Wednesday, November 16, 2011

Al-Rawsha: Ikhlaskah Dia Belanja nih? > garu dagu...

Assalamualaikum
Rabu
16-11-2011


Semalam memang jadual dah penuh. Ada client nak buat urusan di Lantai Atas. Aku tidak terlibat.

Hari ini client dari satu company suatu yayasan besar (Kerajaan punya) datang. Bos dah sebut, lunch with her. Semua dari Lantai Atas kena join. Aku malas sebenarnya, sebab dalam kepala dah plan nak berkawad dalam kompleks tuh.

Tapi client terpaksa balik kerana ada appointment lain. So, lega la kami. Tapi Lantai Kedua interkom, plan lunch di luar diteruskan. Yeahhh Al-Rawsha.

Ramai tahu menu restoren Arab or Lebanon (Timur Tengah) memang dihidang big portion. Jenuh nak makan.


Chicken + Lamb Mandy — aku jer yang banyak belasah kambing tuh. Roti yang macam Pratha tu kena makan panas-panas.



Sepinggan, 6 orang makan. Tak habih pun. Tapau.



Salad. Tak tau apa nama menu.


Kebab Daging. Nama menu tak tau. Yang mana Halap Kebab yang mana Khashkhash Kebab. Bos yang order. Kebab Ayam pun order gak, tapi yang daging sedap lagi.


Dessert. Tak tau apa nama menu. Lady Bos yang order.
Rasa sikit-sikit macam Bubur Som-Som.



Makcik ini hari ini pakai baju kurung lak. Sebulan sekali jer pun.


Kawan aku tapau Baklava. Manis ya amat! Beberapa biji jer pun, rega sampai RM15...!


***

Cuma My Bos tak order Barbican.
*Ini pic lama masa Al-Rawsha di lokasi lama (dekat Jalan Aman).



Cuma yang tak berapa best, bila dalam ramai mengadap rezeki si tukang bayar punya muka langsung tak ceria. Ohhh adakah aku terlalu prasangka?

Tapi aku pun bukanlah budak kecik sampai tak reti beza riak muka orang ikhlas dengan ekspresi muka orang yang jujur happy dapat makan ramai dengan anak buah?

Walapun turut disentuh beberapa tugasan/assignment yang cemerlang (wajar diterima as a compliments atas usaha itu) bagi aku, tanpa ini pun gaji yang dibayar sudah disyukuri selama ini.

Belanja makan adalah bonus yang patut disyukuri gak, kan?


~...ketika majlis hujung tahun sekolah atap rembia, sungguh cuak hati SERI BULAN bila hampir semua tetamu sangat inginkan menu tradisi yang dia hampir terlupa, lalu bila HISYAM membisikkan, “Lempeng Garing Kelapa awak sentiasa enak, dear...” dia tersengih malu seperti rasa nak panjat pokok cermai..!~







23 comments:

  1. Salam,

    Lunch yg too heavy..lepas makan balik ke pejabat tak ngantuk kekeyangan?
    hahahahaha

    ReplyDelete
  2. kadang tu tercekik je nk mkn kalau tukang bayar moncong!

    ReplyDelete
  3. janji perut dah kenyang azie....
    dah dia kata nak belanja, kan. :)

    ReplyDelete
  4. kalau tukang bayar tak berapa nak ikhlas.. selalu makanan jarang habis...:)

    ReplyDelete
  5. ah masih tak pergi2...asyik tengok dari pandan ajer..

    ReplyDelete
  6. AUNTIE MARINA:
    Tak sempat nak mengantuk Untie. Sebab sambung kerja yang menimbun.



    ZONAKU:
    tak leh juga. Paksa diri makan dengan rela dan gumbira.

    ReplyDelete
  7. CIKGU NORMAH:
    Yaaa... sebab tu makan sungguh-sungguh. Dah rezeki.



    EJA:
    Ya ler kot. Sebab kita kadang2 jadi patah selera.



    ERI-CHAN:
    Suatu hari nanti, pergi la try. Sedap gak. Tak jemu.

    ReplyDelete
  8. dia ada masalah family tak kak azie??
    buat sedapkan hati

    ReplyDelete
  9. meh saya belanja nasik arab, tapi kat somban lah..hahahah

    ReplyDelete
  10. dah lama tak ke situ.... sempat la 3-4 kali. makanan dia memang sedap cuma harganya yang memang mahal tak henggat.

    ReplyDelete
  11. AYU:
    Ntah la. Kak Azir rasa dia datang bulan atau nak menopause kot. Hahahaha



    DADDY ZIYYAD:
    Somban jauh bonar la plak.



    EELOBOR:
    Betul tu. Restoren Arab ni memang harga dasat. Kami tadi mujur Bos bawak cash banyak, sebab mesin kredit kad tetiba tak leh guna.

    ReplyDelete
  12. urgh..nengok gambar pun boleh terputus zip! hehehe...sendat giler kan?

    ReplyDelete
  13. Kak QUEENIE:
    Balik ofis semua orang longgarkan zip!

    ReplyDelete
  14. AZRINA:
    Balik ofis pun dah lewat. Nak dekat kul 3. Buat keja sekejap, dah kul 5. Terus balik. Tak sempat nak mengantuk.

    ReplyDelete
  15. alahai..menyelerakannya semua makanan tu...singgah bw sampai ke sini. Tq

    ReplyDelete
  16. Harga semangkuk eskrem di AR itu boleh beli 3-4 kotak eskrim di pasaraya. ;-)

    ReplyDelete
  17. PCL:
    Salam kenal. Terimakasih.
    Menyelerakannya jugak la duit nya tu. hehehe



    KAKCIK:
    Kami tak order icecream, tapi Bos amik Kek. Saya pun agak memang mahal walaupun cuma sepotong.

    ReplyDelete
  18. Lempeng Garing Kelapa? lame tak nazz tak mkn..kat kg dulu..makcik selalu wat..

    ReplyDelete
  19. sedapnyaa...g br berangan dpt bonus nnti nk bawak mak dan ayah makan kt sini..sian derang asek menyebut2 nk makan nasi arab...rasanyaa kt sini ok kot makanannya...g tak sampai lg kat sini..kt Saba cyberjaya pun br 2 kali...

    ReplyDelete
  20. NAZZ PURPLE:
    Lempeng biasa saja tu. Lempeng Nyor kata orang. Dimasak garing. Cicah Sambal Bilis. Perhhhh!



    MAMA GEE:
    Elok tu. Sekali sekala memang elok bawa selebrate kat sini. Sedia duit banyak-banyak!

    ReplyDelete
  21. waduhhhh...kenyang bila nengok makanan arab ni...mesti malam skip dinner kan.

    ReplyDelete
  22. ZUWAIDAH:
    Pandai dia teka. Memang betul pun. Kenyang sampai ke malam...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails