Thursday, November 24, 2011

Sedetik Lebih: Pahit yang Sedetik, Manis Itulah yang Lebih...

Assalamualaikum
Khamis
24-11-2011


Trofi Lagu Terbaik yang dimenangi YUNA di AIM ke-18 dua minggu lalu telah ditarik balik.

Pagi tadi AMOI bagitau aku. Puncanya, konon audit salah kira undi. Ohhhh pilih lagu AIM guna undi undi ya? Aku baru tahuuuuu...!

Aku sebut, “Jangan-jangan Anuar Zain yang dapat.”

Ehh betullah...!

Dengar kat berita radio tadi, lagu Penakut YUNA ditarik balik dan pemenangnya ialah lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim. Lagu ini juga telah memenang Lagu Pop Terbaik dalam majlis anugerah yang sama. Anuar Zain juga menang Vokal Terbaik (Male) dalam album.

Agaknya inilah hikmahnya.

Selepas kisah (kononnya) Anuar Zain tidak dipedulikan dalam majlis sidang media selepas majlis anugerah itu. Penganjur terlepas pandang. Kawan tu tunggu tang pintu sapa pun tak ajak masuk, tak pelawa, tak tunjuk tempat duduk dia... Lalu dia pun balik.

Mungkin dia faham adat kesilapan.

Tapi itu mungkin juga hikmah secalit kepahitan yang terjadi tanpa diduga, kan?

Industri muzik kita (dan filem) tanpa kontroversi, tak meriah la. kan?




Setiap kali dia muncul di tv, anak-anak dara aku selalu tanya “Haiii... bila lah Anuar Zain ni nak kahwin?”

Dan kekadang aku rasa bosan, sebab selalu sangat soklan tu, aku jawab, “Dia tunggu korang lah tuh!”

hahahahahah...!


~...lagu Kisah Cinta yang beralun merdu dan lemak di telinga SERI BULAN, seakan didengar berbisik di keliling buaian ketika tiada kata dapat dirapukan sepanjang petang bersama HISYAM...~










6 comments:

  1. jadi lagu penakut bukan lah juara ya?

    ReplyDelete
  2. lagu sedetik lebih ni...dengar pun meremang bulu roma. yuna? i tak minat langsung..

    ReplyDelete
  3. sy x ikuti hal ni tp baca je just amik tau..

    ReplyDelete
  4. xda rezeki yuna....hai ..salam perkenalan...aii masih baru2..jomkenal2...meh la singgah blog aii..salam ukhwah ,...

    ReplyDelete
  5. Heran kann...majlis sebesar ini pun boleh berlaku kesilapan....tak patut sungguh..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Aduhaiiiii....kandaku jualah yang menang akhirnya hu hu hu ----> mesti wartawan dah termalu nak jumpa dia hu hu hu

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails