Situasi: kemeriahan pasar pagi atau boleh jugak la kalu nak anggap Pasar Tani.
Lokasi menyeluruh: Ntah, nampak tulih Kajang jer merata-rata.
Lokasi tepat: Gerai seorang pemuda yang menjual ikan-ikan kering, termasuk sotong kering. Jangan tanya pasal ubi rebus dari dia.
Pembeli: Seorang wanita cantik. Anak dara lagi ler kot. Muda jer nampak.
Tertinjau mencari sesuatu di celahan kotak ikan kering.
Dialog:
Penjual; “Sila kak. Pilih Kak.”
Wanita: “Ini ikan apa?”
Penjual (sambil mengangkat seekor ikan kering): “Ni ikan jaket. Jaket jangan buang nanti dia kesejukan.”
Wanita selamba. Tak peham kot.
Penjual: “Boleh kak?” Wanita tenung, “Tak nak!”
Gerak ke depan skit.
Penjual: “Kak ni Kak. Sotong kering. Potong-potong buat sambal. Perhhh! sedapppp!” Promote sakan. Ntah-ntah kakak tu tak reti masak pun. Dia tenung, “Tak nak!”
Tiba-tiba dia ternampak idaman kalbu! Ikan yang dicari-cari!
“Yeahhh saya nak ni. Satu!”
Penjual: “1 kilo la kak.”
Wanita: “Nak satu jer.”
Penjual: “Satu susah saya nak kira Kak.”
Tapi kerana kesian kot, dia bagi free jer.
Cissss... kakak tu nak Ikan Bilis jer. Sekor jer.
Sambil berlalu, “Nak buat cungkil gigi!”
Macam ni punya orang pun ada.
*Adaptasi dari siri Caca Marba. Tergolak den!
~...kerana HISYAM memang diibarat kata lahir dalam dulang Emas 999, maka dia tidak pernah tahu susah payah mengopek Ikan Bilis, sedang SERI BULAN boleh asing kepala dan ekor dengan hanya pejam mata....~
Kihkihkih...
ReplyDeleteSaya pernah jumpa budak muda jual epal kat pasar tani yg cakap epal tu dia tanam belakang rumah...
Kihkihkih...
Ader ker orang beli sekor jer ikan bilis? Macam2..
ReplyDeleteAA.nak buat apa sekor tu..ish3..
ReplyDeletehahhahah...tergelak baca ntry ni..macam2 ragam ...
ReplyDeleteerk!!
ReplyDeletePenat je si penjual tu promote macam-macam.. buang ayaq liuq ja..
ReplyDeleteHihihi... apedaaaa.... :)
ReplyDeleteassalam azie..
ReplyDeletesekor aje..haii
tak de rasa malu ke...
kesian kat penjual tu kann...
cungkil gigi dengan ikan bilis?? boleh ke??
ReplyDelete