia belum berkahwin? Aduhh... macam si UDIN? ...yang belum berkahwin sehingga hari ini dengan alasan “nak kahwin dengan aku”? (next post, aku nak cerita juga pasal si UDIN ni...) heheheheh!

*Sesiapa yang pernah membaca entri ini dulu, pasti juga akan ingat entri tentang UDIN..


22 comments:

  1. Teringat pulak kakcik masa muda2 dulu.. selalu perasan lawa! hahahaa...

    ReplyDelete
  2. Ops.. kalau di Sarawak, lawa tu maknanya sombong! Cantik dikata kacak (tak kira lelaki atau perempuan) :)

    ReplyDelete
  3. mesti kak azie senyum2 sendiri teringat zaman muda remaja dulu...;) saya yg baca entri ni pun turut sama tersengih....
    mesti best & sejuk dok kat felda waktu tu...tk mcm skg..merata tmpt panas..habis alam hijau diteroka..bahana kemajuan.

    ReplyDelete
  4. hahahaaaa ni citer old skool ni..!!!

    ReplyDelete
  5. azie,
    mengenang cerita lama buat hiburan dimasa sunyi... ye dak?..

    ReplyDelete
  6. Kak CIK > tak kira apa pun istilah, sekali sekala perasan, apalah salah nyerrr...


    SITI MURNI > hikhikhik! memang, bukan sengih lagi, tergolak teruih..!

    ReplyDelete
  7. ICE > masa old skool dulu, OMAK ekau nih bleh tahan jugak tauuu!


    AKAK > Betul tu, sambil menyelak menggodek-godek blog yang tak berapa betul nih..

    ReplyDelete
  8. nama normah ni memang sesuai jadi cikgu ya...

    ReplyDelete
  9. mula2 malas nak baca sbb panjang, tp bila baca rasa seronok. last2 baca sampai habis, kopem boleh angkau ibu jari. hehehehe, seronok + kelakar

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Aslmkm.
    Suke, suke ... cite2 ala berangan & perasan masa remaja! Hehe! Ye ke?
    Kak G mengira umur Azie jugak! :) Tp bukan rahsia kan?

    ReplyDelete
  12. CIKGU NORMAH > Betul lah agaknya. amboiiii. Hehehehe


    EELOBOR > Terimakasih baca sampai habis. Walaupun ayat lintang pukang skit. Malas nak edit lagi dah. Bila dah jadi citer lama, semuanya jadi kelakar.

    ReplyDelete
  13. Salam Kak G > mengira umur? hikhikhik! Saya tak berahsia. Cuma tak citer jer. Kalu ada yang tanya, saya jawab. Takda hal.

    Seronok gak ek mengimbas zaman gila-gila remaja dulu. Perhhh perasan saham tinggi!

    ReplyDelete
  14. Pokok bonsai kalau diperbuat daripada getah memang cantik! Tak perlu siram, tak perlu baja, tak perlu cahaya matahari, tak perlu udara... Boleh letak kat mana-mana ikut suka. Best!

    ReplyDelete
  15. KHAYALKHAYAL > ada ek pokok bonsai getah? Tak thrill ler cenggitu, keras kenyal jerrr... Hakhakhakhak!

    ReplyDelete
  16. kak zie...kenangan terindah kan? Bila ingat2 balik, mesti senyum sorang2 tu

    ReplyDelete
  17. udin tu entah dah jadi YB..cuba search kat FB tehehee ;p

    ermmm...mana tau kot sejarah berulang kembali ;D

    aku sukarela jadi pengapit ^.^

    ***nak gi secret recipe roger2 eh..

    ReplyDelete
  18. sambil ngadap pelita sembang tengah malam, kami bradik selalu bakar lidi macam colok dan dikibar ke kiri kanan, nanti nampak la pergerakan api yang sangat berseni...

    kluo le ungkapan dari mak, jangan main api malam-malam nanti kencing atas tilam... heee sebenarnya takut rumoh terbakar gamaknya

    ReplyDelete
  19. ROSNANIE > yang zaman kanak-kanak dan remaja semua indah jer... kalu kena rotan pun skang ni rasa indah gak. Hikhkhik!


    ECHAH > hehehe kalu UDIN dah jadi YB, ko ingat dia nak ingat kat aku?

    ReplyDelete
  20. CEMOMOI > sama ler kita. Memang seronok jer, pastu tak sedar, semua hidung jelaga hitam. Hakhahak!

    ReplyDelete
  21. pengalaman yang sangat best nih. saya ni tak pernah tengok pokok getah secara live. dalam TV slalu la. teringin gak nak try toreh getah. huhuhu

    http://twinkywinykstars.blogspot.com

    ReplyDelete
  22. cantek gambo akak cilok tuh, ;-)

    salamm,

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails