Saturday, November 12, 2011

Pes Kari Raub vs Cornflakes...

Assalamualaikum
Sabtuday
12-11-2011


Mood kecundang!

Nak bercerita pun tak tau nak tulis apa. Skill Penglipur Lara sudah jadi duka lara.

Tekanan tempat kerja tidak seberapa, tapi letih terasa sampai sakit tulang belikat.

Turun naik turun naik, kurus nyer idak. Ehhh aku makan nasik la. Takda makna nyer aku nak seksa diri cenggituh. Tengok orang kurus lawa cun lampai bergaya pun ramai gak yang cerai berai tak lena tido malam. Asal aku happy dan boleh gelak-gelak tiap hari, okeh ler tuh.

Ada banyak lagi blog yang tak terkejar nak baca. Tertinggal sampai berpuluh entri. Adehhh... Ampun. Tak menang mata nak baca.

Ni kisah pagi Raya Aidil Adha lalu.

Sebelum berhimpun di Bukit Jalil, kami singgah di Setiawangsa menghantar tempahan Rendang Ayam untuk seorang pembaca blogger, KAK ZAINON yang order Rendang Ayam, Tart Nenas dan juga Pes Kari Raub dari aku.





Aku order khas dari Raub, sebab kengkawan tempat kerja pun order. Mudah dan enak. Jimat masa takyah nak tumbuk bawang segala bagai. Dah lengkap...!


Kak ZAINON bagi kuih Cornflakes nih.

Cantiknya biskut Cornflakes Madu nih. Tak pernah aku tengok orang buat bentuk bunga ros gini. Ntah betul idak nama menu ni. Tak tanya pun, sebab dia bagi dalam beg plastik, tak nampak. Dalam keta baru buka makan. Sedapppp...!

Terimakasih KAK ZAINON. Semoga terus menjadi pembaca dan penyokong Azie yaaa...!




~...ketika Pak Utih mengarah HISYAM harus ikut menjadi pengiring berburu, SERI BULAN bagai ingin menawar diri menjadi orang kiri, tetapi Mak Utih terlebih dahulu menjeling geram kerana tanpa SERI BULAN, dia bagai makan ikan goreng tidak bergaram...~






12 comments:

  1. blog sy x byk entry kak....



    lawa betul conflakes tu...... rajin dia susun

    ReplyDelete
  2. rajinya kak zainon tu menyusun cantik sayang nak makan
    errppp cerita tart nenas macam terasa2 cair dimulut.. (,")

    ReplyDelete
  3. Molek sgt la cornflakes madu tu kak. Syg nk makan, kannnn.

    ReplyDelete
  4. Cantik cara susunan kuih cornflake tu ...
    Mesti sedapkan kak...

    Nnt nk rase tart nenas la plk..kalau ade rezeki boleh la jumpe kat BBB plk kann...

    ReplyDelete
  5. cantiknya kuih cornflake....siap berbunga2 lagi tuh

    ReplyDelete
  6. Rajinnya Kak Zainon tu 'membungakan' cornflakes tu. Cantik. :)

    ReplyDelete
  7. rajin betul menghias cornflakes tu

    ReplyDelete
  8. ishhhh sebut tart nenas, mmg teringin sgt nak rasa, insyaallah kalo rezeki sy pegi kl cuti sekolah nanti, nak call akak amik tart nenas tu...boleh kan

    ReplyDelete
  9. teliti betul mengusun cornflakes sampai jadi bentuk ros...

    ReplyDelete
  10. Kak Zai pun tak suka diet bagai nak gila tu janji cik abang sayang.

    ReplyDelete
  11. nak terai jugak larr cornflake cap ikan nih nnt...

    ReplyDelete
  12. cantiknya cornflakes tu...first nengok style bunga2. mesti rajinnya menyusun bunga jadi mekar sebegitu

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails