Friday, November 18, 2011

HACKS: Hanya Aku Cinta Kau Sorang...!

Assalamualaikum
18-11-2011
Jumaat


Tahu pasal akronim?

acronym |ˈakrəˌnim| noun a word formed from the initial letters of other words.

Ada orang sebut itu short form. Terpulang tapi akronim ni perkataan ringkas mudah untuk kita menjelaskan perkataan atau ayat panjang.

Aku berada di bidang penulisan/buat buku/publishing (sama ler tuh), bertahun-tahun, maka terdedah dengan akronim ni dalam banyak urusan. Samada mesej dari client, atau arahan dari orang lain.

Akronim yang aku maksudkan di sini bukannya perkataan ringkas yang stand for nama-nama khas seperti UKM kerrr... BBC ker, AIDS ker. Bukan tu.

Biasa kita baca ini:

ASAP = as soon as possible

OMG = kadang menyampah bila orang guna akronim nih. Ni akronim baru sejak orang pandai chat dalam dunia siber. Ikut orang puteh!

LOL = laughing out loud, or laugh out loud.

Sebenarnya, sejak aku sekolah lagi, dah pernah tahu pasal akronim nih. Tapi cara kita masa tu banyak yang mengarut.

Sorang kawan sebut, depa pun tahu pasal akronim ROTHMANS (jenama rokok) dan ada maknanya yang remaja dulu bagi. Tapi dia lupa. Aku memang tak tahu pun. Sapa tahu?

Rasanya ramai remaja tahu pasal reka ayat di sebalik perkataan nih. Aku dulu budak baik (baik lah sangattt...!) sebab tu tak tau sangat. Tapi kalu kengkawan lelaki aku, memandai jer reka makna perkataan tu kepada maksud yang lucah! Cehhhh! gua malu wooooo...! (malu ler sangat...!) hahahahaha

Tapi aku tak lupa pasal ini:


Hanya Aku Cinta Kau Sorang!


so sweet!


Masih ingat antara iklan di tv tentang HACKS nih? Pelakon filem NOOR AZIZAH dikejar kerana ndakkan gula-gula nih.

cewahhhh!

Paling best tentulah akronim ni: AA for Azie Azah bukan Bateri AA..!

apa akronim yang anda tahu? Share please...

*update: siaran langsung Maharaja Lawak Mega tadi, JALIL HAMID pun main akronim HACKS dan DUNHILL gak! Wahhh tak sangka pada kebetulan ini!




~...HISYAM sering menerima banyak ucapan kasih rindu dari ramai anak dara Kampung Separuh Desa tetapi sebelum berhijrah ke situ lagi, SERI BULAN sudah pernah menyebutnya tanpa gula tanpa madu tanpa pemanis kerana bagi HISYAM, makna SB itu sendiri sangat unik yang hanya mereka sahaja yang tahu...~









21 comments:

  1. teringat zaman sekolah2 dulu.. seronok sebab HACKS..

    ReplyDelete
  2. saya FM..tapi bukan fridge magnet..
    short form lain..
    KFC-khairul fahmi che mat...heh heh..mood semangat ngan bola nih....

    ReplyDelete
  3. CAMEL--
    ciuman aku membuat engkau lemah....

    hahahahha.. jiwang!!!!!!!!

    DUNHILL--
    dunia untuk nikmat hanya insan laki laki

    ReplyDelete
  4. kak AA,

    EE untuk Eja Escobart.. hehehe

    ReplyDelete
  5. time skola dulu pemes:

    ILU: i love u

    FORINLO: forever in love

    ada byk tp da x igt

    ReplyDelete
  6. YAN:
    Tu semua lawak masa zaman sekolah menengah ler tu. hehe



    FATIN MRAZ:
    Kalu silap panggey jadi la Fridge Magnet. Hahahaha

    ReplyDelete
  7. AYU:
    Wahhhh AYU pandai laaaa.. Kak Azie pun tak tahu tu. hehehe



    EJA:
    EEEeeeeee... hehehe

    ReplyDelete
  8. hehehhehe cayalah...

    dulu2 kan mmg pemeskan mende2 cmni

    ReplyDelete
  9. wah, plan ngan jalil hamid ke? ahahahha

    ReplyDelete
  10. LELORD:
    Zaman kita dulu takda FB, takda YM. Tu jer lah hiburan kita.



    NORASHIKIN:
    Jalil Hamid yang tiru I tauuuu! hahahaha

    ReplyDelete
  11. Dunhill.. Dunia umpama neraka hidup ibarat layang layang

    Banyak lagi sebenarnya. Dulu ada kan selalu darjah 6, kita suruh kwn2 tulis kt buku autograf.. Mcm2 akronim yang derang kuarkan. Huhuhu.. Klu tulis autograf berpage page.. Mmg hebat dah masa tu hahahaha.. Siap letak gambar...

    ReplyDelete
  12. hehehe...abis jenama rokok di buat makna tersendiri, termasuk lah DUNHILL, MARLBORO, SALLEM dll

    ReplyDelete
  13. ahahahah... rupanyer inilah entri/status Raja Lawak yg akak maksudkan....miahahahah... nk gelak2 lg. lawak psl akronim neh dh lama, kak. jaman tok kaduk dlu ah so biler sy tau JH buat neh, atoiiii...rasa cam x besh ah. yg ROTHMANS, MALBORO etc tuh lawak ala2 kunin/biru, kak. nnti sy tnya hub sy....miahahahahah

    ReplyDelete
  14. hehe ada akronim khas untuk orang tertentu sahaja, jadi tak dapat di share. nanti hilang nilai dia..kekekek

    ReplyDelete
  15. teringat zaman sekolah...bnyak jugak akronim yg digunakan...tapi kbnyakannya pasal cinta..hehehheh..
    Bila Jalil Hamid sebut dalam Mharaja lawak Mega malam tadi...tersenyum sendiri.....

    ReplyDelete
  16. Teringat pulak zaman sekolah dulu... ;o)


    bila kat tempat kerja biasa guna
    FYA, FYI, FYC.. selain ASAP.

    ReplyDelete
  17. EFFA:
    Yeaa.. DUNHILL tu Kak Azie memang tak leh ingat langsung.
    Masa zaman sekolah memang selalu ada remaja yang ada buku autograf. Kreatif letak memacam kata hikmah dan falsafah.



    EELOBOR:
    Ada juga rokok LUCKY STRIKE yang direka, tapi Kak Azie langsung tak ingat.

    ReplyDelete
  18. AKUZLE AYU:
    Betul. Bebudak zaman Kak Azie dulu memang buat makna jenama rokok tu ke arah lucah. heeeeee...



    ERI-CHAN:
    Betullah. Macam SB dari HISYAM kepada SERI BULAN. Ahaks!

    ReplyDelete
  19. MULUTPAYAU:
    Kak Azie pun tak sangka JALIL HAMID akan buat tema tu, secara kebetulan sama dgn entri Kak Azie plak.
    Heheheheh sengih gak.



    AZRINA:
    Zaman sekolah lagi kita dah pandai reka reka ayat kan?

    ReplyDelete
  20. KHAIRIN:
    (tadi komen ni dalam spam)

    Wahhhh zaman skolah awak lagi best. Kak Azie tak pernah lak tahu akronim tu.

    ReplyDelete
  21. ROTHMANS...Ramai Orng Telah Hilang Mahkota Angkara Nafsu Syaitan

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails