Senin
28-11-2011
masih cuti
Terkenang semasa dahulu. > tiru ayat blogger KOMENSEN, Bang Hamzah al-LAVENDARI.
Masa kecik dulu, lahir celik mata jer, mana ada lektrik. Pakai pelita minyak tanah. “Melubi” baju sekolah pun guna hat tembaga, isi arang. Berkipas daun nipah yang ringan tapi sangat best. Skang nih kipas camtuh orang buat kipas sate atau kipas Chicken Wing jer!
Masa kecik dulu, lahir celik mata jer, mana ada lektrik. Pakai pelita minyak tanah. “Melubi” baju sekolah pun guna hat tembaga, isi arang. Berkipas daun nipah yang ringan tapi sangat best. Skang nih kipas camtuh orang buat kipas sate atau kipas Chicken Wing jer!
Air paip ada. Tak ingat masa bila ada. Tapi bila tahu mandi sendirik tuh, air paip ada ler. Kami panggey “ayaq kolah”. Memang dalam kolah pun. Tapi bukan boleh guna selalu pun. Siang-siang mandi telaga juga. Sebut jer ayaq telaga, tapi sebenaqnya parit. Kami kampung berbendang, memang banyak la parit. Apa ada hal mandi parit. Pandai gak ler berenang. Jom lawan berenang! Pelampung kain batik. Hahahaha
Ehh tadi nak citer pasal lampu. Kami guna lampu gasolin (sebut goslen). Tuang minyak tanah, kami sebut minyak gas. Pam-pam pastu gantung. Kalu nak tahu, masa aku sekolah dulu aku yang paling handal pasang lampu goslen. Kakak-kakak aku? Huhhh... samada tak tau atau waktu tu memang tak leh harap. Hahahahahaha soriiii...
Memang tiap senja akulah yang diharap untuk mengepam minyak gas, pasang sumbu pastu gantung goslen (selain arwah Ayah). Tu memang tugas tetap aku. Memang “jantan sungguh!”
Kadang-kadang selepas sejam dua, lampu goslen tu akan memalap... sumbu kurang minyak lalu cepat-cepat pam-pam minyak, then lampu tu terang balik. Sumbu lampu goslen tu dibuat dari benang (net) yang membulat. Bila dah guna banyak kali, ia akan hancur dan diganti sumbu baru. Tak ingat dah cemana nak pasang sumbu tuh! Yang ingat, jenamanya tentulah Butterfly!
Kalu cenggini lampu goslennya, tak sampai hati nak guna. Memang gantung jadi perhiasan jer lah. Kalu nak kasi nyala pun, guna bateri! *Google
Bila time nak tido, lampu goslen dipadam dan diganti dengan pelita minyak tanah. Samar-samar romantik gituh. Tapi masa tu, mana tahu semua tuh. Tahu nya, bila sebiji pelita kat tengah rumah, situlah kami berimpun main api dan jentik abu. Syiokkkk wooo!
~...Teratak Nyatuh memang sentiasa terang-benderang kerana jenerator setia mengaum bermula senjakala, tetapi bila HISYAM termangu seorang di bawah rumah menanti SERI BULAN kerana ada rahsia hendak dikongsi, memang gelap itu membatalkan hasrat bimbang rahsia menjadi berganda sulitnya...~
SALAM,
ReplyDeleteADA HADIAH KE ? TAHU KAT MANA !
salam tahun baru kak,
ReplyDeletebaca entry ni rasa syahdu. tingat rumah arwah moyang n arwah nenek. sempat juga sy lihat arwah nenek guna seterika tembaga tu & lampu minyak tanah tu masih terbayang2 di mata sy hingga kini saat sy lihat lampu itu terhayun2 tergantung di siling pondok arwah moyang dek tiupan angin pantai! mata tak boleh lelap sebab risau takut lampu jatuh ke lantai!
oh btw, sy dah baca bisik2 gelora karya fauziah ashari... hmm very disturbing lah kak.
LF:
ReplyDeleteSaya lupa nak tambah syarat kat situ. Semua orang boleh teka kecuali Dato’ LF...! hahahahaha
LIASARI:
Salam tahun baru.
Seterika lama dan lampu goslen camtuh memang menjadi sebahagian kehidupan kita masa lampau.
Kemajuan dan kehidupan selesa hari ini membuatkan kita selalu terasa syahdu bila teringat semasa dulu.
Bisik-bisik Gelora tuh, Kak Azie tak leh lupa watak JAD! Jahat tapi baik! Hebat, kan?
Kakcik dan keluarga adalah pengguna sterika dan lampu goslen itu sata ketika dulu. :)
ReplyDeleteAzie...
ReplyDeletekakcik pun boleh teka lah, ya? ;-)
KAKCIK pun tak boleh! Tak boleh!
ReplyDeletehahaha...kak zie
ReplyDeletedari klu sya dah dapat jawab
sah sah lah di Musollah Ehsan kan? ;p
Assalam AA..sam la kita..guna lampu gaslin..dah malam..turunkan..pam balik..sampai la dah nak tidur..lepaskan angin dia perlahan lahan bagi padam..
ReplyDeleteAA
ReplyDeleteada satu lagi kenangan ms kecil@remaja
angkat air kat perigi..mujut NS ramai abg2 so..merekalah yg jd mangsa..
KASIH IBU:
ReplyDeleteYeayyyy! pandai dia teka. Nanti dapat makan free! hehehehe
ACIK ERNA:
Bab lepaskan angin goslen tu buat saya teringat semula. Hahahaha kelakar kan?
NYANYI SUNYI:
ReplyDeleteSaya tak berpeluang ada perigi. Kami guna telaga. Bab angkut air tu selalu juga la kena. Tak kira lelaki pompuan, MyBONDA memang kerah semua orang!
kak,
ReplyDeletelemas dan lemah dgn kecemburuan & dendam dia. klu sy jadi umi rasanya dah mati kering sy dibuatnya! terdera emosi & mental sy membacanya. dah jahat camtu nak luah perasaan pun dah x reti... geram!
saya sempat lagi tengok emak dan atok guna seterika lama dan lampu gasolen ni dulu.
ReplyDeleteKalau balik rumah atok time kecik2 dulu mmg itulah yang mereka pakai....
Salam Kak AZie..
ReplyDeleteGambar-gambar ni mengingatkan pada zaman kanak-kanak.. rindunya pada zaman tu..:)
Blog Nida akan bertukar dari radinsah.blogspot.com ke http://ucualong.com
azie niii........wat owang sedey jer tau...nostalgia gitu...
ReplyDeletenak tau tak apa yg masih bermain dalam fikiran akak ttg goslen tuh sampai sekarang?
cer fikir, mentol tu wat dari kain kan? bukannya kaca ker apa..memula tu dia cam lembik lebar, dah tu bila dah terbakar dia elok plak mengecut bentuk mentol dan camner boleh bercahaya walhal bila kaita sentuh dia cuma abu...
eh, gitulah yg akak pikir sampai sekarang...tak pernah tanya kat cikgu tak pernah tanya kat mak ayah...mmg taktau apa citer disebaliknya..
Yr life plus minus cam i gak. cuma i rasa cam ni kalau balik kg atuk nenek.. Seronok pakai pelampung kain batik..heeee.
ReplyDeleterasanya cam boleh imagine jer pelampung kain batik.... hahahahha
ReplyDeleteSemua itu di'recall' dari kotsk memori kan.. hehee.. jemput kak baca nih...
ReplyDeletehttp://februaricinta.blogspot.com/2011/11/built-in-gadget.html
LIASARI:
ReplyDeleteTak tahan bila si JAD tu siap bayar plak kat bini dia untuk “servis”! Geram kan?
tapi bila dia lembut hati pada anak dan Umi, dia tak berapa pandai nak luah. Tapi gunakan anak untuk ngorat bini sendiri. Hehehehe
YUS:
ReplyDeleteSekarang ni, rasanya langsung takda orang guna iron dan lampu camtuh. Kalu kat reban ayam pun, guna lampu mentol dah.
NIDA:
Zaman kanak-kanak memang best, kan? Semua seronok. Tak ingat langsung pasal cari duit. hehehe
KAK QUEENIE:
ReplyDeleteBetullah Kak. Mentol lampu tu cuma kain net jer. Macam benang, kan? Tapi boleh plak menyala terang benderang. Gamaknya sebab minyak tanah yang menyerap benang net tu memberikan cahaya. Ntah, tak tau cemana...
YAN:
Berenang kat parit, zaman dulu mana ada pelampung. Melainkan pelampung kain batik jer.. hehehe
EELOBOR:
ReplyDeleteAmboiii... apa agaknya ada dalm fikiran tuh?
FATIN MRAZ:
Kenangan masa kecik paling best!
kak Azie,
ReplyDeletezaman lampu gaslen tak sempat merasa.. merasa sat saja.. tu pun masa nak pindah mai rumah la ni.. masa tu kunci rumah dah dapat air dah ada cuma letrik belum masuk.. punya excited nak tidoq rumah batu, sanggup usung laymat siam..
seterika tu tak dan guna.. dok dengaq Bonda cerita saja.. berat oo strika tu.. boleh naik muscle kalau hari-hari iron baju.. hehehe
EJA:
ReplyDeleteMemang betul, berat sungguh seterika tuh. Tak larat nak angkat lama-lama. Tapi bau dia wangi. Bakaq arang. Seterika letak ataih tudung periuk. Kipas mau ada. Syokkk...!