dah Rabu
09-11-2011
Senin lalu, cuti bersambung sempena Aidil Adha. Kami singgah berkunjung ke rumah kenalan sahabat yang kami anggap seperti keluarga, seperti abang-kakak malahan adakala seperti mak-ayah pula. Sudah mengenali sejak 4,5 tahun dulu melalui ruang maya Kampung MMS Sahabat KLfm, ramai sekali kenalan yang menjadi sahabat mesra AA sehingga hari ini.
Mereka suami isteri ni pun selalu datang ke Pandan Jaya, minum-minum, borak lepak sambil pekena Mee Bandung dekat gerai paberet di sini.
Mereka suami isteri ni pun selalu datang ke Pandan Jaya, minum-minum, borak lepak sambil pekena Mee Bandung dekat gerai paberet di sini.
Yang best Kak ROS ni memang pakar masak. Apa saja yang dia masak semua sedap. Hampir setiap kali raya, kami mesti berkunjung. Dan dia masak macam-macam. Dia handal buat Kek Lapis Sarawak kerana Kak ROS anak jati Sarawak. Sepanjang tahun ada saja yang menempah Kek Lapis Sarawak dari dia.
ALIA dan CHAK asyik makan Kek Lapis jer, sampai Kak ROS bungkus lak untuk sambung makan rumah. Alahai...
*sapa nak tempah, habaq mai.
ALIA dan CHAK asyik makan Kek Lapis jer, sampai Kak ROS bungkus lak untuk sambung makan rumah. Alahai...
*sapa nak tempah, habaq mai.
Oven khas untuk membakar Kek Lapis Sarawak. Rasanya ditempah khas ni. Aku tak pernah tengok oven cenggini ada jual kat kedai.
Bila musim open house, dia selalu masak Mee Kolok, Ikan Tiga Rasa, Soto, Nasi Ayam dan macam-macam.
Tiap tahun kami mesti beraya rumah dia, cuma Syawal lalu memang tak sempat.
Tak sangka Kak ROS buat Laksa!
Tiap tahun kami mesti beraya rumah dia, cuma Syawal lalu memang tak sempat.
Tak sangka Kak ROS buat Laksa!
MyTOKLAKI tak minat laksa. Kadang-kadang aku buat dia makan sekali jer. Pastu dia tak heran. Tapi bila dia makan laksa Kak ROS ni, dia boleh tambah 2 kali! Memang sedap! Cara masak dia lain. Aku belajar dan ambil resepi. Harus cuba!
Pastu keluar pulak Sup Kapla Lumbu! Wahhhhh....! sedapnya. Sangat lembut. Kepala lembu yang dibelah empat, kata ABAH. Sempat aku rasa ada lidah, ada sikit otak lembu di situ. Surau situ korban 13 ekor tahun ni.
Pasangan sahabat kami ini tengah kalut sibuk nak sambut menantu pada Disember nanti. Hampir kesemua persiapan dibuat sendiri, dan nanti bakal dilakukan bergotong royong kerana kawasan perumahan depa tu, kerjasama sangat erat. ABAH pula Ketua Blok (perumahan polis Bandar Tasik Selatan). Aku boleh bayangkan kemeriahan tu nanti.
Terimakasih KAK ROS dan ABAH...!
Tiap kali dengar lagu Cinta Bandar Tasik Selatan by OLAN, aku mesti teringat depa!
Tiap kali dengar lagu Cinta Bandar Tasik Selatan by OLAN, aku mesti teringat depa!
~...walau sudah beberapa kali HISYAM membisikkan keraguan tentang acara menepung tawar tiang seri yang diletak syiling 5 sen di pasak, seperti acara yang mengarut, setiap kali itu juga SERI BULAN memujuk bahawa bukan mudah pula untuk mengubah sesuatu budaya yang kuat dalam sebuah kampung dengan hanya gandingan mereka berdua...~
Cepat praktis buat laksa tu. Nanti boleh bawa ke BBB. Kakcik penggemar laksa tau. :)
ReplyDeletesaya kopi komen kakcik~saya pun minat laksa~
ReplyDeletetauke kek lapis rupanya, nanti boleh tempah dan tokey tart bertambah bisnes jadi tokey kek lapis jugak...
ReplyDeleteABAH...mula2 ingatkan siapa bila tengok rupa owh pernah berjumpa...kenangan bawah pokok besar di gerai PAK DIN ikan bakar TANGLIN...
Wow! Sedapnya sup kepala lembu tu. Sy tak pnh mkn g. Tp pnh mkn sup kepala kambing.
ReplyDeletedengar khabar, oven camtu hny boleh didapati kt sarawak jek..
ReplyDeleteKek sarawak siapa tak suka AA. Laksa pula mesti special ye. Yg sup kepala kakak tak pernah cuba lagi dan tak pernah ambil tahu mana kepala lembu pergi selepas dikorbankan...
ReplyDeleteAzie, pas makan sup tu ado poning palo x? ayo yo! kapla lumbu belah empat ada otak lg?
ReplyDeletetengok oben tu tingat kawan yg baru pindah dari Kuching... tempah khas sampai 4 biji... mmg kepala bisnes sungguh!
saya sama macam bujal, minat laksa jugak! tapi org kedah kata kena pantang laksa setahun lepas bersalin. hoho.
ReplyDeletesedap nyer kek lapis
ReplyDeletetp kn kak AA lps isu majerin tu sy rs kembang tekak nk mkn kek lapis lg...adezzzz
cukup jeles ngan org yng pandai buat kek lapis ....
ReplyDeleteaduh sedap nya zah terutama nampak jam tart nya mcm sedap sgt... bleh order ke...hehehhe
ReplyDeleteSalam Aidiladha kak... bestnya bila tuan umah hidangkan mcm2 cam tu lagilah pulak yg sedap2...best..best!!
ReplyDeletetengok laksa dan kek lapis tu...slurppppp aduhaiiiii...sedapnyaaaaa
ReplyDeleteish..ish...
ReplyDeletesedapnya2 kak ros tu masak..
nak kenal ngan kak ros tu jugak boleh tak? hehehe..
tak tahan tgk menu2 tu
KAKCIK:
ReplyDeleteAlahaiii permintaan. Ntah pandai ke tidak saya buat nanti. Maklum bukan pakar.
BUJAL X:
Kamu tu memang kejenya meniru saja. haha
JUNAINA:
ReplyDeleteAhaa memang ABAH dan KAK ROS ler tu.
FARA:
Kepala kambing? Wahhh lagi hebat tu...
KAKNGAH:
Ohhh ya ka? Haruslah ditempah dari Sarawak tu.
KAK ZAKIE:
ReplyDeleteSaya rasa Sup Kepala ni makan sekali sekala memang sedap. Tapi lemaknya tak tahan. Beku dalam mulut. hehehe
KAK ROSE:
Ada jugak pening skit Kak. Tapi sekejap saja malam tu.
Ohh betullah, oven tu cuma ada di Sarawak. Hebat kan?
GC:
ReplyDeleteHarus kena pantang. Elok juga pantang setahun dari makan menu yang ada angin. Laksa tu ada Asam Keping memang tak boleh GC.
KHAIRIN:
Kak ROS ni TAK pernah guna majerin buat Kek Lapis. Dia guna Butter.
CHIK ATT:
Betul la kan? Kita yang suka makan, tapi tak pandai lak nak buat...
HAMIDAH:
ReplyDeleteBoleh saja HAMIDAH. Boleh order Tart tu sepanjang tahun. Bila bila ja. Email saya.
CT NOARIZAH:
Maklum beraya di rumah pakar masak. Kenyang sekali.
ZUWAIDAH:
ReplyDeleteMemang sedappppp sekali!
PUTU BAMBU:
Boleh saja. Sila kenal.
*psssttt awak yer yang masak Kuey Teow sedap yang Kakcik SEROJA sebut di blog dia tu. kan? kan?