Thursday, May 13, 2010

Nak Nangis pun Dah tak Guna...

Esok hari terakhir aku di sini. Di tempat ini.

Sepanjang minggu tetiba leh sibuk lak walaupun minggu ini 3 hari jer aku kerja. Tapi projek sentiasa masuk. Sapa nak jawab tuh? Ok, aku buat yang terbaik, selagi diserah tugas, aku tak pernah berubah dari segi komitmen aku.

Baru tadi selesai projek tu, so aku leh dah serah ke department QC tapi sorang pun dah takdak! Mana depa pi? Sorang tu dah ilang sejak semalam. Kalu esok dia tak datang, means aku langsung tak jumpa dia lagi sejak minggu lepas.

Coordinator, 2 orang dah bercuti ke Turki. Minggu depan baru balik. So aku tak berpeluang nak tengok projek aku ni “bersih” dan berasa lega.

Apapun esok aku harus tinggalkan secara rasmi. Barang dah pack bawak balik separuh, ada skit lagi. Tak banyak pun.
Walaupun bz dengan urusan jual beli barang pejabat (ramai lak kengkawan di FB yang berminat nak beli itu ini), tapi kerja terakhir harus settle.!

Nak respons blog pun tak sempat. Apatah lagi nak jengah jengah blog orang lain. SORI BERLORI ya.!

Nak balik cepat, kejap lagi Final Episod ADAMAYA...! Moga bahagia milik mereka.

Padan muka ko DANI... Semalam dah nampak dah dia gelabah, tak tentu arah, silap-silap leh gila. Hehehehe.. balasan.
Moga menjadi tauladan.

Sesi tayang-tayang:

Dari koleksi peribadi AA.


~...SERI BULAN tidak sedih kerana HISYAM sentiasa meminjamkan telinga dan bahunya...~

9 comments:

  1. azie,
    rezeki ada dimana-mana.. bumi dan rezeki Allah ini luas...

    ReplyDelete
  2. hehehe, terserlah kesibukan masa bercakap di telefon td.

    ReplyDelete
  3. Huhuhu - tak sempat tengok Adamaya.. terperangkap dalam kesekakan lalu lintas yang melampau..

    ReplyDelete
  4. salam,
    hehehheh..
    dani dah jadi giler
    elelelkekekek...
    hari terakhir?
    tiap pertemuan akan ada perpisahan
    hukhuk...

    semoga bahagia selalu ya

    ReplyDelete
  5. AKAK > terimakasih.


    EELOBOR > SORI BERLORI, tadi tengah dok pegang mangkuk panas, anak tetiba jer hulur hp kat tinger. Tu yang kalut semacam tu... Hehehe

    ReplyDelete
  6. KAK CIK > Petang jer ujan, tu yang sesak tu. Lain kali bawak tv boh dlm keta. Hikhikhik!


    BIRU > Betul juga apa yg I teka, DANI jadi giler... ambiiikkkkk!

    ReplyDelete
  7. haha!pandai akak teka. Dani gila!!! tapi memang dapat agak Adamaya tu akan bahagia:)tapi dahsyat lagi 'cinta dulukala'akk tu;D. Jangan 'Udin' macam Dani dahla.. tak sabar untuk stori seterusnya:P

    ReplyDelete
  8. JUMA > tekaan mengena. Tapi biasa ler drama Melayu, klise.
    Apapun drama ni memang ada kelainan skit, sebab jalan ceritanya tidak meleret, cepat dan senang nak faham.

    ReplyDelete
  9. menda sudahnya.. tak layan tapi sesekali jeling juga tumpang orang rumah tengok

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails