Saturday, November 24, 2012

Betul Ke Bohong? Wa Kenal Mak Lu...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu
24-11-2012


Satu lagi program di Mustika 132 ialah program “Betul Ke Bohong” yang dihostkan oleh Dato’ AC Mizal (sebenarnya saya tak berapa minat dia, sebab dia suka jerit-jerit, kecuali masa dia hos Money Drop jer tak menjerit).

Program Betul Ke Bohong ni game soal jawab kuiz jer sebenarnya. Soklan pun merapu ntah betoi ntah mehong. Tapi cara soklan tu diolah, disoal dan dijawab tu yang best.

Ada 2 kumpulan, satu diketuai oleh Jep Sepah, satu lagu ketuanya Shuib Sepah. 2 ahli lagi masing-masing adalah undangan, sering bertukar tiap minggu. Jawapan yang salah, setiap orang akan “dikaran” tapak tangan masing-masing.

Part karan tapak tangan tu yang best. Ada yang melatah, ada yang melompat, tergedik-gedik dan macam-macam gaya.

Kami sefamili suka program ni, sebab nak tengok gelagat si Jep Sepah tu. Dalam ramai-ramai dialah yang paling “jahat” sekali. Dah ler dia paling kreatif idea merapu, pastu dia suka nyakat ahli lain. Terguling-guling kami dok gelak nengok gelagat dia.



Sapa yang pernah tengok, pasti ingat episod yang ada artis Sharifah Sahora & Sharifah Sakinah jadi ahli Shuib bertemu kumpulan Jep bersama Sabri tuh, tentu terbahak gelak. Episod tu paling lawak sekali.

Memang tengok pun tak jemu. Menghiburkan. Kami suka Jep! Kami suka Jep!

Tagline AC: “Betul Ke Bohong? Wa Kenal Mak Lu...!”




~...Pak Utih akhirnya balik juga malam itu walapun sangatlah dinihari, dan terkejut melihat HISYAM pun macam udang melengkung kerana terlelap di ambin tak berdinding langsung dia menjadi sedikit marah kerana Mak Utih begitu cuai menjaga anak teruna kesayangannya itu sehinggakan selimut terlupa dihulur, bantal terlupa disorong sedang SERI BULAN enak di bilik berselimut gebar cap Gajah Mada...~



 




15 comments:

  1. sy perasan rancangan ni...tapi tak tgk lagi..
    bila baca ni rasa cam tertarik plak...pasni nak try tgk la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tengok sekali samada sesuai ke idak. Saya rasa program tu muncul tiap Senin. Kami selalu tengok yang ulang ulang bila terlepas yang Senin tu.

      Delete
  2. Nampaknya kakcik kena langgan saluran 132 la pulak... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh kaji dulu Kakcik. Kot nanti nyesal pulak. heheheh

      Delete
  3. kami sekeluarga pun memang tak miss tengok program ni...riuh satu rumah ketawa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, kan? Memang gelak sakan tengok gelagat peserta tu. Kadang tu depa sengaja jer jadi bodo bodo. hahahaha

      Delete
  4. belum pernah tengok lagi .. bila dah ada promosi ini teringin pulak nak tengok sebab saya juga merapu (kengkadang)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup saya mesti ada selingan merapu dan kelakar Pakngah. Sebab saya dah terbiasa dengan keadaan tu semua. Ohhh sunyi kalu takda rancangan kelakar dalam hidup.

      Delete
  5. Saya pun tak pernah lagi menonton rancangan ni. Nak cuba try tengokla

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sila cuba. Tapi saluran Mustika ni kena langgan. Package baru.

      Delete
  6. Kakak tak berpeluang sebab rumah tak melanggan pun..

    ReplyDelete
  7. nampak menarik jugak ni. belum pernah tengok lagi..dah baca review kak azie, terus terasa nak tengok..sesekali layan merapu boleh gak release tension..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang untuk release tension pun. Seronok tau!

      Delete
  8. mmg gila2.. tak tahan tu time ketua kumpulan Jep @ Shuib sengaja bg jawapan yg salah.. sebab nak karan kan ahli kumpulan dorang... hero kecik pun suka tgk.. kadang tu dia pun ajak Eja main karan2 cam depa tu.. haha

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails